Apabila bayi terjebak dengan masalah ruam lampin, kita sebagai ibu bapanya risau melihat bahagian intim anak jadi kemerah-merahan. Jika dia membuang air kecil atau besar, tangisannya bukan sahaja menyedihkan kita, malah ia sudah pasti menyeksa dirinya.
Ruam lampin terjadi apabila berlaku geseran antara kulit bayi yang lembut itu dengan lampin yang basah. Memburukkan lagi keadaan apabila kerengsaan berlaku disebabkan bahan daripada lampin pakai buang yang digunakan atau menerusi bahan pencuci yang diguna pakai semasa mencuci lampin.
Malah, dalam keadaan tertentu, ia juga boleh berpunca daripada air kencing bayi itu sendiri. Hal ini biasanya berlaku kerana lampin yang dipakai oleh bayi dibiarkan terlalu lama tanpa ditukar.
Bagi yang ada masalah sebegini, anda boleh cuba amalkan tip ini. Jika dilakukan dengan betul, ruam lampin pasti tidak menimbulkan ketidakselesaan buat bayi lagi.
1. Lampin bayi hendaklah ditukar secara kerap. Jika memilih menggunakan lampin pakai buang, pilihlah yang mempunyai daya resapan yang tinggi dan mampu mengurangkan kelembapan daripada terkena pada kulit.
2. Basuh sehingga bersih bahagian intim bayi. Kemudian lap dengan tuala lembut yang bersih di keseluruhan punggung, bahagian dalam kemaluan dan celah paha sehingga kering. Anda perlu lebih teliti terutamanya setiap kali dia membuang air besar.
3. Dalam tempoh waktu tertentu, biarkan anak bebas daripada lampin untuk seketika. Tidak perlu memakai lampin pada masa ini sehinggalah ruamnya kering dan bertambah baik.
4. Jika ruam itu berlaku disebabkan alahan terhadap sabun atau bahan pencuci yang digunakan, maka berhenti menggunakan produk tersebut.
5. Gunakan krim ruam lampin yang dijual di pasaran untuk masalah ruam lampin seperti Herbablend Shaklee, krim anti-fungus dan yang seumpamanya. Jika ragu-ragu, dapatkan nasihat daripada pakar farmasi atau doktor terlebih dahulu.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Salam Sayang,
Farihah / Kak Eha
http://wasap.my/+60192282147
Like Page kami untuk Info kesihatan & Business
We L.O.V.E Breastfeeding
Surijunior
Farihah / Kak Eha
http://wasap.my/+60192282147
Like Page kami untuk Info kesihatan & Business
We L.O.V.E Breastfeeding
Surijunior
No comments :
Post a Comment