Slider

Sunday, July 23, 2017

Sosej Kesukaan Anak Anda? Ibu dan Ayah Cuba Elakkan Kerana Ia Antara Penyebab Kanser Usus

Hot Dog atau sosej merupakan sejenis makanan proses yang di ketahui mempunyai pelbagai risiko masalah kesihatan jika di ambil dengan kadar yang tinggi.
Selain masalah kesihatan, Pakar Kanak Kanak menyarankan agar tanda AMARAN di letakkan di plastik pembungkus sosej kerana ia merupakan makanan utama yang menyebabkan kes tercekik di kalangan kanak kanak.
Menurut kajian American Academy of Pediatrics, 17% kes tercekik makanan berpunca dari sosej terutamanya bagi kanak kanak yang berusia bawah 3 tahun di mana gigi belum tumbuh sepenuhnya untuk mengunyah sosej. Bagi kanak kanak lebih 3 tahun, kemahiran mengunyah belum di kuasai sepenuhnya menyebabkan risiko tercekik ketika menjamah sosej.
Sosej dan kanser usus
Kandungan garam dan lemak tepu yang tinggi sememangnya di ketahui umum menyebabkan masalah obesiti, kencing manis, darah tinggi dan penyakit jantung.
Lebih menarik lagi, kandungan nitrite di dalam sosej dan kebanyakan makanan proses lain di ketahui menyebabkan kanser usus. Dari 2008- 2013, terdapat 4,501 kes kanser usus di Malaysia terutamanya di kalangan kaum Cina dan ia merupakan antara pembunuh utama di Malaysia.
Nitrites merupakan garam tambahan yang di gunakan sebagai bahan pengawet di dalam sosej. Apabila ia di cernakan dalam sistem penghadaman, bakteria akan menukarkannya kepada N-Nitroso yang merupakan bahan kompaun penyebab kanser.
Menurut WHO's International Agency for Research on Cancer setiap 50g daging proses yang di makan, meningkatkan risiko kanses usus sebanyak 18%.
Sementara itu, makanan proses dalam konteks ini termasuklah segala makanan di dalam tin seperti ikan sardin, tuna, makanan sejuk beku, makanan yang di keringkan dan di awetkan seperti ikan masin, ikan kering, buah buahan dan sayur-sayuran jeruk dan segala makanan yang di proses sebelum di hidangkan ke pinggan anda.
Justeru itu, pastikan hidangan diseimbangkan dengan buah-buahan, sayur-sayuran serta produk tenusu. Sebolehnya biarlah bersederhana untuk menikmati makanan proses ini dan elakkan jangan terlalu kerap mengambilnya.  
Nak lagi selamat dan terjamin, biarlah makanan yang dimakan anak-anak adalah dari air tangan ibu yang sememangnya terjamin dari pelbagai bahan pengawet dan perasa. Sebagai ibu bapa kita yang boleh mengawal corak pemakanan anak-anak.
Sumber: Public Health Malaysia
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Salam Sayang,
Farihah / Kak Eha
http://wasap.my/+60192282147

Like Page kami untuk Info kesihatan & Business
We L.O.V.E Breastfeeding
Surijunior

No comments :

Back to Top