Dalam melarang anak, ibu bapa sering menggunakan perkataan “Jangan” dan “Tidak”. Dua perkataan ini akan keluar secara automatik dari mulut ibu bapa apabila ingin menghalang anak daripada melakukan sebarang perkara. Mengapa sedemikian?
Jika diikutkan banyak cara yang boleh dilakukan oleh ibu bapa selain mengulangi perkataan jangan atau tidak. Kreativiti ibu bapa dalam mendidik anak tidak terhad. Apa sahaja pendekatan yang boleh membantu dan mendidik anak dikira satu bonus dalam sebuah keluarga.
Berikut antara pendekatan yang boleh digunakan oleh ibu bapa untuk menghalang dari penggunaan perkataan jangan atau tidak.
1. Berikan Alasan
Gunakan perkataan ‘mama atau papa tahu kamu menyukainya, tapi…” dengan begitu, anda boleh memberi alasan pada anak mengapa ia tidak boleh melakukan perkara tersebut. Melalui cara ini, anak akan memahami mengapa tidak boleh. Selain itu, anak juga boleh menasihati rakannya jika melakukan perkara yang sama.
2. Guna Isyarat Berhenti
Untuk berkomunikasi tak seharusnya secara verbal semata-mata. Begitu juga ketika melarang anak, selain menggunakan kata jangan atau tidak dengan intonasi yang lebih tinggi, anda boleh menggunakan tanda isyarat atau bahasa badan. Cara ini membantu anda untuk melarang anak menghentikan aksinya saat berada di tempat yang anda tak boleh meninggikan suara seperti di masjid.
3. Bahasa Penganti Yang Kreatif
Sebagai ibu bapa ada baiknya anda menggunakan bahasa yang lebih kreatif apabila ingin melarang anak. Guna bahasa yang mudah difahami. Contohnya: “Itu kotor.. nanti kakak akan sakit..” “ Ini bukan untuk anak-anak, jom kita beli yang lain.. Ayah beli yang lagi elok”
Dengan penggunaan bahasa yang lebih lembut, anak akan rasa selesa dan tidak memberontak apabila keinginannya dihalang. Mungkin anak akan jadi seorang yang lebih sabar.
4. Alihkan Perhatiannya
Salah satu cara terbaik untuk mengatakan tidak pada anak ialah dengan cuba mengalihkan perhatiannya pada sesuatu yang lebih menarik. Anak yang masih kecil mereka akan cepat lupa dengan perkara yang dimintanya pada waktu itu jika ada aktiviti lain yang menyeronokkan.
5. Jangan Terlalu Suka Melarang Anak
Penggunaan perkataan tidak dan jangan sepanjang masa harus dielakkan. Jika apa yang dilakukan tak terlalu bermasalah, gunalah perkataan yang lebih positif untuk menasihati anak. Cara ini membantu anak memahami bahawa apa yang dilarang oleh ibu dan ayahnya boleh mengundang bahaya pada diri mereka.
Kesimpulannya, dalam mendidik anak ibu bapa harus tahu memainkan peranan. Apabila kita mampu mengawal perasaan, secara tidak langsung anak-anak akan hormat dan memahami prinsip ibu bapanya sendiri.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Salam Sayang,
Farihah / Kak Eha
http://wasap.my/+60192282147
Like Page kami untuk Info kesihatan & Business
We L.O.V.E Breastfeeding
Surijunior
Farihah / Kak Eha
http://wasap.my/+60192282147
Like Page kami untuk Info kesihatan & Business
We L.O.V.E Breastfeeding
Surijunior
No comments :
Post a Comment