Slider

Saturday, July 22, 2017

Tolong Jauhkan 5 Jenis Makanan Ini, Kerana Belum Sesuai Untuk Bayi Anda!

Bila bayi sudah mula makan makanan pejal, macam-macam menu yang ibu teruja hendak sediakan. Memang baguslah kalau ibu bersemangat untuk memasak sendiri makanan untuk si manja tapi dalam keterujaan jangan lupa ambil tahu apa jenis-jenis makanan yang nampak macam menyihatkan tetapi sebenarnya tak sesuai lagi untuk bayi.

Ini kerana bayi masih belum memerlukan banyak kalori, apa yang diperlukan adalah makanan yang kaya dengan nutrisi. Berikut senarai makanan yang tidak sesuai lagi untuk bayi.

1. Jus
"Eh, bukan jus minuman yang berkhasiat ke?" Tentu itu yang anda fikirkan. Tetapi kajian dilakukan oleh pakar pemakanan membuktikan bahawa jus adalah salah satu makanan yang tidak sihat bila diminum oleh bayi. Walaupun dihasilkan daripada buah, namun proses membuat jus menyebabkan buah kehilangan semua nutrisi yang baik. Sebaiknya bagi bayi anda makan buah tanpa perlu dijadikan jus.

2. Minuman Dalam Kotak
Kadangkala tanpa sedar kita bagi anak minum air kotak yang dikatakan berkhasiat untuk si kecil. Sebenarnya anda silap, ia sama sekali tak berkhasiat, bahkan kandungan gula yang ada dalamnya sangat tinggi serta berisiko merosakkan gigi Si kecil.

3. Biskut
Bila anak sudah pandai makan kita kadangkala tak perasan tersuap dia biskut yang bukan khusus untuk bayi. Jangan pandang remeh kerana kebanyakan biskut yang dijual di pasaran mengandungi terlalu banyak gula dan garam yang masih belum sesuai diambil oleh bayi. Kandungan gula yang terlalu berlebihan boleh mengganggu pertumbuhan gigi bayi serta berisiko obesiti. Kalau nak bagi makan biskut, lebih baik buat sendiri yang pastinya kita tak tambah gula di dalam adunan (boleh ganti dengan buah kurma lenyek sebagaia perasa manis.

4. Makanan Diproses
Makanan diproses atau makanan segera biasanya telah melalui proses pengolahan yang sangat panjang dengan penambahan pelbagai bahan pengawet (untuk tahan lama) dan perisa seperti garam dan gula. Jadi anda boleh bayangkan berapa banyak khasiat dari makanan asal tersebut yang terbuang dan hilang sepanjang proses tersebut.

5. Jeli
Jeli memang kelihatan sesuai untuk bayi makan sebagai pemanis mulut. Tapi, awas walaupun teksturnya lembut dan mudah ditelan bayi tetapi kandungannya yang terdiri daripada gula, perasa dan pewarna tiruan tidak bagus untuk kesihatan bayi.

Mengajar anak makan makanan sihat dan berkhasiat bermula sejak mereka kenal makanan. Bila sudah terbiasa makan yang sihat-sihat tak adalah bila  besar nanti anak suka makan jajan sahaja dan tak berselera makan makanan yang berkhasiat.

sumber :majalahpama
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Salam Sayang,
Farihah / Kak Eha
http://wasap.my/+60192282147

Like Page kami untuk Info kesihatan & Business
We L.O.V.E Breastfeeding
Surijunior

No comments :

Back to Top