Pelbagai
juadah akan dapat kita rasakan ketika menyambut perayaan Hari Raya. Ia adalah
hari yang ditunggu-tunggu selepas sebulan kita berpuasa.
Bagi sesetengah orang, ia adalah
hari makan sepuas-puasnya. Lemang, rendang, lontong, sate, nasi impit,
kuih-muih dan macam-macam lagi.
Namun begitu, bagi ibu yang
hamil, anda perlu berjaga-jaga tentang apa yang anda makan kerana ia akan
memberi kesan kepada bayi di dalam kandungan anda.
Ikuti tip berikut untuk cara
pemakanan yang sihat ketika hari raya ini:
1. Elakkan Minuman Berkarbonat
Air
berkarbonat adalah air yang selalu dihidangkan ketika kita menziarahi rakan dan
suadara di hari raya. Air kosong jarang dihidangkan.
Ibu yang hamil perlu
mengelakkannya kerana air berkarbonat mengandungi gula, perasa tambahan dan
juga kafein yang boleh menyebabkan tekanan darah tinggi dan
juga kelahiran
pramatang.
Usah berasa malu untuk meminta air
kosong. Pastinya tuan rumah akan memahami keadaan anda yang
sedang hamil.
2. Elakkan Makanan Pedas
Kita
semua tahu, sambal yang diletakkan bersama dengan sesetengah makanan sangatlah
sedap sekali!
Tetapi, anda perlu tahu yang
kandungan di dalam sambal adalah berasid dan berminyak.
Jika dimakan didalam kuantiti
yang banyak, ia akan mengakibatkan anda berasa kembung perut, muntah-muntah,
cirit-birit dan dehidrasi yang amat teruk.
Anda masih mahu juga meletakkan
sambal di dalam kuah kacang anda? Boleh, tetapi sedikit sahaja dan pastikan
anda banyak minum air kosong.
3. Kuih, biskut dan Kek Raya
Hari raya tidak sempurna
tanpa hidangan kuih raya yang pelbagai jenis warna dan rasa.
Saiznya yang kecil membuatkan anda tidak sedar anda telah makan
separuh balang kuih kapit yang mak cik anda buat. Jadi, anda perlu
berhati-hati.
Walaupun saiz biskut itu kecil, ia mengandungi kandungan gula dan lemak
tepu, yang menjadi penyebab kenaikan berat badan, masalah
jantung dan juga diabetes.
Jika teringin untuk menjamah biskut yang dihidangkan, ambil 2 -3
keping sahaja ya.
4. Keropok dan Muruku
Ia adalah amat mudah untuk
diingati. Apa-apa makanan yang berminyak sepatutnya dielakkan oleh
wanita yang hamil.
Keropok dan muruku bukan sahaja berminyak, malah ia juga
mengandungi natrium, bahan tambahan, pengawet dan MSG (yang
membuatkan anda tidak boleh berhenti mengunyah).
Kacang
juga perlu dimakan dalam kuantiti yang sedikit. Kacang yang dipanggang adalah
lebih bagus kerana ia mengandungi minyak semulajadi.
5. Kopi dan Teh
Selain air berkarbonat,
air panas seperti kopi dan teh juga selalunya dihidangkan semasa rumah terbuka.
Anda dinasihati untuk mengehadkan pengambilan kafein anda
kepada kurang daripada 200 miligram sehari, iaitu kira-kira
satu cawan 11-auns kopi.
Ini adalah kerana, apabila anda minum secawan kopi, kafein
akan diedar melalui plasenta memasuki ke dalam cecair amnion dan ke aliran darah
bayi anda.
Walaupun badan anda menyingkirkan kafein itu, badan bayi anda
masih sedang membesar dan mengambil masa yang lebih lama untuk memprosesnya.
Akibatnya, bayi anda terdedah kepada kesan kafein lebih lama
daripada anda.
Kepada para ibu, makanlah berpada-pada di hari raya. Mungkin serba sedikit tips ini membantu dan menjadi panduan ibu-ibu di luar sana....
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin dari kami. ;)
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Salam Sayang,
Farihah / Kak Eha
http://wasap.my/+60192282147
Like Page kami untuk Info kesihatan & Business
We L.O.V.E Breastfeeding
Surijunior
Farihah / Kak Eha
http://wasap.my/+60192282147
Like Page kami untuk Info kesihatan & Business
We L.O.V.E Breastfeeding
Surijunior
No comments :
Post a Comment