Slider

Sunday, November 27, 2016

9 PERKARA MEROSAKKAN OTAK



Otak kita adalah pusat kawalan badan. Segala yang kita lakukan atau alami akan diproses di otak. Contohnya kalau kita tersentuh cerek panas, maka reseptor pada tangan akan menghantar isyarat pada otak untuk diproses. Bila maklumat sampai, otak akan bekerja dan memberi maklumat supaya alihkan tangan.

Isyarat itu akan menyebabkan tangan kita menjauhi cerek panas tersebut. Panjang sungguh prosesnya kan? Tapi reality sebenar kita dapat alihkan tangan dari cerek panas tidak sampai 1 saat pun. Hebat sungguh tuhan. Subhanallah



Bila kita tengok pentingnya otak, maka kita perlu jaga otak kita dengan baik. Jangan lakukan atau makan sesuatu yang boleh merosakkan atau melemahkan otak kita. Untuk kita lebih berhati-hati, disini saya senaraikan 9 perkara yang perlu dielakkan sekiranya kita sayang otak kita.


1. Tidak mengambil sarapan pagi



Sarapan pagi ni sangat penting sebenarnya. Ia mampu member tenaga pada otak kita. Otak kita sebenarnya menggunakan 25% daripada keseluruhan tenaga badan. Kalau tak ambil sarapan, aras gula dalam darah akan rendah dan mengurangkan nutrisi kepada otak. Oleh yang demikian, banyak sel otak akan mati dan otak tidak aktif pada hari tersebut.



2. Terlebih makan



Kalau kita banyak makan, aliran darah akan banyak mengalir ke perut dan usus untuk mencerna makanan yang kita makan. Jadi, darah ke otak akan kurang dan kita akan kekurangan oksigen. Darah merah ni angkut oksigen. Jadi, bila otak kurang oksigen, kita akan malas, mengantuk dan hilang daya focus.



3. Merokok

Morokok ni memang banyak keburukan. Ia mengandungi racun yang boleh membunuh banyak sel yang terdapat dalam otak kita.



4. Ambil gula berlebihan.

Pengambilan gula yang berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Ia boleh mengganggu perkembangan otak yang sihat.



5. Menghidu udara tercemar

Seperti yang saya katakan tadi, otak kita memerlukan oksigen. Selain daripada oksigen yang diangkut dalam sel darah merah, pernafasan juga boleh membekalkan oksigen kepada otak. Menghidu udara yang tercemar akan merosakkan sel otak. Antara udara yang tercemar adalah asap rokok. Jadi, jauhi mereka yang merokok sebab ia sangat bahaya pada kesihatan kita.

6. Tidur berlebihan

Tidur memang bagus sebenarnya. Tapi bila terlalu berlebihan tidur, otak kita akan jadi kurang aktif, badan pun akan penat sebenarnya. Perlu elakkan tidur lepas asar dan lepas subuh sebab ia ditegah dalam agama Islam kerana boleh menyebabkan gila dan papa.



7. Tutup muka semasa tidur

Ada orang suka tidur dengan menutup muka menggunakan buku, bantal dan lengan. Ia tak baik sebenarnya sebab menutup muka dapat memerangkap banyak karbon dioksida. Kemudian, kita akan menyedut semula karbon dioksida yang terperangkap tadi. Ini akan mengurangkan oksigen kepada otak.

8. Kurang berimaginasi

Berfikir adalah langkah yang paling baik untuk mengelakkan otak lembap. Banyak berimaginasi dan berfikir mampu meningkatkat keupayaan otak kita. Sebab tu Allah mengarahkan kita berfikir melihat ciptaan Nya sebab terdapat banyak kebaikannya.



9. Tidak membaca Al-Quran

Al-Quran adalah mukjizat terbesar. Ia mampu mengaktifkan sel otak kita dan mengelakkannya rosak. Sebab tu kita lihat orang yang menghafal AlQuran akan mempunyai kebolehan berfikir lebih baik dari mereka yang tidak hafal Al-Quran.




Oklah, dah panjang kita berkongsi. Jumpa lagi dilain artikel




Thanks for reading!


Rujukan : Info dari Dr Farhan Hadi Mohd Taib (Lulusan perubatan UNIMAS)




SID Kesayangan anda ❤ Farihah ❤ 019 228 2147

Thursday, November 24, 2016

"DOKTOR KATA SAYA MANDUL, TAPI SEKARANG SAYA DISAHKAN HAMIL, ALHAMDULILAH" Puan Fahana

Tawanya, tangisnya, rengeknya, meruntun jiwa seorang ibu. Wajahnya yang suci dan comel menenangkan setiap yang memandang. Wanita mana tak mahukan anak? Lelaki mana tak kepinginkan zuriat?


Tapi, ada situasi yang kita perlu akur dengan ketentuan dan ujian tuhan.Si isteri tak mampu hamil atau terpaksa dimandulkan . sedih kan?



Saya nak kongsi kisah anak buah Shaklee saya yang hampir kehilangan rahimnya akibat penyakit dan akhirnya, dengan izin Allah, beliau dan suami mendapat khabar gembira asbab  Shaklee. Jom baca :

=======================

Lama saya duk fikir nak share ke tak kisah ni. Tapi atas nasihat suami, saya terbuka hati untuk kongsi dengan korang hari ni

Korang masih ingat tak bulan julai yang lalu saya ada cerita kisah saya yang telah disahkan ada ENDOMETRIOSIS STAGE 2?

Pada awalnya, ada seorang pakar O&G sahkan saya ada ADENOMIOSIS dan dah mandul.

Saya dah tak boleh hamil lagi buat selama-lamanya 😭

Rahim saya dah rosak dan perlu jalani pembedahan untuk buang rahim.

Sedih gila masa tu. Nangis sampai bengkak mata dan saya tak dapat terima hakikat



Kemudian saya berjumpa seorang lagi pakar O&G di hospital yang lain. Pakar tu kata saya bukan ada adenomiosis tapi ENDOMETRIOSIS dan perlu jalani pembedahan segera

Selepas jalani pembedahan laparoskopi dan betulkan rahim yang terbalik. Saya jaga kesihatan betul-betul. 

Saya hanya makan REAL FOOD

Saya detox bersungguh-sungguh dan turunkan berat badan hampir 10kg

Honestly. Saya tak ada ambil sebarang ubat kesuburan yang doktor punya. 

Memang pakar tu memujuk saya ambik injection lucrin untuk hentikan haid buat seketika (sebab nak elakkan sakit sengugut yang kronik), tapi saya menolak dengan elok.

Lagipun pakar tu sendiri cakap ubat lucrin ada side effect. Saya takut 😣

Saya kata kat doktor nak cuba berubat dengan supplement Shaklee dahulu. Kalau 3 kali haid saya masih belum hamil, saya akan serah diri untuk diinjek.





Dan pakar akur dengan keputusan saya. Degil kan saya ni hihi 

Tapi tak lama pun, 3 bulan selepas saya betul-betul istiqomah detox, makan real food dan supplement, kini saya dah berjaya hamil 3 bulan. 


Jun - operation dan start consume supplement khas untuk endometriosis dan kesuburan

September - alhamdulillah hamil 😊😊

Saya kini check up kehamilan bulanan dengan doktor pakar yang rawat saya dari awal yakni Doktor Ishak KPJ

Doktor sendiri akui penyakit endometriosis saya beransur sembuh pun asbab SET SUBUR SHAKLEE

Setinggi-tinggi kesyukuran saya rafa'kan ke hadrat ilahi kerana sembuhkan penderitaan saya dan kembalikan kesihatan saya seperti sedia kala

Yang paling bermakna, penantian saya selama 3 tahun kini berakhir. 3 tahun saya bersedih tidak dapat hamil walaupun pelbagai usaha yang saya dah buat. 



Masa tupun saya tak tahu saya ada endometriosis 😢

Terima kasih suami ku kerana bersabar melayan karenahku yang mabuk teruk😢

Terima kasih Allah kerana izinkan rahimku berfungsi lagi dan mampu mengandungkan zuriat suami buat kali ketiga 😢

Sekarang dah hari ketiga saya warded disebabkan mabuk yang teruk. Tak boleh makan dan minum. Dehydrated dan alami kencing kotor. Tapi insyaAllah mungkin petang ni saya dah boleh discharge 😊

Tolong doakan saya dan baby sihat sampai tarikh bersalin ye kawan-kawan 



Saya juga doakan kalian kat luar sana yang sedang TTC diizinkan Allah untuk hamil. 

Nasihat saya buat kalian. Jangan sesekali lemah semangat dan putus asa. Jaga pemakanan sebaiknya, kuruskan badan dan jangan skip supplement

Selagi kita ada rahim, selagi itulah kita masih ada peluang untuk hamil. 

Put your trust in Allah ❤❤

Yang benar,
Bekas pesakit Endometriosis stage 2

============

Hebat kan kuasa tuhan? Tapi kita kena ikhtiar , bukan harap nasib diubah tanpa usaha. Anda yang ada masalah kehamilan, boleh Hubungi Puan Ana di   60186653683 untuk konsultasi  atau hubungi Surijunior


Thanks for reading! 

With love,
Farihah  | 019 2282147

Friday, November 18, 2016

BEG CANTIK MR. PILOT DAH SAMPAI !


Benda percuma, semua orang nak kan? Tambahan pula yang percuma tu benda baik, bagus dan best! Ok, saya nak cerita. Brief saja. Setiap tahun, kami Leaders Shaklee berpeluang mengumpul points percutian VIP percuma selama 1 business cycle iaitu 12 bulan. Percutian ni FREE ditambah dengan beg, pakaian dan elaun makan pun ada kadang-kadang. Best ka syok ka, macam tu la. Memang syok tambah-tambah sebab FREE !

Points ini kita boleh redeem untuk 2 jenis percutian 
1. Antarabangsa / Umrah
2. Tempatan

Setiap cycle, Shaklee akan tetapkan destinasi antarabangsa cthnya untuk cycle lepas Florida, cycle sebelum tu Itali. haaa macam tu.destinasi antarabangsa ni pula ada alternatif untuk muslim iaitu umrah. contohnya cycle lepas boleh pi Florida atau Umrah & Jordan. Gituuu .  Untuk trip tempatan pula, 1 saja destinasi, tak boleh pilih. jadi kali ni Shaklee tetapkan Langkawi.haaa best tau!

Berapa tiket boleh pi? Bergantung kepada points yang kita kumpul. Banyak points, banyak la tiket dan sebaliknya. Macam mana nak dapat points? Ada beberapa cara :

1. Jualan peribadi
2. Jualan kumpulan 
3. Bantu anak-anak buah jadi leaders

Lagi ramai kita bantu, lagi gemuk points kita. gituuu. Bisnes Shaklee ni bisnes bantu orang. Bukan bisnes syok sendiri. Sama ada bantu orang lain lebih sihat atau lebih kaya. Barulah panjang langkah kita. 

Cycle lepas, points terkumpul saya melayakkan 4 tiket ke Florida, US dan 1 tiket ke Langkawi. Florida dah pi la bulan Ogos 2016. 10 hari. Tiket, hotel, food, beg, jalan2 semua ditaja. Seluk poket untuk shopping saja.hehe.

Dan esuk, saya ke Langkawi pula 1 tiket. Hari tu beg dan lain-lain keperluan dah sampai,  tinggal pack and go!

  
Ni lah bahan-bahannya. hehehe. Depa kata ni beg Mr Pilot, saya pun tak tau. Janji FREE 🤔 
Ada Tshirt muslimah, tag nama, Tiket feri dan booklet informasi. saya dapat tiket feri sbb pilih feri.dekat ja lahaiii. orang yang jauh dapat tiket flight . 


Booklet trip. selama 3 hari 2 malam. Dinner tema tropical flora. Haaa nak kena pi cari bunga raya buat headband naa 😏

Sesiapa yang suka melancong , tapi nak yang FREE, eloklah  pulun buat Shaklee. Local trip saya tak pernah siasat, tapi international trip kos seorang sekitar RM15,000 hingga RM20,000. ini bukan cubaan tau, ini betul-betul kejadian.haaa. Buktinya, saya start bisnes tahun 2011, dan bermula tahun 2013, Setiap tahun saya dapat FREE VIP trip ni tanpa gagal


2013 : Umrah - Dubai 2 tiket


2014 : California 5 tiket


2015 : Umrah - Abu Dhabi - Dubai 5 tiket


2016 : Florida 4 tiket dan 1 tiket Langkawi yang baru nak pi. :)

Trip dengan Shaklee ni, best dan mewahnya taktau nak habaq. 😚😚

Ok, itu saja buat kali ini. Baru nak packing untuk pi Langkawi esok haaa .. . 

Jumpa lagi ya :)

SID kesayangan anda ; 
❤Farihah  | 019 228 2147❤

Tuesday, November 15, 2016

KITA MEMBAYAR UNTUK OMEGA 3 ATAU LEMAK IKAN?



Kajian terhadap populasi di kutub yang jarang menghadapi masalah penyakit jantung membuktikan kebaikan omega 3 pada ikan yang memberi khasiat perlindungan kepada mereka.

Untungnya kita hari ini, tak perlu pakai baju selam pi tangkap ikan terbaik untuk omega 3. Haaaa kann? Kalau pi tangkap sendiri pun, belum tentu dapat yang terbaik. Sebab apa? Sebab laut kita sekarang sangat tercemar. Dan pencemaran ini menyebabkan hidupan laut juga mengandungi bahan kimia berbahaya seperti merkuri dan sebagainya.

Nak dapat khasiat omega 3, sekaligus dapat logam berat seperti merkuri. Naya! Sebab itu Shaklee menampilkan minyak ikan terbaik untuk kita. Dah siap dibotolkan setelah disuling diperingkat molekul sebanyak 3 peringkat untuk menghilangkan bau, menyingkirkan bahan kimia berbahaya dan mencegah oksidasi





Kenapa perlu minyak ikan? Testimoni omega guard Shaklee ni memang best, selalu dapat feedback positive. Terbaru, anak Shaklee saya bagitau Customer dia cakap sejak konsisten Omega Guard Shaklee, dah lama dia tak batuk-batuk. Alhamdulillah.



Selain batuk berpanjangan, Omega Guard Shaklee memang banyak membantu masalah kahak, selalu demam dan selsema terutama di kalangan kanak-kanak.







Lagi? Banyak lagi ka fungsi Omega Guard? Banyakkk sangat





Iyalah, ini semua kebaikan Omega 3. Tapi, kenapa perlu pilih Omega Guard Shaklee? Haa.. .







Jangan tersalah beli minyak ikan. Sesetengah jenama, lemak ikannya lebih tinggi daripada kandungan omega. Dah? Nak beli lemak ka, nak beli Omega? Jangan pula lagi, kita beli yang ada pewarna atau perisa tiruan pula. Sayang duit kan? Beli barang tak berkualiti

Pastikan minyak ikan anda tinggi kandungan Omega 3 ya, bukan sekadar lemak ikan.



Ok. Itu saja kali ni. Nak kata alah membeli, menang memakai pun tak boleh juga sebab Omega Guard Shaklee tak mahal pun! Memang menang membeli, menang memakai kalau nak kata pun.

Thanks for reading!

SID Kesayangan Anda,
❤Farihah | 019 228 2147❤

Monday, November 14, 2016

MAGIC CREAM UNTUK ANAK DISERANG DEMAM CAMPAK



Oh, saya dulu sebelum jadi work at home mom, anak saya kena demam campak bergilir-gilir. Memang faham masalah ibu yang risau tengok kulit anaknya. Tapi, syukurlah ada Shaklee, penyelamat dan memudahkan ibu serta menceriakan anak. Jom baca sharing Mel tentang krim ajaib katanya



==============
Ceritanya bermula macam ni..

Anak saya mengalami demam campak pada bulan lepas. Tau jela,.bila budak kena demam campak, dah confirm tak boleh nak hantar ke taska. Kena kuarantin duduk di rumah.

Saya dan suami bergilir-gilir cuti menjaga anak. Ada tarikh yang saya tak boleh cuti sebab perlu siapkan management report . Ada tarikh yang suami saya tak boleh cuti kerana perlu generate closing report. Jadi memang rekod cuti saya dan suami tak cantik. Tak cantik sebab memanjang status EL.

Walaupun bos saya memahami dan bagi kebenaran untuk cuti, tapi system e-leave tak paham pun keadaan yang mendesak untuk saya apply cuti sebab nak jaga anak yang kena demam campak.. yela, sapelah sangka yang nak terkena demam campak. Mana la nak boleh plan cuti 3 hari sebelum kan..



Sepanjang tempoh anak saya demam campak, macam-macam usaha saya buat utk bagi keluar semua campaknya. Termasuklah bagi air kelapa.. adakala konfius juga dengan tips yang dibaca dan kawan-kawan share.. tp aci redah jela.. bila bintil-bintilnya dah habis keluar, lagi miang dialami oleh anak saya. Menangis-nangis mengadu gatal..

Bila dia sendiri tgk badannya yang penuh dengan bintat-bintat, dia dah resah..jadi, saya tak tunjuk pun muka dia di dpn cermin. Takut lagi dia sedih.

Bila demam dah reda, bintil campak pun dah keluar habis dan mengering, saya sapukan dengan Cream Herbal Blend.



Rasa nyaman berangin yang dirasai adakala buat anak saya konfius.. dia ngadu pedas... haha.. nak tergelak bila dia cuba ekspreskan apa yg dia rasa..



Alhamdulillah, rajin sapu herbal blend di tubuh dan wajahnya, parut beransur kurang. Sebulan yang lalu comot, sekarang dah berseri sikit. Tak percaya boleh tengok gambar. Sorry, ibunya over interframe. Gambar tu anak saya yang snap selfie.



Ni la yang dikatakan shaklee effect.

===============

Dah cantik semula kulit anaknya kan? Siapa nak cuba krim ni, haaa boleh contact Mel di 012.373.2589

Selain krim ni, untuk membantu mereka sepanjang diserang demam campak, dulu, saya juga berikan suplemen untuk consume. Jadi anak-anak saya cuma bintik-bintik keluar tapi tak demam, kurang gatal dan kekal aktif bermain macam biasa. Legaa hati mak.

Apa anda boleh berikan?





Ok, jom kita tengok laaagi testimoni menghadapi demam campak dengan bantuan Shaklee







Alhamdulillah, bila terkena demam campak, ikhtiarkan dengan Shaklee. Tak perlu terlalu menderita semasa demam campak, dan tak perlu merana dengan parut selepasnya.

Thanks for reading !



❤SID kesayangan anda | Farihah 019 228 2147❤
Back to Top