Otak kita adalah pusat kawalan badan. Segala yang kita lakukan atau alami akan diproses di otak. Contohnya kalau kita tersentuh cerek panas, maka reseptor pada tangan akan menghantar isyarat pada otak untuk diproses. Bila maklumat sampai, otak akan bekerja dan memberi maklumat supaya alihkan tangan.
Isyarat itu akan menyebabkan tangan kita menjauhi cerek panas tersebut. Panjang sungguh prosesnya kan? Tapi reality sebenar kita dapat alihkan tangan dari cerek panas tidak sampai 1 saat pun. Hebat sungguh tuhan. Subhanallah
Bila kita tengok pentingnya otak, maka kita perlu jaga otak kita dengan baik. Jangan lakukan atau makan sesuatu yang boleh merosakkan atau melemahkan otak kita. Untuk kita lebih berhati-hati, disini saya senaraikan 9 perkara yang perlu dielakkan sekiranya kita sayang otak kita.
1. Tidak mengambil sarapan pagi
Sarapan pagi ni sangat penting sebenarnya. Ia mampu member tenaga pada otak kita. Otak kita sebenarnya menggunakan 25% daripada keseluruhan tenaga badan. Kalau tak ambil sarapan, aras gula dalam darah akan rendah dan mengurangkan nutrisi kepada otak. Oleh yang demikian, banyak sel otak akan mati dan otak tidak aktif pada hari tersebut.
2. Terlebih makan
Kalau kita banyak makan, aliran darah akan banyak mengalir ke perut dan usus untuk mencerna makanan yang kita makan. Jadi, darah ke otak akan kurang dan kita akan kekurangan oksigen. Darah merah ni angkut oksigen. Jadi, bila otak kurang oksigen, kita akan malas, mengantuk dan hilang daya focus.
3. Merokok
Morokok ni memang banyak keburukan. Ia mengandungi racun yang boleh membunuh banyak sel yang terdapat dalam otak kita.
4. Ambil gula berlebihan.
Pengambilan gula yang berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Ia boleh mengganggu perkembangan otak yang sihat.
5. Menghidu udara tercemar
Seperti yang saya katakan tadi, otak kita memerlukan oksigen. Selain daripada oksigen yang diangkut dalam sel darah merah, pernafasan juga boleh membekalkan oksigen kepada otak. Menghidu udara yang tercemar akan merosakkan sel otak. Antara udara yang tercemar adalah asap rokok. Jadi, jauhi mereka yang merokok sebab ia sangat bahaya pada kesihatan kita.
6. Tidur berlebihan
Tidur memang bagus sebenarnya. Tapi bila terlalu berlebihan tidur, otak kita akan jadi kurang aktif, badan pun akan penat sebenarnya. Perlu elakkan tidur lepas asar dan lepas subuh sebab ia ditegah dalam agama Islam kerana boleh menyebabkan gila dan papa.
7. Tutup muka semasa tidur
Ada orang suka tidur dengan menutup muka menggunakan buku, bantal dan lengan. Ia tak baik sebenarnya sebab menutup muka dapat memerangkap banyak karbon dioksida. Kemudian, kita akan menyedut semula karbon dioksida yang terperangkap tadi. Ini akan mengurangkan oksigen kepada otak.
8. Kurang berimaginasi
Berfikir adalah langkah yang paling baik untuk mengelakkan otak lembap. Banyak berimaginasi dan berfikir mampu meningkatkat keupayaan otak kita. Sebab tu Allah mengarahkan kita berfikir melihat ciptaan Nya sebab terdapat banyak kebaikannya.
9. Tidak membaca Al-Quran
Al-Quran adalah mukjizat terbesar. Ia mampu mengaktifkan sel otak kita dan mengelakkannya rosak. Sebab tu kita lihat orang yang menghafal AlQuran akan mempunyai kebolehan berfikir lebih baik dari mereka yang tidak hafal Al-Quran.
Oklah, dah panjang kita berkongsi. Jumpa lagi dilain artikel
Thanks for reading!
Rujukan : Info dari Dr Farhan Hadi Mohd Taib (Lulusan perubatan UNIMAS)
SID Kesayangan anda ❤ Farihah ❤ 019 228 2147
No comments :
Post a Comment