Sebenarnya, kerisauan adalah perkara normal dan ia tidak mungkin dapat dielakkan sepenuhnya dalam hidup kita. Namun begitu, sekiranya perasaan ini semakin mendalam dan berlaku dengan terlalu kerap, ia dikhuatiri dapat memberi kesan kepada bayi dalam kandungan.
Berikut adalah antara kesan stres terhadap kandungan dan kesihatan ibu mengandung.
1. Jantung Berdegup Kencang
Apabila anda stres, tubuh anda akan menghantar isyarat tertentu
kepada tubuh dan merembeskan hormon stres. Hormon ini akan menyebabkan otot dan
jantung berdegup lebih kencang.
Sekiranya
anda boleh mengendalikan stres tersebut dengan baik, respon ini akan semakin
perlahan sehinggalah organ tubuh anda kembali bekerja dalam keadaan normal.
Kesan stres buat jangka masa panjang adalah tidak sihat kepada tubuh, di mana
ia tidak kembali kepada keadaan normal.
2. Sistem Pengendalian Stres Terganggu
Apabila emosi yang dilalui tidak dapat dikendalikan oleh sistem
pengendalian stres tubuh, ia akan menyebabkan seseorang melakukan sesuatu yang
di luar jangkaan.
Selain
itu, ia juga boleh mencetuskan rangsangan negatif terhadap kesihatan tubuh seperti
keletihan, gangguan emosi, dan lebih cenderung terkena jangkitan atau
penyakit.
3. Kesihatan Bayi Dalam Kandungan Terjejas
Menurut
laman kesihatan Web MD, situasi
seperti ini telah dikaitkan dengan masalah seperti kelahiran bayi yang kurang
berat dan juga kelahiran pramatang.
Menurut
sebuah lagi kajian, bayi seawal usia 17 minggu boleh
terdedah kepada stres yang dirasakan oleh ibu mengandung.
4. Bayi Menjadi Mudah Stres
Dalam sebuah laporan oleh News Week, pakar mendapati bahawa bayi yang dilahirkan oleh ibu-ibu
yang mengalami stres yang tinggi sepanjang kehamilan turut ‘mewariskannya’
kepada bayi. Bayi yang dimaksudkan ini memperlihatkan sensitiviti yang lebih
tinggi terhadap stres berbanding bayi normal.
Malah, bayi-bayi ini turut dipantau sehingga berusia 2
tahun, di mana mereka turut mempamerkan kecenderungan untuk berasa risau,
takut, dan gelisah. Semasa diuji di dalam makmal dengan sebiji bola, anak kecil
yang normal akan bermain bola tersebut dan tidak begitu kekok terhadap orang
yang tidak dikenali. Sebaliknya, anak kecil yang dilahirkan oleh ibu yang memiliki
kadar kortisol yang tinggi (sering stres) didapati akan berdiri keresahan di
tepi dinding atau berlari balik kepada ibu masing-masing.
5. Memberi Kesan Kepada IQ Bayi
Dalam sebuah pemerhatian lain yang dilaporkan melalui The
Guardian, 100 orang bayi dan anak kecil yang terdedah kepada stres melampau
ketika dalam kandungan dinilai IQ mereka. Hasilnya, IQ mereka adalah 10 poin di
bawah purata dan kebanyakan daripada mereka memiliki kadar stres yang tinggi
sehingga mengalami masalah kurang fokus.
sumber: zuriat.my
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Salam Sayang,
Farihah / Kak Eha
http://wasap.my/+60192282147
Like Page kami untuk Info kesihatan & Business
We L.O.V.E Breastfeeding
Surijunior
Farihah / Kak Eha
http://wasap.my/+60192282147
Like Page kami untuk Info kesihatan & Business
We L.O.V.E Breastfeeding
Surijunior
No comments :
Post a Comment