Ibu hamil nie pasti ada pantang larangnyakan. Sama ada ianya relevant atau tidak jer dengan kita.
ada beberapa pantang larang yang perlu juga para ibu yang hamil ambil berat mengenainya. Kerana ia ada kaitan bukti secara sains.
1. Elakkan Sentiasa Memegang Kucing
Kucing adalah haiwan yang comel dan mudah mesra. Memang pantang nampak, mesti nak usap dan belai mereka.
Walaubagaimanapun, ketika mengandung wanita perlu lebih berhati-hati serta perlu mengehadkan masa bersama dengan haiwan kesayangan anda – khususnya dari segi pengendalian najis kucing. Menurut sebuah artikel dalam akhbar tempatan, kucing boleh membawa kesan negatif kepada kehamilan kerana terdapat sejenis parasit iaitu protozoa yang menyebabkan sejenis jangkitan toksoplasmosis yang tidak membahayakan orang dewasa tetapi boleh menyebabkan masalah kesihatan serius kepada bayi dalam kandungan.
Oleh itu, jika anda membela kucing di dalam rumah, pastikan anda menjaga kebersihan sebaik mungkin dan rajin-rajin membasuh tangan sesudah memegang kucing atau sebelum memasak makanan. Paling penting, gunakan sarung tangan atau dapatkan seseorang untuk mengendalikan najis mereka untuk anda.
2. Berendam Dalam Air Panas
Berendam dalam air panas memang selesa, tetapi aktiviti ini sebenarnya tidak digalakkan jika anda sedang hamil.
Terdapat kajian menunjukkan bahawa mandi air panas terutamanya dalam bulan terawal kehamilan boleh menyebabkan kecacatan anak semasa lahir. Selain itu, air mandian yang terlalu panas boleh menjadikan wanita hamil menjadi loya atau pitam kerana kepanasan tersebut merendahkan tekanan darah.
Risiko kepanasan melampau ini adalah lebih cenderung pada air tab panas (bath tub) atau sauna manakala kurang dilihat pada mandian pancuran (shower).
3. Cabut Gigi
Seperti yang kita tahu, tubuh badan wanita akan mengalami perubahan sepanjang kehamilan. Salah satunya adalah gingivitis atau bengkak gusi yang menyebabkan sesetengah ibu mengandung berasa sakit gigi. Pakar berpendapat bahawa rawatan pergigian yang melibatkan suntikan yang akan masuk ke dalam darah perlu dielakkan. Begitu juga halnya dengan pengambilan ubat antibiotik atau ubat tahan sakit yang tertentu serta imbasan X (X-ray).
Walaupun begitu, ibu hamil tidak sepatutnya menahan kesakitan sendiri tanpa membuat pemeriksaan dengan doktor gigi. Dengan pemantauan rapi, mereka boleh mempreskripsikan rawatan atau ubat yang terbaik bergantung kepada keadaan anda.
4. Ubat Jerawat
Sesetengah wanita mengalami masalah jerawat yang sangat teruk semasa kehamilan akibat perubahan hormon. Jika ia berlaku kepada anda, kerapkanlah mencuci muka dengan air bersih dan gunakan losyen dan pembersih muka yang berasaskan unsur organik untuk lebih selamat.
Sekiranya ianya terlalu serius, berjumpalah dengan pakar kulit atau doktor. Elakkan membeli ubat sendiri di farmasi kerana terdapat segelintir bahan kimia seperti accutane (isotretinoin), tetracycline, doxycycline, dan minocycline yang boleh menyebabkan masalah kecacatan serta masalah pada pembentukan gigi dan tulang bayi.
5. Kurangkan Pengambilan Kafein
Dalam kuantiti kecil, seperti segelas sehari umumnya tidak akan mendatangkan mudarat kepada bayi. Namun, pengambilan yang berlebihan berisiko menyebabkan kelahiran kurang berat badan pada bayi, kelahiran pramatang atau keguguran, seperti yang dinyatakan oleh NHS Choices.
Kafein bukan saja terdapat dalam kopi, tetapi ia juga kadangkala ditambah dalam soda, minuman tenaga (energy drink), atau teh, dan coklat. jadi, berhati-hati semasa meminum dan memakan kesemua jenis makanan ini.
6. Merokok atau Mendampingi Perokok
Sungguhpun kebanyakan wanita di Malaysia tidak merokok, tetapi ramai yang terdedah kepada asap rokok. Sebenarnya, kesan asap rokok ini lebih merbahaya daripada apa yang anda sangkakan kerana asap rokok ‘basi’ ini lebih bertoksin berbanding asap rokok yang dihidu oleh perokok itu sendiri.
Bayi dalam kandungan berisiko dilahirkan kurang berat badan dan lebih teruk lagi ia boleh menyebabkan risiko kematian mengejut. Malah, toksin yang dihidu dikhuatiri dapat merencatkan perkembangan bayi dalam kandungan sehingga menjejaskan kesihatan mereka apabila lahir dan semakin dewasa kelak.
7. Elakkan Makanan Mentah
Jika sebelum ini anda adalah seorang penggemar makanan mentah seperti sushi, telur mentah dan sebagainya, seeloknya anda mengehadkan pengambilan makanan ini semasa mengandung.
Pantang larang semasa mengandung ini didasari oleh kajian yang menunjukkan bahawa makanan mentah lebih terdedah kepada bakteria, virus, dan parasit hidup yang boleh mengganggu perkembangan kehamilan, terutamanya pada peringkat awal. Maka, pastikan makanan yang diambil dicuci dengan bersih dan dimasak secukupnya agar semua risiko ini dapat diminimumkan.
8. Elakkan Makanan Manis, Tinggi Kalori dan Tinggi MSG
Semua jenis makanan yang tidak sihat seharusnya dihindari kerana ia bukan saja tidak berkhasiat, malah boleh meninggikan kebarangkalian untuk anda menghidap kencing manis ketika hamil.
Kalau teringin sangat, bukanlah langsung tak boleh makan. Tapi, kenalah berpada-pada dan jangan makan terlalu banyak. Sebaliknya, lebihkan pengambilan buah-buahan dan snek berkhasiat seperti buah-buahan segar dan kekacang. Sedap juga, bukan?
9. Elakkan Bahan Kimia, Kosmetik dan Produk Kesihatan Secara Berlebihan
Anda mungkin tidak perlu risau jika anda melakukannya sekali-sekala, tetapi wanita yang bekerja di salon contohnya perlu lebih berhati-hati. Dalam bahan kimia pada pewarna rambut dan cat kuku misalnya terkandung phathalates dan aseton yang dapat menimbulkan permasalahan pada sistem reproduksi. Hal yang sama juga jika anda sering terdedah kepada cat rumah dan sebagainya.
Selain itu, jika anda sedang mengamalkan apa-apa produk semasa kehamilan, semak label dan pastikan ianya selamat untuk dimakan oleh wanita hamil.
sumber: zuriat.my
sumber: zuriat.my
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Salam Sayang,
Farihah / Kak Eha
http://wasap.my/+60192282147
Like Page kami untuk Info kesihatan & Business
We L.O.V.E Breastfeeding
Surijunior
Farihah / Kak Eha
http://wasap.my/+60192282147
Like Page kami untuk Info kesihatan & Business
We L.O.V.E Breastfeeding
Surijunior
No comments :
Post a Comment