Slider

Saturday, August 12, 2017

Banyaknya Khasiat Bawang Putih Untuk Ibu Mengandung!

Bawang Putih? Yeaa...tahukah anda sememangnya bawang putih ini bukan sahaja untuk memberikan aroma dan rasa yang sedap dalam masakan. tetapi ia juga memberikan pelbagai manfaat. Selain dalam masakan, bawang putih juga digunakan sebagai ubat dalam petua seperti rawatan untuk selsema, sakit gigi dan sakit kulit kerana khasiat yang terkandung antaranya ialah Antioksida dan Anti-radang.

Sebenarnya, ada banyak juga khasiat bawang putih untuk ibu hamil yang khusus. Banyak kajian yang telah dilakukan mendapati ianya mampu memberi kesan positif kepada diri dan bayi dalam kandungan.
1. Mengurangkan Keguguran Rambut
Perubahan hormon dalam badan membuatkan rambut mudah gugur pada waktu mengandung dan selepas bersalin. Kebiasaannya 90% rambut pada kepala sentiasa memanjang manakala 10% dalam keadaan rehat. Perubahan hormon menyebabkan rambut lebih cenderung untuk berada dalam keadaan rehat dan tidak sekuat dahulu.

Komponen selenium dan sulfur dalam bawang putih terbukti dapat merangsang pertumbuhan rambut yang sihat, menguatkan rambut serta menghalang keguguran rambut.Caranya ialah dengan menyediakan minyak pati bawang putih dengan mencampurkan hirisan bawang putih dengan minyak zaitun. Kemudian biarkan dua minggu di dalam peti sejuk sebelum menggunakannya.

2. Merawat Selsema
Sudah menjadi petua turun-temurun yang menunjukkan keberkesanan bawang putih untuk merawat selsema. Kajian juga turut menyokong penggunaan bawang putih kerana komponen istimewa iaitu  sel- T yang bertindak sebagai antivirus yang melawan jangkitan selsema dalam aliran darah.

Caranya penggunaan bawang putih ialah dengan makan seulas bawang putih mentah atau dihancurkan dalam setiap 3 atau 4 jam sehingga selsema hilang.

3. Mengawal Tekanan Darah & Pre-Eklampsia
Ibu mengandung yang gagal mengawal tekanan darah tinggi berisiko untuk mengalami pre-eklampsia. Oleh itu, terdapat pakar yang menyarankan untuk menambah bawang putih dalam diet sebagai langkah kawalan darah tinggi. Penggunaan bawang putih sebagai rawatan semulajadi terbukti berkesan untuk memastikan tekanan darah dalam badan terkawal.

Khasiat bawang putih untuk ibu hamil boleh ditambah dalam diet harian sejak dari trimester pertama untuk tekanan darah seimbang.

4. Menguatkan Sistem Imun Tubuh
Selain kaya dengan sifat antibakteria dan antioksida, bawang putih juga mampu menguatkan sistem imun badan. Dengan hanya seulas, ia mampu membekalkan lebih 100 jenis kompaun sulfurik yang mampu menghapuskan pelbagai jenis jangkitan dan bakteria dalam badan.

Khasiat bawang putih untuk ibu hamil akan menjadikan badan terhindar daripada demam, batuk dan selsema.
5. Melancarkan Peredaran Darah
Waktu kehamilan sering dikaitkan dengan peredaran darah yang tidak lancar. Hasilnya, tangan dan kaki mudah kelihatan bengkak dan terasa kebas. Khasiat bawang putih untuk ibu hamil dapat memberi kesan kepada peredaran darah yang lebih efektif kerana apabila dimakan, di mana kandungannya dapat membantu merehatkan salur darah dan seterusnya melancarkan aliran darah ke seluruh badan.

Kajian juga mendapati pengamalan bawang putih dapat membersihkan darah dengan cara penyingkiran toksin.

6. Mengelakkan Pembiakan Fungus
Dalam usia kehamilan, peningkatan kadar hormon terutamanya estrogen merangsang pembiakan fungus pada bahagian kulit lembap dan tertutup. Hasilnya, fungus mudah merebak pada bahagian vagina.

Bawang putih yang mengandungi antifungus mampu melawan pembiakan fungus candida dan mengimbangi semula pembentukan bakteria baik dan jahat pada badan.
7. Menurunkan Paras Kolestrol
Kolesterol memainkan peranan penting pada tempoh kehamilan untuk perkembangan fizikal dan minda bayi. Kolesterol juga diperlukan untuk meningkatkan paras hormon estrogen dan progesteron yang penting semasa mengandung.

Tetapi, kadar kolesterol dalam badan perlu dijaga untuk mengelakkan risiko strok atau sakit jantung. selain itu, jika ibu tidak dapat mengawal paras kolesterol, anak juga turut cenderung mempunyai kolesterol yang tinggi. Menurut sumber, bawang putih terbukti dapat mengurangkan paras kolesterol sebanyak 9 ke 12% jika diamalkan setiap hari.

sumber: zuriat.my
-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Salam Sayang,
Farihah / Kak Eha
http://wasap.my/+60192282147

Like Page kami untuk Info kesihatan & Business
We L.O.V.E Breastfeeding
Surijunior

No comments :

Back to Top