Slider

Tuesday, August 15, 2017

Kencing Kotor Ketika Hamil? Bagaimana Mengatasinya?

Menurut sumber, hampir 10% wanita cenderung dijangkiti penyakit kencing kotor semasa hamil. Ia berpunca daripada jangkitan bakteria pada sistem urinari tubuh yang meliputi bahagian ginjal, ureter, pundi kencing, dan uretra.

Secara umumnya, ia bukanlah penyakit yang merbahaya dan boleh berlaku kepada sesiapa saja. Namun, ia boleh memberi kesan negatif kepada kehamilan sekiranya dibiarkan tanpa rawatan.

1. Punca Jangkitan Kencing Kotor Ketika Hamil
Disebabkan perubahan kondisi saluran kencing pada wanita hamil – di mana rahim yang semakin membesar menghimpit bahagian pundi kencing, ia mengakibatkan air kencing tidak dapat dikosongkan dengan efektif daripada pundi kencing. Apabila keadaan ini berterusan, ia boleh menyebabkan jangkitan.
Jangkitan inilah yang dikenali sebagai kencing kotor atau urinary tract infection.

2. Tanda Kencing Kotor Semasa Hamil
Kencing kotor boleh diatasi dengan mudah dan cepat sekiranya ia dikesan awal. Oleh itu, sekiranya berhadapan dengan tanda-tanda ini, cepat-cepatlah pergi membuat pemeriksaan di klinik.
  • Lebih kerap kencing berbanding biasa, kekadang secara tiba-tiba (kencing tak lawas)
  • Masalah / keakitan semasa hendak buang air kecil
  • Rasa perit  cramps pada bahagian belakang, punggung dan perut
  • Rasa sakit ketika membuang air kecil
  • Warna air kencing yang keruh dan disertai dengan bau air kecing yang luarbiasa
  • Demam, loya dan muntah

3. Kencing Kotor Memberikan Kesan Kepada Bayi Dalam Kandungan?
Sekiranya kencing kotor tidak dirawat seawal mungkin, ia boleh menyebabkan jangkitan pada bahagian ginjal / buah pinggang. Jangkitan pada buah pinggang boleh menyebabkan kelahiran pramatang dan bayi yang kurang berat.

Penyakit kencing kotor boleh dikesan melalui ujian air kencing. Sekiranya ia dirawat dengan cepat dan menyeluruh, kencing kotor semasa hamil tidak akan memberi kesan kepada bayi dalam kandungan.

4. Rawatan Kencing Kotor Untuk Ibu Hamil
Kencing kotor semasa hamil boleh dirawat dengan antibiotik. Selalunya, doktor akan mempreskripsikan antibiotik yang perlu dihabiskan dalam masa 3-7 hari. Antibiotik yang diberikan ini adalah selamat untuk bayi dalam kandungan.

Namun, sekiranya anda mengalami sebarang kesan sampingan seperti demam, menggigil, sakit perut, loya, muntah, atau kontraksi, pastikan anda memberitahu doktor tentangnya.
5. Cara Mencegah Kencing Kotor Semasa Hamil
Kencing kotor boleh dielakkan melalui beberapa cara seperti berikut.

  • Kerap ke tandas dan tidak tahan kencing
  • Membuang air kecil setiap kali sebelum dan selepas hubungan seksual
  • Memakai seluar dalam daripada kapas
  • Mengelakkan penggunaan pewangi, bedak, douche, semburan atau sabun pada vagina
  • Mengelap alat sulit dari hadapan ke belakang, bukan sebaliknya
  • Banyak Minum air kosong 

Amat penting bagi ibu-ibu hamil mengamalkan pengambilan makanan yang sihat dan seimbang serta gaya hidup yang sihat.

Selain daripada perkara di atas, cuba juga elakkan bahan yang boleh mengganggu fungsi pundi kencing anda seperti minuman berkafein dan coklat. Pengambilan makanan ini secara berlebihan boleh menyebabkan keradangan dan mengundang bakteria pada organ tersebut.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Salam Sayang,
Farihah / Kak Eha
http://wasap.my/+60192282147

Like Page kami untuk Info kesihatan & Business
We L.O.V.E Breastfeeding
Surijunior




No comments :

Back to Top