Slider

Wednesday, August 9, 2017

Bagaimana Kesihatan Dan Keselamatan Berkerja Semasa Hamil?

Isu kesihatan dan keselamatan bukan hanya melibatkan masalah-masalah fizikal yang jelas, tetapi juga perkara-perkara seperti keletihan mental dan fizikal, pergerakan dan postur, perjalanan dan bunyi bising. Jadi, apa sahaja mengenai kerja yang merisaukan anda haruslah dimaklumkan kepada ketua anda. 


Walaupun tugas anda tidak memerlukan anda berdiri lama dan tidak berisiko hatta sekadar mengangkat telefon sekalipun, anda mungkin mendapati beberapa langkah tertentu boleh membuat anda lebih selesa. Anda boleh cuba: 

Berehat sebentar 

Letak kaki di atas jika anda telah lama berdiri, atau berdiri dan berjalan setiap dua jam sekali jika anda telah lama duduk. Ini akan membantu mengurangkan bengkak di kaki dan buku lali, dan membuat anda berasa lebih selesa. Lakukan beberapa senaman regangan untuk melindungi belakang anda

Berehat bila boleh 
Jika kerja anda begitu memenatkan, anda perlu lebih rehat dan mengurangkan aktiviti fizikal di luar kerja. 

Pakai apa yang selesa 
Pakailah kasut bertumit rendah. Pakai pakaian yang longgar, yang diperbuat daripada kapas. 

Jika anda bekerja di dalam persekitaran yang berhawa dingin, pelbagai jenis kain balut, pashmina dan selendang dapat membantu menghangatkan badan dan mempelbagaikan fesyen pakaian anda! 
Jaga makan 
Ambil masa untuk makan dengan kerap. Tambahkan serat dalam pemakanan anda untuk mengurangkan sembelit


Pilih makanan tengah hari yang seimbang dan berkhasiat. Pertimbangkan kemungkinan membawa bekal dari rumah untuk mengelakkan risiko makan di gerai-gerai yang kotor (termasuk keracunan makanan). 

sumber: babycentre

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Salam Sayang,
Farihah / Kak Eha
http://wasap.my/+60192282147

Like Page kami untuk Info kesihatan & Business
We L.O.V.E Breastfeeding
Surijunior

No comments :

Back to Top