Slider

Saturday, August 19, 2017

Buah-Buahan Yang Terbaik Untuk Ibu Hamil

Ibu-ibu hamil sememangnya perlu sentiasa menjaga kesihatan serta pengambilan makanan yang seimbang. Disamping memenuhi keperluan zat vitamin yang diperlukan, terutama bayi dalam kandungan dan juga ibu hamil.

Pengambilan buah-buahan juga penting kerana terdapat buah-buahan yang kaya dengan zat vitamin yang perlu untuk ibu hamil. Jom kita tengok buah yang baik untuk ibu hamil amalkan.
1. PISANG
Siapa tak kenal pisang kan? Pisang cukup terkenal sebagai pelawas yang mana mampu mengelakkan ibu mengandung dari masalah sembelit dan sukar membuang.

Selain itu, pisang juga mengandungi nutrisi lain yang dapat membantu ibu hamil seperti vitamin, asid folat dan juga kalium. Asid folat membantu pembentukan otak dan juga tulang sumsum bayi. Otak dan tulang sumsum adalah 2 organ yang sangat penting dalam sistem tubuh manusia.
Pisang juga antara buah yang mengandungi vitamin C yang mana ianya membantu semasa proses pembentukan darah selain daripada membantu dalam pembentukan gusi, tulang dan kulit.

2. KURMA
Buah ini mengandungi banyak kandungan nutrisi seperti asid folik, zink, zat besi, kalsium, kalium, magnesium, vitamin C dan juga vitamin B.

Nutrisi-nutrisi ini boleh membantu ibu-ibu untuk menghilangkan penat dan lesu ketika mengandung, menaikkan bacaan HB dengan terlibat dalam proses pembentukan sel darah merah sekaligus mengelakkan anemia. Kurma juga membantu memudahkan bersalin tau.

3. BUAH NAGA
Buah naga kaya dengan antioksidan dan juga Vitamin B3 yang membantu melembabkan kulit semasa mengandung.
Buah naga juga membantu menghasilkan antibody bagi menguatkan sistem imunisasi ibu supaya sukar dijangkiti penyakit. Buah naga juga dapat mencairkan kahak dan menghilangkan batuk.

Tips Mudah : Beli dan potong buah naga. Kemudian, bekukan buah naga di dalam peti ais. Setiap minggu, makanlah 2-3 kali potongan buah naga tadi. Ini membantu buah naga untuk tahan lebih lama.
4. EPAL
Epal adalah buah yang kaya dengan vitamin. Epal juga antara buah yang mempunyai warna yang menarik perhatian.

Epal mengandungi vitamin A, B kompleks dan vitamin C yang banyak membantu meningkatkan sistem imunisasi ibu hamil dari diserang penyakit.
Pengambilan buah epal sepanjang kehamilan juga membantu ibu hamil mengawal berat badan dari berlebihan. Siapa taknak kuruskan.

5. ANGGUR
Anggur mempunyai dua jenis iaitu anggur merah dan anggur hijau. Anggur yang elok dimakan oleh ibu mengandung ialah anggur merah.

Anggur merah kaya dengan antioksidan yang dapat membuang radikal bebas yang merbahaya dalam badan kita. Anggur juga boleh dijadikan sebagai snek untuk ibu-ibu mengandung untuk dimakan semasa masa-masa terluang.

Anggur juga kaya dengan Vitamin A yang boleh menstabilkan metabolic rate ibu mengandung. Selain itu, anggur juga mengandungi folate, potassium, phosphorus, magnesium dan sodium yang sangat baik untuk ibu mengandung.
6. AVOCADO
Buah avocado antara buah yang banyak mengandungi folik asid. Ibu-ibu mesti tahu kan kelebihan folik asid kepada kandungan. Salah satu fungsi folik asid ialah untuk mengekalkan bacaan HB anda.

Selain itu, sekiranya anda ada morning sickness yang teruk, avocado boleh membantu. Ini disebabkan kandungan Vitamin B6 yang ada pada buah ini.
Avokado juga mempunyai kandungan serat yang tinggi dan ini sangat membantu ibu hamil yang mempunyai masalah sembelit. Serat membantu badan untuk menghadam makanan dengan lebih baik.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Salam Sayang,
Farihah / Kak Eha
http://wasap.my/+60192282147

Like Page kami untuk Info kesihatan & Business
We L.O.V.E Breastfeeding
Surijunior

No comments :

Back to Top