Tata cara berpuasa untuk ibu hamil tidaklah berbeza dengan orang biasa. Hanya terdapat beberapa perkara yang perlu diperhatikan oleh ibu yang sedang hamil.
1. Pastikan keadaan janin anda sihat dan tidak kekurangan nutrisi pada saat akan melaksanakan puasa. Anda boleh membuat pemeriksaan nya ke pakar sakit puan berdekatan. Bila janin anda sihat dan nutrisinya cukup, maka anda boleh berpuasa.
2. Pada masa sahur, pastikan anda memakan makanan yang mengandungi protein yang tinggi seperti telur, daging ayam, dan daging lembu tanpa lemak. Protein adalah salah satu sumber nutrisi utama bagi anda dan janin anda selama menjalankan puasa dan untuk mencegah rasa lapar datang terlalu cepat.
3. Anda juga sebaiknya meminum susu atau madu ketika sahur supaya daya tahan tubuh tetap terjaga. Banyak minum air putih juga untuk mencegah dehidrasi.
4. Seterusnya, semasa melakukan puasa, sebaiknya elakkan aktiviti yang berat untuk menjaga stamina anda dan kesihatan janin anda. Pekerjaan berat juga boleh menimbulkan stress yang nanti juga akan mempengaruhi keadaan janin anda.
5. Dan yang terakhir, anda dianjurkan untuk menghentikan berpuasa jika salah satu hal ini terjadi selama berpuasa.
Muntah - muntah sebanyak tiga kali. Dikhuatiri janin anda dan anda mengalami dehidrasi jika tidak dihentikan berpuasa dan akan minum cecair.
Pusing dan mata berkunang - kunang. Dikhuatiri jika anda mengalami hal ini janin anda mengalami dehidrasi dan akan memerlukan cecair
Demikianlah beberapa tips puasa sihat untuk ibu hamil pada bulan ramadhan, semoga Allah swt memberikan kita kekuatan dan hidayah agar dapat menjalankan ibadah puasa sebulan penuh. aamiin.
sumber:idblogmuslim
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Salam Sayang,
Farihah / Kak Eha
http://wasap.my/+60192282147
Like Page kami untuk Info kesihatan & Business
We L.O.V.E Breastfeeding
Surijunior
Farihah / Kak Eha
http://wasap.my/+60192282147
Like Page kami untuk Info kesihatan & Business
We L.O.V.E Breastfeeding
Surijunior