Slider

Thursday, May 4, 2017

Alahan Makanan Pada Bayi Anda?

Adakah alahan makanan kerap berlaku pada bayi?

Alahan makanan biasa berlaku pada bayi dan kanak-kanak kecil. Dianggarkan sehingga lapan peratus kanak-kanak di bawah usia tiga bulan mengalami alahan makanan.



Anak anda lebih berkemungkinan mengalami alahan makanan jika seseorang dalam keluarga juga mengalami alahan makanan, atau alahan laian seperti asma atau ekzema. Kaitan di antara alahan makanan dan ekzema adalah sangat tinggi.

Bayi-bayi yang mengalami ekzema yang teruk semasa di bawah usia tiga bulan lebih berkemungkinan mengalami alahan makanan. Secara amnya, lebih awal ekzema bermula, dan lebih teruk keadaannya, lebih besar kemungkinan anak anda mengalami alahan makanan. Walaupun kes alahan makanan telah meningkat, jumlahnya kini tidak bertambah.

Makanan apakah yang paling biasa menyebabkan alahan?
Makanan yang paling biasa menyebabkan alahan makanan adalah susu, telur, kacang tanah, dan kekacang lain seperti kacang hazel, walnut dan badam. Statistiknya adalah:

  • susu: di antara 1.6 peratus dan tujuh peratus pada bayi
  • telur: kira-kira dua peratus kanak-kanak di bawah usia tiga tahun
  • kacang tanah: sehingga dua peratus kanak-kanak

Apakah simptom-simptom yang harus saya perhatikan?

Adalah mudah untuk mengesan samada anak anda mempunyai alahan segera terhadap makanan. Tanda-tanda dan simptomnya termasuk:
  • gatal-gatal (ruam) sekeliling mulut, hidung dan matanya, yang mungkin merebak ke seluruh badan
  • bengkak pada bibir, mata dan muka
  • hidung berhingus atau tersumbat, bersin-bersin, mata berair
  • gatal mulut dan sakit tekak
  • loya, muntah-muntah dan cirit-birit
Jika anak anda mengalami reaksi yang lebih teruk, dia mungkin berdehit, sukar bernafas, bengkak pada tekak dan lidah, dan tekanan darah turun tiba-tiba. Ini dikenali sebagai anafilaksis atau kejutan anafilaksis, dan boleh mengancam nyawa. 

Syukurlah, reaksi yang teruk jarang berlaku. Jika anda syak anak anda mengalami reaksi alahan yang teruk, gunakan pen penyuntik adrenalin auto jika anda telah dipreskripsikan dengannya, dan hubungi ambulans serta-merta. Jangan cuba untuk membuat anak anda muntah.


sumber : baby centre

Salam Sayang,
Farihah / Kak Eha 
http://wasap.my/+60192282147

Like Page kami untuk Info kesihatan & Business
We L.O.V.E Breastfeeding
Surijunior

No comments :

Back to Top