Slider

Thursday, May 25, 2017

Masalah Tiada Susu Selepas Bersalin? Bagaimana Mengatasinya?

Masalah ibu-ibu ialah mereka berasa masalah besar bila 'tiada susu' selepas bersalin.
semamangnya perkara ini menghantui ibu-ibu selepas bersalin, tidak lena tidur dibuatnya.

Jadi di sini saya ingin kongsikan beberapa tips untuk masalah yang dihadapi dikalangan ibu-ibu ini.

1. Susu Memang Tiada, Yang Ada Hanyalah Kolostrum
  • Tahukah anda, semua ibu memang ada susu. Pertama sekali anda kena yakin yang diri anda mempunyai susu. Sentiasa positif dalam situasi ini. Juga sokongan orang disekeliling. Suami terutamanya memainkan peranan penting.
  • Susu ibu ini ada 3 jenis, iaitu Susu Awal (Kolostrum), Susu Pertengahan (transitional) dan Susu Matang (mature).
  • Pada hari 1 sehingga hari 4 memang ibu tiada susu, yang ada hanya kolostrum sahaja. Kolostrum adalah susu awal ibu yang berwarna kuning, pekat dan likat seperti madu dan sangat sedikit kerana ia hanya mengikut keperluan bayi ketika itu.
Tahukah para ibu, kolostrum ini kaya dengan antibodi dan dapat melindungi bayi daripada jangkitan kuman serta penyakit. memang banyak khasiat kolostrum ini.

2. Kalau Betul Ada Kolostrum, Kenapa Bila Picit Atau Pam, Tiada Susu Keluar

Sebenarnya kolostrum ini pekat dan likat cecairnya seperti madu. Sebab itu bila anda pam, ianya memang tidak keluar. Hanya perahan melalui tangan, kolostrum ini mampu dikeluarkan.

Tapi...bukan sebarang picit yea, ramai ibu yang kata dah picit tapi masih tak keluar susu. Tapi ramai ibu-ibu yang silap, bila hanya picit di puting. Salah tu, bila picit di puting memang tiada susu yang akan keluar. 

Jadi amat penting bagi ibu mengetahui teknik picit puting yang betul supaya puting anda tidak luka. 
3. Teknik Marmet

Anda perlu buat tangan bentuk C-shape, menolak breast (kawsan aerola) ke dalam kemudian  baru picit/ tekan. Sentuhan ini akan kena pada urat-urat susu dan barulah akan keluar kolostrum. Kolostrum ini akan keluar jika sentuhan itu kena betul pada urat-urat susu itu tadi. Jika keluar cecair kekuningan dan pekat, itulah kolostrum dan ini bermakna anda memang ada susu badan.

Kuantitinya memang hanya sedikit. Jangan risau jika rasa kolostrum tidak mengenyangkan bayi anda. Pada ketika ini, anda kena 'yakin' dengan kolostrum yang sedikit itu mampu mengenyangkan bayi anda. Sememangnya semua ibu yang baru bersalin tidak terus banyak susu yang akan keluar.

4. Bayi Kerap Menyusu dan Kelihatan Lapar

Tahukah anda para ibu, susu ibu cepat di hadamkan. Ia mengambil masa hanya 60 - 90 minit untuk dihadamkan. Dankhasiat nutrisinya diserap sepenuhnya oleh badan bayi anda. 

Susu ibu pada waktu malam lebih pekat dan berlemak, membantu tumbesaran dan penambahan berat bayi anda. Jadi musahil bayi anda terdampar kekenyangan selama 3-4 jam selepas menyusu. 

Jadi jika anda memberikan bayi anda susu formula, sememangnya susu formula mengambil masa yang lama untuk dihadamkan dan diserap oleh usus bayi. Ia menyebabkan usus bayi yang belum matang akan terbeban dan mengambil masa untuk dicernakan. 

5. Setiap Bayi Yang Baru Lahir, Perlu dilatih dan Diajar Untuk Menyusu

Setiap bayi berbeza perkembangannya, termasuklah untuk belajar menyusu. Tahukah anda, bayi yang baru lahir belajar menyusu, perlukan  masa 30 minit menyusu hanya 5ml!

Walaupun anda melahirkan anak yang ke 2 atau ke 3 atau ke 4 sekalipun, ketahuilah bahawa bayi anda yang baru lahir itu ialah bayi yang baru belajar untuk menyusu. 

Degan perkongsian ini, dapat membantu ibu-ibu yang menyusukan bayi tidak perlu risau tentang masalah tiada susu selepas kelahiran. Yakinlah bahawa, setiap usaha disertakan dengan niat yang baik dan doa. Insyallah akan dipermudahkan segalanya.

Para ibu juga digalakan mengamalkan zikir dan doa untuk menyusukan bayi anda. Semoga ia memberikan ketenagan kepada ibu sewaktu menyusukan bayi.

sumber : nuhababy.com
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Salam Sayang,
Farihah / Kak Eha 
http://wasap.my/+60192282147

Like Page kami untuk Info kesihatan & Business
We L.O.V.E Breastfeeding
Surijunior

No comments :

Back to Top