Slider

Monday, May 8, 2017

Apa Itu Kejutan Anafilaksi?

Apa itu kejutan anafilaksis?
Kejutan anafilaksis (juga dipanggil anafilaksis) adalah reaksi alergi yang serius. Ia bermula apabila sistem imuniti anak anda bertindak balas kepada bahan yang tidak berbahaya sebab menganggapnya sebagai ancaman berbahaya; ini menyebabkan pembebasan histamin dan bahan kimia lain yang membawa kepada simptom-simptom yang mendadak dan kadangkala mengancam nyawa. Antara simptom ialah: 
  • ruam netel (kegatalan hives) dan bengkak-bengkak kulit, bibir atau muka;
  • bunyi berdehit atau masalah pernafasan serius;
  • denyutan nadi yang laju;
  • berpeluh;
  • pening, pengsan atau tidak sedar diri;
  • loya, muntah, kejang abdomen atau cirit-birit;
  • kulit yang terlalu pucat.
Apakah jenis-jenis bahan yang boleh menyebabkan reaksi yang teruk ini?
Pelbagai jenis bahan-bahan boleh menyebabkan anafilaksis pada kanak-kanak yang sensitif kepadanya. Selalunya, jarang untuk melihat reaksi sebegini pada kanak-kanak di bawah usia enam bulan sebab kebanyakan alergi tidak akan mengembang sepenuhnya sebelum kanak-kanak mula berjalan. Walau bagaimanapun, ia boleh juga berlaku. Pencetus yang paling biasa ialah: 

  • makanan seperti telur, susu, makanan laut, gandum, kacang dan kekacang lain;
  • ubat-ubatan seperti penisilin (untuk makluman, Amoxcillin iaitu sejenis antibiotik popular dalam kumpulan penisilin);
  • gigitan serangga atau sengatan;
  • lateks dan bahan industri lain.

Apa yang perlu saya lakukan jika bayi saya kelihatan seperti akan mengalami kejutan anafilaksis?
Bawakan bayi ke Jabatan Kemalangan & Kecemasan di hospital yang terdekat jika bayi anda mengalami masalah untuk bernafas atau pengsan. Jika ada pemandu lain, anda boleh biarkan dia dalam keadaan baring dengan posisi kakinya tinggi sedikit untuk mengelakkan risiko kejutan. 

Cuba tenangkan bayi anda dengan bercakap dengannya dan anda sendiri mestilah bertenang. Jangan berikan apa-apa kepada bayi melalui mulut. (Jika pencetus bagi reaksi alerginya ialah sengatan lebah, jangan cuba untuk mengeluarkan sengatan itu sendiri. Apabila bisa lebah telah memasuki aliran darah bayi anda, mengeluarkan sengatan tidak lagi berkesan untuk memberhentikan anafilaksis.) 


sumber : babycentre
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Salam Sayang,
Farihah / Kak Eha 
http://wasap.my/+60192282147

Like Page kami untuk Info kesihatan & Business
We L.O.V.E Breastfeeding
Surijunior

No comments :

Back to Top