Sepanjang perjalanan menyusukan anak dengan susu ibu, tentu anda semua pernah dimomokkan dengan pelbagai mitos mengenai susu ibu. Biasanya ia diberitahu oleh orang tua-tua yang mungkin mereka dengar daripada nenek moyang terdahulu.
Lucunya mitos tersebut masih ada lagi yang dipercayai oleh sesetengah ibu. Bahkan mereka tidak tahu bahawa mitos tersebut tidak betul sama sekali. Lebih kasihan mereka berpegang teguh dengan mitos nenak moyang tersebut sehingga menyebabkan misi menyusukan anak tidak berjaya.
Maka, ibu-ibu dinasihatkan mencari ilmu tentang penyusuan daripada sumber yang betul. Janganlah disebabkan kedegilan diri sendiri, anak anda tidak mendapat haknya untuk minum susu ibu!
1. Susu daripada payudara bengkak adalah basi
Masalah bengkak payudara terjadi akibat liang saluran susu tersumbat. Ia akan membuatkan pengeluaran susu ibu tidak lancar sekaligus boleh membuatkan ibu diserang demam.
Masalah bengkak payudara terjadi akibat liang saluran susu tersumbat. Ia akan membuatkan pengeluaran susu ibu tidak lancar sekaligus boleh membuatkan ibu diserang demam.
Selepas masalah bengkak tersebut berkurangan, susu ibu yang tersumbat akan keluar dengan lancar. Menurut orang tua-tua, susu tersebut tidak boleh diberi kepada bayi sebaliknya perlu dibuang kerana kononnya ia basi.
Namun, ia hanyalah mitos, tiada bukti sains yang telah membuktikan kenyataan tersebut. Bahkan adalah lebih baik, ibu terus memberikan bayi susu tersebut supaya tiada lagi berlaku masalah bengkak susu.
2. Kanan nasi, kiri air
Pernahkah anda diberitahu tentang kandungan susu ibu bagi payudara sebelah kanan dan kiri oleh ibu atau nenek anda? Mereka memberitahu payudara sebelah kanan mengandungi nasi dan payudara sebelah kiri pula mengandungi air.

Sebenarnya ia adalah mitos. Hakikatnya kandungan kedua belah payudara adalah sama. Paling penting setiap kali sesi penyusuan, ibu perlu susukan bayi pada sebelah payudara sehingga ia benar-benar kosong sebelum beralih kepada payudara yang sebelah lagi.
3. Susu cair tak berkhasiat
“Eh cairnya susu kau, tak kenyang anak kau nanti.” Mungkin anda pernah ditegur sedemikian apabila melihat hasil susu yang dipam sangat cair. Hakikatnya susu ibu sentiasa berkhasiat untuk si kecil biarpun ia cair dan tidak pekat.

Untuk pengetahuan anda, susu ibu sememangnya mempunyai dua peringkat iaitu dikenali sebagai foremilk dan hindmilk. Foremilk adalah susu cair yang dihasilkan pada bahagian awal dan kandungan lemaknya adalah rendah. Manakala hindmilk pula susu pekat yang terhasil di akhir penyusuan dan kandungan lemaknya adalah tinggi. Bayi memerlukan kedua kandungan susu tersebut untuk membantunya membesar sihat dan cerdas.
4. Susu kolostrum kena buang sebab susu basi
Sebelum mengetahui tentang khasiat sebenar susu kolostrum yang dihasilkan sebaik sahaja ibu melahirkan anak, ramai ibu yang membuang susu pekat berwarna kekuningan tersebut.

Kononnya ia dikatakan susu basi yang tidak elok diberikan kepada bayi baharu lahir. Sebenarnya kolostrum adalah susu yang terhasil pada akhir kehamilan dan beberapa hari selepas melahirkan anak.
Ia pekat, melekit dan berwarna kekuningan. Ia mengandungi tinggi karbohidrat , protein dan rendah lemak serta tinggi antibodi tetapi terhasil dalam kuantiti yang sangat sedikit. Ia membantu pembuangan najis pertama bayi, membuang lebihan bilirubin dan melindungi bayi daripada jangkitan kuman.
5. Tak boleh susukan anak bila ibu tidak sihat
Pernah tak anda ditegur oleh orang tua agar menghentikan penyusuan susu ibu sekiranya anda tidak sihat seperti demam, selesema atau batuk? Menurut mitos orang tua, ibu yang sakit tidak boleh menyusukan anak kerana akan menyebabkan anak turut dijangkiti penyakit tersebut.

Ia sama sekali salah! Ibu yang jatuh sakit (demam, cirit-birit, sakit gigi, selesema dan sebagainya) masih boleh menyusukan anak. Jika sakit yang dihidapi ibu memerlukan ubat, antibiotik dan sebagainya, maklumkan kepada doktor yang anda sedang menyusu anak. Biasanya doktor akan memberikan ubat yang dosnya selamat buat ibu menyusu anak.
Sebenarnya jika bayi berhampiran dengan ibu yang tidak sihat, ia mendedahkan dia kepada risiko jangkitan kuman daripada ibu yang tidak sihat sebab itu anak mungkin akan jatuh sakit juga tetapi bukannya disebabkan oleh penyusuan susu ibu!
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Salam Sayang,
Farihah / Kak Eha
http://wasap.my/+60192282147
Like Page kami untuk Info kesihatan & Business
We L.O.V.E Breastfeeding
Surijunior
Farihah / Kak Eha
http://wasap.my/+60192282147
Like Page kami untuk Info kesihatan & Business
We L.O.V.E Breastfeeding
Surijunior
No comments :
Post a Comment