Slider

Sunday, May 7, 2017

Meroyan, Bagaimana Mengatasinya?

Apa yang menyebabkan meroyan atau kemurungan posnatum?

Kami kurang mengetahui kenapa setengah wanita menjadi murung dan yang lain tidak. Ia mungkin disebabkan kimia otak atau reaksi anda kepada perubahan-perubahan hormon yang berlaku dalam badan anda. Ada kalanya, perkara-perkara harian biasa sahaja boleh terasa terlalu membebankan. Apatah lagi keadaan-keadaan yang lebih sukar untuk diatasi, seperti: 

  • Kemurungan atau masalah sakit mental terdahulu, atau kemurungan semasa kehamilan.
  • Suami yang kurang menyokong, atau tidak mempunyai keluarga atau rakan-rakan yang tinggal berdekatan.
  • Masalah kewangan, perumahan, kerja atau perhubungan anda.
  • Kelahiran yang rumit dan masalah kesihatan yang menyusul selepas itu.
  • Mendapat bayi yang dilahirkan pramatang atau tidak sihat.
  • Mendapati sukar untuk menyusu badan.
  • Ingatan-ingatan sedih yang melanda, seperti kematian salah seorang daripada ibubapa anda semasa anda masih kecil.


Bagaimana saya boleh membantu diri sendiri?

Cuba dapatkan banyak rehat 
Tidur kalau boleh, kalau tak boleh, berehatlah. Jika ada orang yang boleh menjaga bayi anda untuk beberapa jam, ambil kesempatan ini dan ambillah minuman panas, mainkan muzik yang menenangkan, rebahkan badan dan relaks. Cuba tidur sebentar apabila bayi anda sedang tidur. Walaupun ada kerja rumah yang perlu dibereskan, lebih baik jika anda berehat saja. 

Makan makanan yang sihat dan seimbang 
Memandangkan tuntutan-tuntutan baru atas badan anda, nutrisi yang baik adalah amat penting. Elakkan daripada tidak makan untuk tempoh masa yang panjang. Ini akan membantu anda mengelakkan daripada tahap gula dalam darah anda menurun. Makanan menggerakkan tenaga dan sistem imunisasi anda, jadi, makanan seimbang akan menghindarkan anda daripada menjadi letih dan tidak bertenaga. 

Buat senaman ringan 
Walaupun ianya satu perkara yang anda paling tak suka, senaman akan membantu anda merasa lebih cergas secara fizikal dan mental. Jangan meletakkan harapan yang terlalu tinggi. Hanya dengan berjalan-jalan dengan bayi anda sudah membantu. Anda mungkin telah berdaftar untuk menyertai kelas-kelas yoga atau Pilates semasa anda hamil. Anda boleh teruskan senaman yang lembut dan relaks seperti ini. 

Bergaul dengan ibu-ibu lain 
Mendapat bayi kadangkala boleh membuat anda rasa terasing, tetapi jika anda menghidapi meroyan atau kemurungan posnatum anda akan merasakan betul-betul terasing. Bacalah tip-tip ibu-ibu dan bapa-bapa kami tentang cara-cara untuk berjumpa ibu-ibu baru lain. 

Bersikap baiklah terhadap diri sendiri 
Anda perlu menjaga diri anda supaya dapat menjaga bayi anda. Jangan bebankan diri dengan perkara-perkara yang tidak perlu dibuat. Tangguhkan keputusan-keputusan besar. Biarlah realistik tentang apa yang boleh dicapai dan jangan lupa untuk menyeronokkan diri sendiri.
Ambillah Suplemen
Bagaimana suplemen membantu? Omega Guard adalah antara suplemen yang dicadangkan bagi ibu-ibu dari sebelum bersalin sehingga selepas bersalin. Kerana Omega Guard membantu mengurangkan risiko ibu mengalami meroyan. Ini kerana minyak ikan tulen yang kaya dengan khasiat Omega 3 sangat bagus untuk otak dan membantu hormon ibu dalam keadaan stabil.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Salam Sayang,
Farihah / Kak Eha 
http://wasap.my/+60192282147

Like Page kami untuk Info kesihatan & Business
We L.O.V.E Breastfeeding
Surijunior

No comments :

Back to Top