Slider

Tuesday, May 2, 2017

Resepi Makanan Bayi Umur 9 bulan sehingga 11 Bulan

ok, hari nie saya nak kongsikan pula resepi bagi si manja anda yang berusia antara 9 bulan sehingga 11 bulan. 

Hari-hari masakkan yang sama, tentu si manja anda teruja untuk resepi yang baru. Lebih berkhasiat dan bernutrien untuk si manja yang aktif ceria.

Nasi Tomato dengan Brokoli
90g Nasi
45g brokoli, dicincang
25g tomato bersaiz sederhana dipotong dadu
60g daging ayam, dipotong dadu saiz kecil
500ml pati /stok ayam buatan sendiri

cara memasak:

  1. Rebus ayam dengan menggunakan pati/ stok ayam yang telah disediakan sehingga masak
  2. Masukkan brokoli dan tomato dan masak selama 5 minit
  3. Masukkan nasi dan masak selama 10 minit lagi atau sehingga lembut.
  4. Lenyek campuran tadi sehingga lembik dan hidangkan

Snek Buah-buahan

100g pisang masak
40g mangga, dipotong kecil
50ml yogurt perisa asli
25g oat, dihancurkan

Cara Memasak:

  1. Lenyekkan yogurt dan pisang sehingga sebati
  2. Masukkan oat yang dikisar dan kuib mangga dan kacau sehingga sebati
  3. Simpan sebentar ke dalam peti sejuk dan hidang semasa sejuk
cadangan : mangga boleh digantikan dengan buah-buahan lain seperti betik atau epal.


Sup Sayur Campur Dengan Ikan
60g isi ikan tanpa tulang
20g kacang buncis, dicincang halus
20g lobak merah, dicincang halus
25g tomato, dicincang halus
15g ubi kentang, dicincang halus
5g/ 1 ulas bawang putih, dicincang halus
300ml stok ikan bilis
5ml/ 1 sudu teh minyak sayuran

Cara Memasak:

  1. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng bawang putih sehingga wangi. masukkan isi ikan dan tumis selama 5 minit. Asingkan di atas pinggan.
  2. Masukkan satu persatu sayur-sayuran ke dalam kuali, kentang, lobak merah dan akhir seklai kacang buncis. Tumis selama 3 minit atau sehingga sayur menjadi lembut.
  3. Masukkan stok ikan bilis dan ikan, Rebus selama 10 minit. Masukkan tomato.
  4. Lenyek dan hidangkan bersama nasi lembik.

No comments :

Back to Top