Slider

Sunday, October 15, 2017

KIsah Shaklee - "Kerana Keluarga Saya Teruskan Bisnes Ini"

Kisah Shaklee kali ini Bersama Dr. Saidah. Nama sebenar Nursaidah Hj Md Said lebih dikenali sebagai Saidah. Merupakan seorang pegawai perubatan.Ibu kepada  3 orang anak.
Kisah bermula dengan bagaimana beliau terjumpa dengan produk Shaklee ini. Pada awalnya, beliau mula mencari suplimen semenjak di peringkat universiti lagi.
Dengan harapan dapat memberikan kebaikan pada diri beliau untuk membantu  sepanjang proses pembelajaran. Sebagai seorang pelajar perubatan, keadaan badan yang penat tidak asing lagi. Kadang-kadang rasa sengsara dan mudah rasa penat.
Pelbagai suplimen yang diamalkan namun kurang membantu. Tahun terakhir beliau mengamalkan suplimen pada tahun 2012 semasa menjadi housemanship. Selepas waktu itu, beliau tidak lagi mengamalkan sebarang suplimen lagi.
Perkenalan dengan Shaklee bermula selepas beliau melahirkan anak yang kedua, pada bulan Mei 2015. Anak yang pertama tidak diberikan susu badan secara sepenuhnya setakat umur 6 bulan sahaja seterusnya diberikan susu formula.
Selepas melahirkan anak yang kedua, beliau nekad untuk menyusukan anak sepenuhnya. Semasa anak berusia 3 bulan, dan pada masa itu hampir ke bulan Ramadhan. Beliau terus mengamalkan set menyusu Shaklee. Malah sampai terfikir hendak mengambil cuti tanpa gaji hanya kerana untuk menyusukan anak secara eksklusif. Tetapi ternyata, set menyusu Shaklee memang banyak membantu dan berkesan (Power habis!).
Beliau tidak mempunyai masalah susu merundum atau drop semasa berpuasa, malah beliau rasa lebih cergas dan susu yang diperah cukup untuk anak beliau. Beliau terus mematikan hasratnya untuk mengambil cuti tanpa gaji.
Susu badan sentiasa banyak. cukup untuk keperluan anak sepanjang tempoh berkerja. Dan beliau berjaya mengumpul stok susu perahan sehingga 1000oz semasa berpantang. Walaupun beliau baru pertama kali mencuba produk Shaklee tetapi beliau sudah dapat hasil yang melimpah ruah. Syukur Alhamdulillah…
Beliau juga mempunyai BIG WHY yang memaksa beliau untuk terus bersama Shaklee. Antara perkara yang kenapa beliau perlu untuk buat bisness ini ialah.
Beliau seorang doktor yang berkerja di Hospital Daerah. Dalam setiap bulan, tugas Oncall 8 hingga 9 kali. Itu tidak termasuk passive call, belum masuk extended hours. Masa bersama anak-anak dan suami agak terhad. Malah tidak selalu dapat  berjumpa anak-anak dan suami.
Walaupun jadual kerja agak padat, gaji yang diperolehi bagi beliau masih tidak mencukupi untuk menampung kos kehidupan dan keperluan seharian. Beliau juga perlu mengumpul duit untuk membayar pelbagai hutang dan insuran. Sehinggakan pada satu masa ibu beliau sudah mula mempersoalkan, kenapa beliau asyik tumpu pada kerja sahaja. Sehinggakan tumpuan kepada anak-anak juga kurang. Beliau berasa terlalu penat, sehingga kekadang terlepas kemarahan pada anak-anak.
Beliau berasa tertekan, terfikir juga jika beliau tidak berkerja bagaimana untuk menampung perbelanjaan hidup, duit mesti ada. Semuanya untuk masa hadapan anak-anak dan keluarga. Disebabkan itu, beliau mencari jalan penyelesaian dengan mengikuti perniagaan MLM. Walaupun perniagaan MLM tersebut memberikan pulangan modal tetapi timbul pula ragu-ragu sebab risau perkara syubhah.
Beliau mula tertarik dengan Shaklee apabila ada sahabat beliau iaitu Kak Hana sering mempromosi bisness Shaklee kepada beliau. Beliau mula berminat dan bertanyakan lebih lanjut mengenai bisness Shaklee ini.
Sehinggakan pada satu masa, ibu beliau mula tidak sihat, sering sakit dan tidak larat untuk menjaga cucu-cucunya. Beliau terpaksa mencari  pembantu rumah untuk menguruskan rumah dan menjaga ibu beliau. Dan anak-anak pula terpaksa dihantar ke Nursery.
Perbelanjaan keluarga semakin meningkat untuk semua perbelanjaan yang makin bertambah. Beliau merasakan kewangan pada masa itu sudah tidak mencukupi, malah simpanan langsung tiada pada masa itu. Gaji yang diperolehi juga tidak dapat disumbangkan ke dalam akaun simpanan bersama suami.
Beliau mula serius dan usaha bersungguh-sungguh dengan Shaklee sehingga pada bulan pertama beliau mampu mengumpul sebanyak 600uv. Beliau focus kepada produk set kecantikan. Ramai yang mendaftar keahlian di bawah beliau, sehingga beliau berjaya mencapai rank Supervisior dan effective setiap bulan tanpa gagal. Sehingga satu masa, beliau dicabar untuk terus effective ke rank seterusnya. Beliau mula mengatur langkah sehingga berjaya mencapai 1st Car Fleet.
Sewaktu bulan Ramadhan ketika beliau mengandung anak ke 3, beliau diuji apabila ibu beliau mempunyai pendarahan di bahagian kepala dan terpaksa menjalani pembedahan. Pada waktu itu usia kandungan beliau sudah memasuki 36 minggu. Beliau yang menguruskan dan menjaga ibu beliau. Sepanjang tempoh tersebut, beliau masih terus mengamalkan suplimen Shaklee untuk memastikan kekal bertenaga.
Selepas melahirkan anak yang ke3, beliau berpantang sendiri. Dalam masa yang sama, beliau juga menguruskan ibu dan keluarga beliau. Kerana merekalah yang menjadi penguat semangat untuk beliau terus berjaya dengan bisness Shaklee ini.
Mereka juga punca BIG WHY yang menolak beliau supaya tidak berputus asa untuk meneruskan bisness ini dan membantu orang lain juga untuk berjaya. Beliau bersyukur kerana berjaya mengatasi masalah kewangan yang selama ini membuatkan beliau rasa stress untuk memikirkannya.
Dengan bisness Shaklee ini mudah untuk berjaya jika kita usaha bersungguh-sungguh. Pedulikan apa saja yang mereka kata pada kita, tetapi kita kena kuat dan bulatkan hati untuk terus berusaha. Biar orang kata syok sendiri, walapun syok sendiri, tetapi mampu buat duit.
Nasihat beliau, nak berjaya perlu berdikari, tidak perlu tunggu orang bagibaru nak bertindak.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Salam sayang;
me.me/farihah.surijunior
wasap.my/+60192282147

No comments :

Back to Top