Menurut salah satu laman web kesihatan dan perubatan Malaysia, Root of Science, ubat batuk bagi bayi di bawah umur setahun adalah tidak perlu. Malah, dilarang. Ini kerana ubat batuk dan ubat selsema kesannya adalah mengantuk. Apabila bayi mengantuk, sukar untuk ibu bapa mengenalpasti sama ada bayi dalam keadaan normal atau tidak.
Dalam pada itu, mungkin adalah beberapa cara buang kahak bayi yang selamat yang boleh dilakukan.
1. Biar Anak Aktif
Pertama sekali, jangan panik. Jika anak masih aktif bermain, menyusu macam biasa dan tidak bernafas laju, maka ibu bapa tidak perlu terlalu risau.
Biarkan saja mereka bermain-main kerana ia dapat mengalihkan perhatian mereka daripada ketidakselesaan. Sambil itu, sistem pertahanan badannya akan melawan kuman tersebut. Selalunya, bayi akan batuk kurang daripada seminggu.
2. Makanan Semulajadi
Untuk bayi yang sudah melebihi 6 bulan, mereka sudah boleh mengambil makanan tambahan. Maka, bolehlah anda tambahkan buah-buahan dan sayuran segar dalam makanan mereka.
Walaubagaimanapun, elakkan memberi madu kepada bayi berusia kurang daripada setahun untuk merawat batuk. Dikhuatiri terdapat organisma berisiko terhadap bayi iaitu spora Clostridium Botulinum.Ianya boleh menyebabkan keracunan terhadap usus bayi yang belum matang.
3. Minyak Bayi
Minyak bayi mempunyai khasiatnya tersendiri dalam ramuannya. Di samping itu, urutan ibu turut menjadi punca kelegaan kepada bayi yang mungkin meragam atau berasa kurang selesa.
Anda boleh membeli minyak bayi yang sesuai atau membuat sendiri minyak bayi di rumah. Antara yang selalu dibuat oleh ibu-ibu adalah minyak bawang putih.
Caranya, ketuk 1 labu bawang putih dan sangai (goreng tanpa minyak) atas kuali dengan api kecil. Kemudian, pindahkan ke dalam bekas dan tuangkan minyak zaitun atau minyak masak baru ke dalamnya. Tekan-tekankan sedikit bawang putih itu supaya ia mengeluarkan jusnya ke dalam minyak tersebut.
4. Sedut Sendiri
Sesetengah ibu bapa menggunakan penyedut khas yang dibeli dari farmasi untuk membersihkan dan mengeluarkan mukus dari hidung bayi.
contoh alat penyedut hidung bayi
5. Mandi Wap
Mungkin ada yang memberi cadangan untuk membuat teknik tepukan percussion. Walaubagaimanapun, teknik ini seharusnya hanya dilakukan oleh mereka yang benar-benar tahu caranya atau pernah mendapat penerangan daripada doktor.
Untuk cara buang kahak bayi yang mudah, anda boleh stimkan bilik mandi secara selamat dan mudah sebelum memandikan bayi. Caranya, buka air panas atau pancuran mandi (shower), tutup pintu dan duduk dalam keadaan berwap tersebut selama 15 minit.
6. Vaksin
Akhir sekali, vaksinkan anak anda untuk mengelakkan penyakit yang boleh dicegah dengan vaksin seperti pertussis (batuk kokol).
Antara tanda yang merisaukan dan perlu diberi perhatian
- Batuk berpanjangan sehingga muka menjadi merah atau biru
- Batuk selama seminggu lebih
- Pernafasan bayi nampak laju dan berbunyi
- Bayi kelihatan letih dan kurang aktif
- Kurang menyusu
- Sebarang tanda laib yang luar biasa
Setiap bayi berbeza-beza. Maka, mungkin ada cara buang kahak bayi yang lebih berkesan buat sesetengah bayi berbanding yang lain. Dengan pengalaman, anda akan lebih mahir menentukan teknik yang paling serasi dengan bayi anda.
sumber : zuriat.com
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Salam sayang;
me.me/farihah.surijunior
wasap.my/+60192282147
Salam sayang;
me.me/farihah.surijunior
wasap.my/+60192282147
No comments :
Post a Comment