Seorang jiran saya, kakinya dipotong paras lutut akibat
diabetes. Ianya bermula dengan luka di hujung jari kaki sebesar hujung kuku
sahaja. Seorang makcik yang saya kenal, ibu jari kakinya dibuang kerana luka
yang sedikit akibat cucunya jatuhkan kayu ke atas kakinya. Seorang saudara
dekat juga, kaki dipotong aras betis kerana luka di ibu jari kaki yang sangat
sedikit.
Luka
adalah pengalaman ngeri pesakit diabetes. Bermula kecil, akhirnya boleh menjadi
tersangat parah sehingga boleh mengakibatkan kehilangan anggota tubuh.
Ayah saya juga penghidap diabetes. Dulu aras gula sangat
kritikal, sekarang semakin terkawal. Alhamdulillah. Saya nak kongsikan tips
penjagaan luka pesakit diabetes, dari pengalaman peribadi. Saya orang biasa,
bukan Puan Misi jauh sekali Madam Doktor. Jika anda juga memiliki ibu
dan ayah penghidap diabetes, atau jiran atau sesiapa sahaja, boleh sampaikan.
Bagaimana
menjaga luka pesakit diabetes?
1. Jangan ambil mudah
walaupun ianya luka yang terlalu kecil. Untuk mereka, ianya boleh merebak
dengan cepat sehingga mengakibatkan kehilangan anggota. Pergilah berjumpa
dengan doktor awal.
2. Yang belum mengalami luka, sebagai langkah pencegahan, rendam
kaki dalam cecair seperti Dermacyn atau cecair organik seperti yang saya
gunakan yang berkesan untuk membersihkan kaki. Rendam kaki selama 5-6 minit
sudah memadai.
3. Kaki adalah organ yang
kerap terdedah kepada luka. Tambahan pula, bagi pesakit diabetes, deria rasa
mereka sangat lemah. Kadang-kadang, tercucuk duri pun tak sedar. Guna kasut
atau sandal yang sesuai. yang mempunyai pengudaraan yang baik.
4. Selalu perhatikan kaki
takut-takut ada calar atau luka kecil, calar, bisul atau apa-apa jangkitan.
Cuci setiap hari, keringkan. Berikan perhatian kepada celahan jari-jari kaki.
5. Gunakan pelembap / losyen
ke atas kaki seperti herbal blend. Ini adalah ikhtiar untuk kulit mengelupas
dan keras supaya kian membaik.
6. Elakkan memakai kasut
bertutup yang agak ketat jika tidak perlu. Jika perlu, pakailah stokin bersama
untuk mengelakkan kaki bergesel dengan permukaan dalam kasut atau membolehkan
peluh kaki diserap oleh stokin. Pilih stokin yang betul, yang dikhaskan kepada
pesakit diabetes.
7. Setelah membuka kasut,
keringkan kaki dan peluh terutamanya di celah jari-jari kaki. Peluh dan
kelembapan juga boleh menyebabkan jangkitan kuman dan kulat.
8. Pastikan kuku sentiasa bersih dan dipotong pendek. Potong
kuku dengan elok tanpa ada bucu yang tajam yang boleh mengakibatkan luka,
walaupun luka kecil.
9. Buang semua kulit mati,
kematu dengan menggunakan gunting atau pemotong kuku yang bersih.
10. Jika pesakit baru
mengalami pembedahan, luka pembedahan hendaklah dibersihkan mengikut nasihat
doktor atau jururawat. Jika doktor cakap sekali sehari, bersihkan sekali
sehari, jika 2 kali sehari, bersihkan 2 kali sehari. Kekerapan membersihkan
luka mengikut keperluan boleh membantu luka untuk cepat sembuh.
11. Elakkan daripada apa-apa
tekanan terhadap luka. Terutamanya jika luka berada di tempat seperti telapak
kaki, jangan menekan atau mendedahkan kepada apa-apa tekanan ke atasnya.
Balutan ke atas luka juga, perlulah longgar dan membenarkan pengedaran darah.
12. Jika pesakit mencuci luka di klinik berhampiran, pastikan
pesakit memiliki sekurang-kurangnya 1 set dressing kit di rumah. standby,
kalau-kalau balutan basah, boleh tukarkan dengan bandage yang baru. Balutan
yang basah dan lembap boleh mengakibatkan jangkitan kuman. Beli disposable
dressing kit dari farmasi. Standby 1 kat rumah. Murah ja. dalam RM6 gitu
rasanya
13. Ambil antibiotik atau apa
sahaja ubat yang doktor nasihatkan.
14. Urus diabetes dengan
baik. Bersenam, Tidak merokok, mengawal tekanan darah, mengawal aras kolesterol
dan mengawal pemakanan. Makan ikut nasihat doktor. Kurangkan kanji, gula dan
makanan yang boleh memudaratkan. Kestabilan paras gula boleh membantu luka
cepat sembuh.
15. Ambil suplemen yang membantu pembaikan luka &
pertumbuhan tisu & kulit seperti Vitamin C, Antioksidan dan Protein yang
berkualiti tinggi.
Penjagaan luka pesakit
diabetes adalah sesuatu yang sangat mustahak. Kena caranya, ianya boleh
dipulihkan dengan cepat. Silap caranya, organ yang lebih besar mungkin
terkorban.
Hujung Mac 2016 yang lalu,
Ayah saya, kakinya terkena jangkitan.. Membengkak dan menakutkan. Lama-kelamaan
muncul nanah dari bawah kulit. Awal April, ayah terpaksa menjalani minor
surgery membuang nanah dan tinggallah "lompong telaga" di atas kaki
ayah. Keyakinan ayah & kami cukup kuat untuk ayah sembuh kembali.
Ayah patuhi amalan penjagaan luka, regime diet dan Suplemen yang
yang kami aturkan. Percaya semuanya akan baik. Akhirnya, "lompang
telaga" di kaki ayah beransur cetek dan lama-kelamaan isi merah menutupi
keseluruhannya. Alhamdulillah. Apa yang kami buat adalah 11 perkara di
atas.
Hikmah besar dari itu adalah
pemakanan ayah lebih teratur dan aras gula dalam darah lebih terkawal.
Percayalah, dengan usaha yang betul, bukan semua luka, mesti
berakhir dengan kehilangan anggota 🙂
Klik LIKE & SHARE jika bermanfaat.
No comments :
Post a Comment