Slider

Monday, October 30, 2017

Bila Waktu Sesuai Untuk Perkenalkan Garam & Gula Pada Anak Anda?

Apabila bayi mula makan makanan pejal, pasti terdetik perasaan kasihan melihat bayi makan makanan tawar. Jangan punya perasaan sebegitu. Anda tidak perlu menambah garam ke dalam makanan bayi yang disediakan. Hal ini kerana tidak ada keperluan untuk anda menambah garam ke dalam makanan bayi. Apatah lagi buah pinggang bayi belum matang untuk memproses sebarang garam tambahan.


emenetara itu, perlu diambil tahu bahawa bayi dan kanak-kanak di bawah usia dua tahun tidak sepatutnya diberikan makanan yang mempunyai kandungan garam yang tinggi seperti biskut dan snek. Sebaliknya, pemberian makanan rendah garam seperti buah-buahan, sayur sayuran dan susu amat digalakkan.
Setelah anak anda mula makan makanan yang sama dengan ahli keluarga yang lain kelak, anda tidak perlu menambah garam ke dalam makanannya. Saranan pengambilan garam adalah berdasarkan usia anak. Jumlah garam yang dibenarkan bagi kanak-kanak yang berusia empat hingga enam tahun ialah 3.0gm (1.2gm natrium) sehari. Manakala kanak-kanak berusia tujuh hingga 10 tahun sebanyak 5.0gm (2gm natrium) sehari. Dan, bagi yang berusia 11 tahun ke atas, saranannya barulah sama seperti keperluan dewasa iaitu 6.0gm (2.4 natrium) sehari.
Sama halnya juga dengan gula. Bayi tidak memerlukan gula dalam dietnya. Pengambilan gula yang tinggi boleh menyebabkan anak anda menjadi pemarah apabila paras gula di dalam badan menurun selepas beberapa jam pengambilan gula tersebut. Lebih teruk lagi, dalam tempoh masa yang panjang, pengambilan gula berlebihan akan merosakkan gigi dan menyumbang kepada masalah berat badan berlebihan.
Ada perlu ingat!!!
  1. Apabila bayi mula makan makanan pejal, walaupun anda fikir makanan tersebut mempunyai rasa tawar tetapi tidak perlu menambah garam ke dalam makanan bayi yang dimasak atau makanan bayi komersial.
  2. Bayi dan kanak-kanak di bawah usia dua tahun juga tidak sepatutnya diberikan makanan segera yang mempunyai kandungan garam yang tinggi seperti biskut dan snek. Sebaliknya, pemberian makanan rendah garam seperti buah-buahan, sayur sayuran dan susu amat digalakkan.
  3. Terdapat beberapa makanan manis yang bukan sahaja disukai oleh kanak-kanak, malah mengandungi nutrien yang bermanfaat untuk tumbesaran. Contohnya seperti buah-buahan dan biskut kosong. Walaupun buah-buahan mengandungi gula, ia juga padat dengan vitamin dan mineral yang bermanfaat.
  4. Kek dan biskut kosong merupakan alternatif yang baik bagi menggantikan kek dengan krim dan aising atau biskut berperisa. Tetapi perlu diingatkan, pilihan ini juga masih mengandungi gula dan tidak perlu diberikan setiap hari.
  5. Susu ibu dan susu formula juga boleh ditambahkan ke dalam makanan bayi bagi memberikan rasa manis pada makanan tersebut.
sumber: zuriat.com & majalahpama

No comments :

Back to Top