Slider

Wednesday, December 21, 2016

5 TIPS RINGKAS MEMBOLEHKAN BAYI TIDUR LEBIH NYENYAK

Tidur adalah keperluan kritikal bayi. Bayi baru lahir akan tidur banyak di waktu siang dan malam. Dikatakan bayi baru lahir akan tidur sepanjang siang dan malam dengan kitaran tidur-bangun dengan tempoh tidur yang lebih lama di waktu malam. 

Semakin mereka membesar, Tidur waktu siang menjadi kurang panjang dan tidur waktu malam akan menjadi lebih panjang.

Tidur yang cukup dan berkualiti penting untuk perkembangan otak bayi, keseimbangan emosi, berat badan ideal dan perkembangan sistem imunisasinya

Jadi bagaimana memastikan bayi anda tidur lebih nyenyak?

1. Bersedia untuk tidur
Anda tentu dapat meramal bila bayi anda biasanya menjadi mengantuk. Sebelum waktu itu, tukarkan pakaian dan lampinnya. Berikan susu 30-60 minit sebelum dia tidur. Pastikan dia tidak berasa terlalu panas ataupun sejuk.

2. Tempat tidur
Sudah pasti, tempat yang paling selesa baginya adalah dalam pangkuan anda. Anda boleh mendukungnya sambil mendodoikannya tidur. Apabila matanya telah terpejam, teruskan mendukungnya selama 10 minit sebelum meletakkannya secara perlahan-lahan ke dalam katil kotnya. 



3. Selesa
Pastikan bahawa tilamnya cukup empuk. Jangan mengalas pagar katil kotnya dengan bantal; bayi mungkin lemas sekiranya mukanya tersembam ke bantal. Sebaliknya gunakan pengalas pagar yang diikat dengan tali

4. Posisi tidur 
Bayi yang sihat tanpa sebarang masalah digalakkan tidur dalam keadaan terlentang.

5. Hubungan rapat 
Ibubapa dan bayi seharusnya mempunyai perhubungan yang rapat. Apabila anda tidur bersama bayi, dia dapat merasakan kehangatan tubuh badan anda,membantu bayi untuk tidur dengan lebih nyenyak lagi. Sekiranya dia mempunyai katil kotnya sendiri, adalah digalakkan supaya ia diletak di dalam bilik tidur anda sehingga bayi berumur 1 tahun.

Memerhatikan bayi tidur adalah satu pengalaman yang tak ternilai bagi para ibu bapa, terutamanya bayi yang baru lahir. Alangkah bertuahnya kalau kita dapat tidur senyenyak dia.



Tidur merupakan waktu untuk bayi berehat. Tambahan lagi, tidur itu adalah penting kepada tumbesaran dan perkembangannya juga. Sebagai contoh, kadar pembesaran otaknya adalah paling tinggi semasa tidur. Sebagai ibubapa yang penyayang, anda sepatutnya biarkan anak anda tidur.

– Dr Juriza Ismail, Paediatrician & Lecturer

No comments :

Back to Top