Bila Allah Uji kita, Dia sebenarnya nak berikan sesuatu yang lebih besar untuk kita.
Kita mesti redha dan tabah mengharungi ujian itu dahulu, barulah hikmahnya akan muncul di hujung perjalanan. Kisah ini kisah seorang ibu tunggal yang disahkan mempunyai cyst dan akhirnya penderitaannya berakhir dengan Shaklee.
Jom kita baca
=========
Nama saya Min, Semasa kenal dengan Shaklee, Saya seorang janda muda, seawal usia 19 tahun, saya dan 2 anak ditinggalkan suami, tanpa nafkah. Saya bawa diri,bekerja siang dan malam, kadang-kadang tidur hanya 3-4 jam sebab bekerja untuk anak-Anak saya.
Mereka adalah kekuatan Min untuk terus melangkah
Mereka adalah kekuatan saya. Saya mesti buktikan, Saya boleh membesarkan anak-Anak saya walaupun dengan penganiayaan ini.
Saya bekerja sebagai runner, despatch penghantar surat. Iyalah, itu pekerjaan lelaki. Penat, panas dan kulit terbakar.
Sudah jatuh, ditimpa tangga. Saya kemudiannya disahkan mempunyai cyst. Saya mesti dibedah. Perut saya membesar, darah haid keluar macam tumpah darah. Banyak dan menakutkan. Fizikal saya teruk, perut buncit, kulit kusam dan menyedihkan.
Saya ternampak iklan pasal Shaklee di FB. Bulan Ogos 2015. Saya rasa nak cuba. Malam-malam lepas kerja saya pi cari rumah kak Reen, pengedar Shaklee. Masa tu baru dapat gaji. Tapi lepas belanja anak-anak, lebihannya tak la banyak mana.
Saya mampu beli set bajet sahaja. Kemudian kak Reen terangkan kelebihan menjadi ahli. Menarik. Saya buat keputusan untuk join. Tapi, duit tak ada.
Saya nekad gadaikan satu-satunya cincin yang saya ada. Dapatlah RM70. Dan saya masuk ahli. Saya mula cari Order. Kawan-kawan Order. Duit untung Runcit dari Order tu saya buat isi minyak untuk pergi beli produk yang orang Order.
Kisah cyst saya yang perlu dibedah belum berakhir. Upline nasihatkan saya ambil GLA Complex dan Vivix. Saya cuma mampu untuk GLA Complex. Vivix saya tak mampu. Ya Allah.. tak apa lah, saya pasrah
Tapi Allah tu maha pemurah. Dr Normi dan kak Reen hadiahkan sebotol Vivix untuk saya. Terharu, syukur dan rasa bertuah Allah hadirkan insan-insan yang baik untuk saya.
Min bersama upline tersayang. Dr. Normi (Tudung bercorak) dan Reen (berniqab di depan)
Bulan Ogos saya start, 15 September saya dapat bonus. RM600 lebih. Terkejut. Banyak sangat tu bagi saya. Duit tu saya beli Vivix botol kedua dan saya tebus semula cincin yang saya gadaikan dulu.
Tarikh pembedahan pun tiba. Saya warded. Doktor buat pemeriksaan tapi peliknya, dia panggil lagi doktor-doktor lain berbincang.
Dengar di hujung-hujung telinga, Saya kurang faham apa yang dibincangkan. Sekali lagi mereka buat scan ke atas saya. Kemudian doktor cakap saiz cyst saya dah mengecil dan jumlahnya dah berkurang. Ya Allah.. syukurnyaa. Jadi pembedahan dibatalkan cuma kena teruskan follow up dengan pakar.
Keputusan ini menggembirakan saya tapi menghairankan kawan-kawan di wad. Makan apa? Buat apa? Sampai cyst mengecut dan hilang sendiri? Saya cerita pasal Vivix, pasal GLA Complex. Disebabkan itu, bulan tu saya dapat jual Vivix lebih 10 botol.
Akhirnya bulan tersebut saya rank Up ke Supervisor dengan jualan sendiri sahaja. Tiba 15 Oktober, bonus Supervisor saya hampir RM3,000. Hanya air mata menjadi ekspresi kegembiraan, kesyukuran dan keseronokan.
Min bertudung merah dan kawan-kawan Shaklee ❤
Saya konsisten dengan Shaklee, hidup saya berubah 200%.
Saya tak lagi terkejar-kejar di antara waktu kerja untuk menghantar dan mengambil anak sekolah.
Saya tidak lagi menderita sakit
Saya tidak lagi kesempitan wang
Dan simpanan bank saya juga kian hari kian bertambah. Alhamdulillah.
Saya ditakdirkan bertemu jodoh kali kedua. Saya sudah berkahwin dan semua perbelanjaan perkahwinan adalah dengan bonus Shaklee.
Dan kini kami dikurniakan seorang bayi Comel hasil perkahwinan ini. Baby Shaklee. Saya berpantang sepenuhnya dengan Shaklee
Baby Shaklee Min yang comel
Kepayahan Saya, Allah telah gantikan dengan nikmat dan kesenangan melalui Shaklee. Saya amat menghargai perniagaan ini dan kalau saya dengar ada kawan-kawan yang give up dengan bisnes Shaklee,Saya rasa dia amat rugi. Shaklee bisnes berpotensi besar dan memiliki produk yang yang sangat hebat
=======
Kisah-kisah seperti ini sebenarnya mengikat saya dengan Shaklee. Ada insan yang hidupnya susah yang mesti dibantu.
Anda yang ingin mendapatkan Shaklee atau mencuba bisnes Shaklee, boleh hubungi Min di FB : Naz Syamim Sazali / 60125768519
No comments :
Post a Comment