Dah kosong tempat recycle ni. Terima kasih untuk para pekerja Environment Idaman. Kerjanya mengutip sampah dan membersihkan kekotoran, tapi akhlak dan peribadi sangat baik.
Lori recycle datang Hari Rabu. Ada satu hari, saya terlupa nak buang recycle. Jenguk luar rumah, pekerja tengah kutip. Cepat-cepat saya bawa barang recycle ke sana.
"Adik, ini plastik, yang ni pulak kertas"
"Ooo baik, kak"
"Terima kasih, adik"
Kerja dah nak habis, nak naik lori dah, datang pula saya bawa selambak letak di situ. Tapi adik tu tak masam pun muka. Senyum saja, menyambut barang buangan yang saya bawa. Bagusnya, muda tak memilih kerja. Bekerja dengan ikhlas, pamer pulak akhlak mulia.
Semua kerja kita menyumbang kepada negara, biar apa pun peranan kita. Yang menentukan kualiti amal & kerja itu di sisi Allah adalah keikhlasan & akhlak kita.
No comments :
Post a Comment