Slider

Tuesday, February 14, 2023

Sabar Dari Marah

 



Sedang layan Amin yang abah pakaikan baju biru-seluar coklat (Aduh! 😅), ada orang singgah rumah, minta maaf, ada satu hari dulu dia marah saya. Naikkan suara dan marah saya. Saya senyum saja dan bagitau tak apa, benda dah lepas, pakcik. Saya tak simpan pun dalam hati. Dia lega

Seorang guru saya, dia pernah ajar, katanya kalau kita nak cepat berjaya dalam hidup, kita kena belajar lepaskan. Lepaskan apa yang menganggu fikiran kita. Dalam erti kata lain, redha dengan apa yang berlaku. Barulah hidup kita tenang dan kita boleh fokus dengan apa yang kita usahakan.

Pakcik tadi, saya yakin sepanjang berbulan lepas insiden tu berlaku, mesti hati dia tak tenang dan teringat-ingat. Dan itulah pengajaran dalam hidup kita, setiap apa yang kita nak cakap atau tulis mesti berlaku selepas kita fikir dahulu.

Ianya adalah kekuatan diri kita mengawal emosi dan menahan marah. Ianya adalah hasil pengulangan berkali-kali setiap hari bagaimana kita melatih diri kita untuk SABAR .



___________________________________________________________________________________

💜, 
Farihah
Shaklee Effective Master Coordinator 
Hubungi saya
Wasap : 0192622200


No comments :

Back to Top