Slider

Sunday, February 5, 2023

Minum Petang Anak-anak Yang Berkhasiat


Petang-petang hujan sejuk ni, sedap makan roti mayat dan kopi O patutnya . Buah ni sebenarnya sedap, tapi effort nak makan tu tinggi, sebab tu, anak-anak kita malas makan buah. Kena basuh, kupas, kulit pulak tebal, ada biji pulak tu. Penat nak buleh makan pun.

Jangan disebabkan itu, kita ambil jalan mudah, takyah makan buah, bagi saja vitamin. Silap tu. Makan, mengunyah dan menelan adalah proses alami yang menggalakkan rasa sebenar makan. 

Amalan memakan buah, sayur, boleh meningkatkan rasa kenyang lebih lama dan mengurangkan risiko obesiti di kalangan anak-anak kita. Ramai kan budak-budak sekarang gemuk? Sebab apa? Sebab makan tak sihat lagi mudah dimakan berbanding buah dan sayur.




Jadi, permudahkan anak-anak kita untuk makan buah.  Kupas, potong kecik dan hidangkan cantik-cantik. Depa tinggal ambil dan makan saja. Kalau apple, masa potong, saya sambil kan rendam dalam air garam, supaya warna apple kekal cantik, tak hitam. Jadi boleh potong terus banyak-banyak, stok sampai petang.

Laburkan sedikit usaha untuk menggalakkan anak-anak kita makan makanan sihat. Jangan asyik salahkan fast-food, tuding juga jari ke muka sendiri.

________________________________________________________________________________________________________

💜, 
Farihah
Shaklee Effective Master Coordinator 
Hubungi saya
Wasap : 0192622200


No comments :

Back to Top