Sembelit terjadi apabila bayi tidak dapat membuang dengan sempurna. Masalah yang berpunca dari sistem penghadaman itu, menyebabkan najis bayi menjadi keras dan sukar dikeluarkan.
Keadaan ini menyebabkan bayi kurang berasa selesa dan akan kerap menangis. Apa punca kepada masalah ini terjadi? Bagaimanakah harus ibu-ibu belajar cara mengatasinya?
1. Semak Susu Yang Diberikan Kepada Bayi.
- Masalah bayi sembelit ini sering terjadi apabila bayi yang diberikan susu formula. Bancuhan susu yang terlalu pekat menyebabkan bayi sembelit. Anda boleh kurangkan kuatiti susu yang diberi dan pantau perubahan yang dialami oleh bayi. Jiak masih lagi berterusan, tukarlah jenama susu yang diberikan sehingga jumpa yang sesuai dengan bayi anda.
2. Makanan Pejal
- Makanan pejal yang diberikan terlalu awal atau dalam kuantiti terlalu banyak yang boleh menyebabkan bayi mengalami masalah sembelit. Sebaik-baiknya, susu kan bayi anda sepenuhnya sehingga 6 bulan secara ekslusif sebelum memperkenalkan makanan pepejal kepada bayi anda.
- Mulakan memberikan makanan kepada bayi anda setelah berusia 6 bukan ke atas. Dengan memperkenalkan makanan dalam bentuk puri buan-buahan, sayur-sayuran bukannya bubur lagi pada awalnya.
- Berikan dalam kuantiti yang sedikit dahulu, dan lihat bagaiman sistem pencernaan bayi anda terhadapan makanan yang diambil. Kemudian tambah kuantiti dan pelbagaikan jenis makanan secara perlahan-lahan. Ini dapat mengelakkan dari berlakunya sembelit yang pasti menyakitkan si kecil anda.
- Pastikan juga makana pejal yang diberikan kepada bayi itu, lembut dan mudah untuk bayi kunyah dan ditelan. Makanan pejal yang keran, besar kemungkinan bayi akan menelan terus tanpa mengunyah. Ini meningkatkan lagi risiko bayi mengalami sembelit.
Cara yang terbaik untuk mengatasinya ialah dengan memberikan kerap susu ibu, ini adalah cara yang terbaik kerana susu ibu mudah dihadam ileh perut bayi. Rata-rata bayi yang menyusu susu ibu tidak akan mengalami masalah sembelit. Ibu yang menyusu berkongsi gizi dan khasiat dari tubuhnya kepada bayi, dan ajaibnya ia dijadikan sempurna dan sesuai dengan sistem penghadaman bayi anda.
Ibu juga boleh mengamalkan ESP Soy Protien shaklee, yang membantu untuk susu ibu lebih berkhasiat. Serta susu yang banyak jika melakukan teknik serta cara yang betul dengan teknik supply & demand.
Jika masalah sembelit bayi anda berlarutan, anda dinasihatkan untuk terus bawa bayi berjuma doktor untuk tindakan selanjutnya.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Salam Sayang,
Farihah / Kak Eha
http://wasap.my/+60192282147
Like Page kami untuk Info kesihatan & Business
We L.O.V.E Breastfeeding
Surijunior
Farihah / Kak Eha
http://wasap.my/+60192282147
Like Page kami untuk Info kesihatan & Business
We L.O.V.E Breastfeeding
Surijunior
No comments :
Post a Comment