Ramai ibu hamil yang susah hati bila doktor atau jururawat mula 'membebel' sebab berat badan naik melebihi paras yang sepatutnya dalam sebulan. Sedangkan perjalanan kehamilan untuk melahirkan bayi masih jauh. Maksudnya berat badan ibu berpotensi untuk terus bertambah. Awas ya, ibu hamil sebab itu juga meningkatkan risiko anda mendapat masalah obesiti, diabetis dan bayi terlalu besar hingga sukar melahirkan secara normal.
Jadi, sebelum banyak komplikasi boleh berlaku pada diri anda, lebih baik buat sesuatu! Inilah cara paling sihat untuk ibu hamil turunkan berat badan. Tiada lagi alasan ya!
Tahu Berapa Berat Badan Yang Perlu Dikurangkan
Menurunkan berat badan masa hamil tak sama seperti ketika anda tidak mengandung kerana jika berlebihan berat turun ia boleh menyebabkan risiko kekurangan zat pada bayi. Anda perlu kira berapa berat badan yang mesti dicapai tetapi dalam masa yang sama anda dan bayi tetap sihat. Kiraan boleh dibuat berdasarkan BMI (Body Mass Index) ibu sendiri.
Contohnya BMI lebih 30 - kenaikan berat badan 4.9 - 9 kg sepanjang hamil.
BMI 25-29.9 - kenaikan berat badan 6.8 - 11.33 kg dan BMI normal 18.5 - 24.0 - kenaikan berat badan 11.33 - 15.87 kg sahaja.
Perlu Tahu Berapa Jumlah Kalori Diperlukan Sehari
Tak ada orang yang akan mengambil tahu berapa pengambilan kalori hariannya kecuali orang yang sedang berdiet. Jika ibu hamil tahu berapa jumlah kalori diperlukan setiap hari mengikut trimester kehamilan maka mudahlah dia untuk mengawal pengambilan makanan. Ini kerana pengambilan kalori berlebihan hanya akan menambah berat badan ibu sahaja. Sebaiknya ibu perlu mengikut jadual menu yang disediakan oleh pakar nutrisi yang bertauliah. Jangan makan ikut nafsu, nanti anda sendiri yang menanggung masalahnya.
Kawal Berat Badan Dari Awal Kehamilan
Sepatutnya kenaikan berat badan yang baik berlaku pada trimester kedua dan ketiga kerana ia penting untuk perkembangan janin dalam kandungan. Kalau ibu hamil mengalami kenaikan berat badan di awal kehamilan maka sukar untuk dia mendapat berat badan ideal di trimester kedua dan ketiga. Oleh itu penting bagi ibu sendiri untuk tahu apa nutrisi dan kalori yang diperlukan sepanjang trimester kehamilan.
Makan Kerap Tetapi Sedikit
Mengandung bukan bermaksud kena ikut nafsu dan selera makan yang tiba-tiba naik mendadak. Jika selera makan anda tiada masalah sejak awal hamil, maka ambil makanan dalam kuantiti yang kecil tetapi kerap dan hanya mengamalkan pengambilan makanan yang sihat dan berkhasiat sahaja bukannya yang tinggi kalori dan manis-manis.
Elak Makanan Terlalu Masin
Jangan terlalu mengikut keinginan untuk makan makanan yang masin sahaja ketika hamil. Makanan yang tinggi kandungan garam akan memberi kesan buruk kepada berat badan iaitu kegemukan. Garam boleh merosakkan keseimbangan cecair elektrolit dalam badan ibu hamil. Selain menjadi gemuk, ibu juga berisiko mendapat penyakit darah tinggi dan praeklampsia.
Katakan Tidak Pada Makanan Segera
Sebaiknya kalau tengah hamil, 'banned' terus makanan ringan dan segera daripada senarai menu anda. Kalau tak boleh juga kawal kerana alasan teringin, ambil dalam kuantiti yang sedikit dan tidak kerap. Suka atau tidak, ibu kena akur dengan kenyataan yang makanan segera tidak bagus untuk ibu hamil dan bayi dalam kandungan. Bahan yang digunakan dalam makanan segera seperti bahan perasa, pengawet makanan, pemanis buatan dan bahan kimia boleh memberi kesan pada berat badan ibu hamil. Bahkan pengambilan makanan segera secara berlebihan semasa mengandung juga dikatakan menjadi punca masalah gangguan mental seperti autisme kepada bayi.
Elakkan Minuman Berkafien Dan Bergas
Minuman kafein dan bergas terkenal sebagai sumber minuman tinggi gula. Kalau anda jenis tak boleh tinggal minuman ini walaupun ketika hamil, maka bersedialah untuk mendapat komplikasi kehamilan seperti kegemukan, diabetes, degupan jantung terlalu cepat dan kecacatan bayi. Kandungan kalori dalam minuman ini akan menyebabkan badan ibu mengandungi gula berlebihan.
Tukar Cara Masak
Ibu hamil masih memerlukan makanan yang mengandungi lemak. Biasanya makanan bergoreng, berminyak, bermentega memamg terkenal sebagai berlemak. Tetapi jika sedang berusaha mengurangkan berat badan makan cuba cara masakan lebih sihat iaitu panggang, kukus dan rebus. Jika hendak menggoreng pun gunalah minyak kelapa atau minyak zaitun.
Ambil Makanan Tinggi Serat
Salah satu masalah yang akan dihadapi oleh ibu hamil yang obesiti adalah sembelit. Masalah sembelit yang dialami oleh ibu hamil boleh meningkatkan risiko tekena buasir. Jadi, sebaiknya ibu mesti amalkan pengambilan makanan tinggi serat sejak awal hamil lagi. Selain membantu sistem pencernaan yang lebih baik dan sihat maka ibu juga boleh menurunkan berat badan.
Minum Air Secukupnya
Ibu hamil yang nak menurunkan berat badan mesti amalkan minum air yang banyak. Air sangat baik untuk mengawal berat badan kerana ia boleh membantu proses metabolisme dan pembakaran kalori dalam badan. Tetapi perlu diingat, air yang sebaiknya diminum oleh ibu adalah air masak. Bukannya air berperisa tak kira sama ada mengandungi kafein, gula atau bahan kimia.
Sebenarnya memang boleh ibu hamil mengurangkan berat badan yang sudah naik berlebihan selepas dinasihatkan oleh doktor tetapi perlu dilakukan dengan cara yang sihat dan selamat. Jika ibu sudah mengalami obesiti yang berlebihan maka pelan diet dari pakar nutrisi dan doktor memang penting untuk diikuti bagi mengelakkan kesilapan diet ketika hamil.
sumber: majalah pa&ma
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
sumber: majalah pa&ma
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Salam Sayang,
Farihah / Kak Eha
http://wasap.my/+60192282147
Like Page kami untuk Info kesihatan & Business
We L.O.V.E Breastfeeding
Surijunior
Farihah / Kak Eha
http://wasap.my/+60192282147
Like Page kami untuk Info kesihatan & Business
We L.O.V.E Breastfeeding
Surijunior
No comments :
Post a Comment