Slider

Friday, June 16, 2017

Faktor Yang Menyebabkan Susu Perahan Semakin Sedikit Selepas Bekerja

Situasi begini juga sering terjadi pada ibu-ibu yang baru mula bekerja setelah habis cuti berpantang. Susu semakin sedikit, kekedang boleh buat drop terus. Kenapa yea?

Ada beberapa perkara yang boleh mengyebabkan ibu mengalami situasi susu semakin sedikit setelah bekerja.
Tidak Mengikut Jadual Mengepam


Faktor pertama adalah ibu tidak mengikut jadual mengepam susu yang sepatutnya. Ibu perlu mengosongkan payudara sekurang-kurangnya 3 jam sekali pam sepanjang tempoh 8 jam bekerja tersebut. Ini penting kerana konsep supply and demand perlu diteruskan serancak masa berpantang dahulu supaya tidak terjadi susu sikit dan  susu tidak mudah drop ketika waktu bekerja.
Masa berpantang ibu selalu dengan bayi bukan? dan bayi akan kerap meminta untuk disusui sekerap 2 jam sekali dan paling tidak 3 jam sekali menyusu. Dengan kekerapan permintaaan yang tinggi itu, ‘memaksa’ kilang susu ibu mengeluarkan susu dengan lebih dan lebih bagi memenuhi permintaan tersebut.

Semasa bekerja, mommies berjauhan dengan baby, dan demand terhadap pengeluaran susu badan adalah bergantung kepada sesi mengepam susu mommies. Jika mommies kurang kerap mengepam susu, maka susu sikit lah jadinya. Saat mommies leka dengan kerja, mungkin kadang-kadang mommies akan lupa mengepam sehinggalah bila bengkak ‘kantung’ mula terasa penuh.
Kurang Minum Air Secukupnya

Faktor kedua adalah kerana kurang minum air. Ibu perlu ingat ye, ibu perlu minum air lebih 2 liter sehari supaya badan cukup terhidrat dan cukup untuk hasilkan air susu ibu. Ini kerana, kandungan utama air susu ibu adalah air. Tips minum air lebih, anda boleh minum segelas air sebelum mengepam dan selepas mengepam susu. Selebihnya adalah pada waktu-waktu lain. Sediakan botol air di workstation anda. Minum selalu. Makin banyak air yang anda minum, makin banyaklah penghasilan air susu.

Tidak Makan Makanan Seimbang dan Berkhasiat

Faktor ketiga adalah disebabkan oleh tiada penjagaan makanan seimbang dan berkhasiat ketika di waktu kerja. Semua orang tahu waktu rehat atau makan hanya pada pukul 1.00-2.00pm. Tetapi bagi ibu menyusu, ibu semua akan sentiasa berasa lapar dan haus bukan? Keperluan nutrisi seharian ibu menyusu perlulah cukup bagi memenuhi keperluan badan sendiri dan keperluan susu ibu. Ibu menyusu memerlukan lebih 1800 kalori sehari tau! Justeru itu, jangan skip makan walau sesibuk manapun kerja anda. Pastikan makanan yang di ambil adalah yang berkhasiat ya cukup segala nutrisi yang diperlukan. Buah-buahan, sayur-sayuran, mineral dan lain-lain sama sekali jangan dilupakan dalam menu seharian anda.
Tekanan, Kurang Rehat dan Tidak Cukup Tidur

Faktor keempat adalah tekanan di tempat kerja. Normal bekerja, tekanan kerja adalah normal. Ibu perlu kawal tekanan di tempat kerja. Jangan terbawa-bawa tekanan sehingga mengganggu emosi dan pengeluaran susu ibu. Ibu perlu bertenang, kawal tekanan dengan berfikiran positif, boleh juga lihat gambar baby dan berbual perkara-perkara yang menyeronokkan yang boleh mempengaruhi dan meningkatkan ‘hormon cinta’ ibu. Semuanya akan rasa bahagia dan saat mengepam susu ibu adalah saat menggembirakan. Kurang rehat dan tidak mendapat tidur yang berkualiti juga menyebabkan tekanan ya. Pastikan ibu cukup rehat, mendapat tidur berkualiti serta bijak mengawal tekanan.

Tiada Mengambil Suplemen 
Faktor kelima adalah kerana tidak ambil apa-apa suplement. Sudahlah masa bekerja ibu-ibu skip makan, makanan yang di ambil pula tidak cukup khasiat yang sepatutnya. Mengikut piramid makanan ibu menyusu memerlukan lebih 2 cawan buah dan 3 cawan sayur dan beberapa kali hidangan berkhasiat yang lain. Kesian badan kita, perlu bekerja keluarkan tenaga melakukan aktiviti harian dan juga bekerja untuk hasilkan susu ibu. Kesian badan sendiri bukan? Berilah hak nutrisi yang badan kita perlukan. Barulah badan tidak sakit, tidak lemah, malah badan lebih bertenaga segar, anak pun dapat makanan berkhasiat daripada apa yang kita makan.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Salam Sayang,
Farihah / Kak Eha 
http://wasap.my/+60192282147

Like Page kami untuk Info kesihatan & Business
We L.O.V.E Breastfeeding
Surijunior

No comments :

Back to Top