Sebenarnya, setiap ibu telahpun ditentukan rezeki susu untuk anaknya. Definisi banyak atau kurang, bergantung kepada pemikiran ibu itu sendiri. Secara jujur, berapa pun jumlah susu yang kita hasilkan, adalah sebenarnya mencukupi untuk keperluan anak. Oleh itu, ibu-ibu tak perlu risau dan cemas, hingga mengambil keputusan untuk memberikan FM kepada bayi. Benar, menyusukan bayi adalah tidak semudah disangka. Perlukan azam dan semangat yang kuat untuk jayakannya.
Saya kongsikan beberapa sebab yang menjadi punca kepada kegagalan ibu untuk terus menyusukan bayinya.
Pemikiran bahawa “Susu Tiada”
- Sesetengah ibu berpendapat, lahir sahaja bayi, susu melimpah ruah keluarnya. Bila realitinya tak sebanyak disangka, maka lahirlah pemikiran “susu aku tiada”. Ini sama sekali salah. Di awal kelahiran bayi, sememangnya susu tak begitu banyak. Malah yang keluar, cuma beberapa titisan cecair kuning.
- Tahukah ibu bahawa itu adalah kolostrum yang amat penting untuk perkembangan bayi. Dan perut bayi di awal kelahiran pun amatlah kecil, sebesar buah ceri je. Sebab tu, Allah hasilkan susu badan yang cukup untuk keperluan bayi. Jadi, ibu tolong jangan runsing jika bayi kerap menangis dan beranggapan susu tak cukup. Ada sebab lain di sebalik tangisan si kecil tu.
- Tahu tak kandungan air dalam susu ibu adalah sebanyak 80%. Bayi di bawah usia 6 bulan tidak memerlukan air tambahan atau makanan lain selain daripada susu ibu sendiri. Banyak risiko boleh terjadi sekiranya bayi diberikan air masak sebelum bayi mencecah usia 6 bulan. Antaranya ialah meningkatkan risiko kekurangan zat makanan kepada bayi. Susu ibu adalah sumber makanan utama pada bayi baru lahir hingga ke usia 6 bulan. Pemberian air masak ini boleh tingkatkan risiko kegagalan penyusuan kerana kurang rangsangan hisapan oleh bayi.
- Ahli keluarga terutamanya, mungkin kurang pendedahan terhadap kebaikan dan info tentang penyusuan susu bayi. Bila dilihatnya bayi kerap menangis, bayi macam selalu lapar, maka tanggapan mereka susu kita tidak cukup. Lantas memberikan nasihat untuk memberi FM. Ibu perlu kuat dan yakin dengan pilihan anda. Nasihatkan mereka yang menyuruh anda untuk campur FM, berikan penjelasan pada mereka supaya mereka faham. In Shaa Allah, anda boleh atasi pandangan dan nasihat negatif seperti ini.
- Ada orang beranggapan, kerap menyusu boleh mengurangkan penghasilan susu. Ini adalah salah sama sekali. Penyusuan yang kerap boleh merangsangkan lagi penghasilan susu ibu. Oleh itu, ibu harus kuat dan teruskan usaha untuk menyusukan bayi anda sekerap yang mungkin.
- Puting payudara tidak perlu dicuci sekerap mungkin. Ini kerana terdapat sebum yang mengeluarkan anti bakteria yang melindungi bayi dari sebarang kekotoran. Oleh itu, ibu tidak perlu risau untuk menyusukan anda walaupun di luar kerana khuatir macam mana nak cuci.
- Fenomena ini adalah salah. Jika anda tunggu bengkak, baru nak pam, ia sebenarnya boleh mengganggu penghasilan susu baru. Biar kerap pam, terutama apabila bayi tidak menyusu atau sejurus selepas bayi menyusu. Kerap mengosongkan payudara sebenarnya membantu penghasilan susu baru dan bukannya menghentikan.
- Kuantiti susu setiap kali pam tak semestinya sama. Kadang-kadang banyak, kadang-kadang sedikit. Bergantung kepada tahap kesihatan kita, emosi kita di waktu itu. Oleh itu, jangan sesekali membuat perbandingan jumlah kuantiti susu dihasilkan setiap kali anda pam. Tak salah meletakkan target, tapi jangan bila tak capai target, anda risau dan stress.
- Ini terjadi terutamanya pada ibu bekerja. Jangan sesekali anda membuat perbandingan dengan ibu lain yang turut sama mengepam di pejabat. Ingat, lain ibu, lain rezekinya. Penghasilan susu ibu adalah selari dengan keperluan bayi itu sendiri. Bila anda kerap membuat perbandingan, emosi anda akan mula terganggu.
- Macam roda, proses penyusuan susu ibu juga ada ups and downs. Ada masanya, stok susu mungkin berkurangan. Jangan risau, jangan runsing. Kuatkan semangat, kerapkan doa, cari alternatif untuk bantu meningkatkan semula penghasilan susu anda. Mungkin badan anda rasa letih, emosi terganggu. Maka, cuba fikirkan apa yang mungkin menyebabkan penghasilan susu drop dan cuba atasi secepat mungkin. Jangan lupa berdoa pada Tuhan, agar diberikan kekuatan dan rezeki susu yang mencukupi.
Emosi ibu terganggu
- Stress, risau boleh mengganggu penghasilan susu ibu. Oleh itu, anda perlu mengawal emosi anda. Cuba cari jalan untuk keluar daripada stress. Pada Muslimah, perbanyakkan bacaan Al-Quran atau zikir. Pada non-Muslim, mungkin boleh mendengar lagu-lagu romantic untuk menstabilkan semula emosi anda. Salah satu cara lagi, tatap gambar anak agar anda lebih bersemangat untuk menyusukan bayi anda.
Salam Sayang,
Farihah / Kak Eha
http://wasap.my/+60192282147
Like Page kami untuk Info kesihatan & Business
We L.O.V.E Breastfeeding
Surijunior
Farihah / Kak Eha
http://wasap.my/+60192282147
Like Page kami untuk Info kesihatan & Business
We L.O.V.E Breastfeeding
Surijunior
No comments :
Post a Comment