Slider

Thursday, June 1, 2017

PERMULAANNYA KERANA TERPAKSA


Salah satu keputusan besar dalam hidup saya adalah apabila saya memilih untuk meninggalkan dunia makan gaji. Passion saya, tapi saya terpaksa memilih untuk meneruskan atau meninggalkan


Detik yang menyebabkan saya decide untuk serius dalam bisnes dan meninggalkan kerja makan gaji adalah apabila 4 orang anak-anak saya kena demam campak. Depa tak kena sekaligus. Kena sorang demi sorang. Sambung menyambung. Dah habis cuti nak ambik. Emergency Leave, Unpaid Leave, Annual Leave dah semua jenis leave kami ambik. Dan saya fikir


"Kalau macam ni gayanya, suatu hari, aku mesti berhenti kerja, buat bisnes ni. Flexible"

Dari situ saya start fokus dan tetapkan deadline bila saya akan capai income setara gaji masa tu dan boleh resign. Bukan mudah nak tinggalkan kerja yang saya sayang, Students yang saya sayang, rakan sekerja yang saya sayang. Tapi, kena buat juga, sebab saya sayangkan anak-anak dan family.

Masa ni kami dah start bisnes Shaklee, tapi masih lagi bekerja makan gaji juga


Rupanya bila kita letak diri kita dalam keadaan terdesak, kita boleh buat dan capai. Push diri keluar dari comfort zone. Fokus dengan timeline yang kita lakarkan.



Kisah passion saya dalam bisnes bukan sebab saya ada darah bisnes dalam keluarga, tidak. Tapi bermula kerana 8 pasang mata yang saya kasihi. 

Yang setiap pagi merenung wajah saya meminta simpati untuk tidak ditinggalkan di taska. 

Yang setiap hujung minggu, mereka berharap hujung minggu kami lebih panjang untuk bersama. 

Yang setiap kali sakit, mereka mengharap tidak dipaksa ke rumah pengasuh 

Yang setiap kali menjelang malam, mereka mengeluh, masa malam kami terlalu pendek untuk bercerita itu dan ini

Akhirnya, target saya dalam bisnes Shaklee tercapai. Income saya masa tu stabil 4 angka. Anggaran RM2K-5K sebulan dan saya lepaskan kerjaya yang saya sayang, demi keluarga yang lebih saya sayang.

Dan selepas fulltime di rumah, rezeki anak-anak, bisnes bertambah maju. Income berpuluh kali ganda, di luar jangkaan dan banyak sangat manfaat lain yang kami layak dapat walaupun tidak pernah terjangkau fikiran sebelum tu.

VIP Trip Umrah - Abu Dhabi - Dubai dengan Shaklee :)


Inilah rewards, hasil pengorbanan. Semakin besar kejayaan yang kita inginkan, semakin besar pengorbanan yang perlu dilakukan. Masa tu, meninggalkan comfort zone tidak mudah, tapi kekal dalam comfort zone makin menambah rasa payah :)

Master Farihah Abu Kasim
Shaklee business coach

No comments :

Back to Top