Slider

Wednesday, June 14, 2017

Tips Mengurangkan Sakit Belakang Selepas Bersalin

Sakit belakang selepas bersalin memang sentiasa menghantui ibu-ibu. Kekadang dari hamil sehingga selepas bersalin sakit belakang tidak juga surut malah semakin teruk. Adakah mungkin ibu kekurangan kalsium? Masalah urat saraf yang menjadi punca selepas bersalin itu? 
Anda juga boleh mencuba tips mudah dan cara untuk mencegah dan melegakan sakit belakang selepas bersalin seperti dalam senarai di bawah ini : 

1. Cuba untuk kembali kepada julat berat badan yang normal secepat mungkin. Kegemukan dipercayai memainkan peranan yang besar sebagai penyebab sakit belakang sebelum dan selepas bersalin.


2. Amalkan senaman ringan semasa dan selepas bersalin. Aktiviti fizikal yang sederhana boleh membantu memulihkan ketegangan otot dan ligamen dan serta membantu meningkatkan fleksibiliti. 


3. Pastikan anda mendapat rehat yang secukupnya selepas bersalin. Bantuan tambahan sangat diperlukan pada ketika ini terutamanya daripada suami dan ahli keluarga terdekat. 

4. Elakkan melakukan kerja-kerja berat (semasa mengandung dan selepas bersalin) terutamanya rutin harian sebagai seorang isteri yang sentiasa ingin sibuk menguruskan rumahtangga. Beri masa untuk badan anda pulih sepenuhnya. 
5. Amalkan postur yang betul samada semasa duduk atau sambil berdiri. Langkah terbaik mengangkat sesuatu barang ialah dengan membengkokkan lutut dan mencangkung ke bawah supaya ia dapat menyokong proses tersebut menggunakan kekuatan otot kaki. 

6. Dalam kes dan situasi penyusuan, kebanyakan ibu-ibu cenderung untuk membongkok semasa menyusukan. Rapatkan bayi lebih dekat dengan dada dan duduk dengan tegak semasa menyusu. Lekapan yang tepat pada areola juga sangat penting untuk menjaga postur. 

7. Pilih dan pakailah kasut yang selesa. Katakan TIDAK pada kasut tumit tinggi buat sementara waktu. Jadikan flat shoes sebagai teman baik sekurang-kurangnya beberapa bulan selepas kelahiran. 

8.  Jangan mengangkat sesuatu yang lebih berat daripada bayi sehingga anda pulih sepenuhnya. Ia sangat penting terutamanya bagi mereka yang bersalin secara pembedahan. Samada kehamilan dan kelahiran yang dilalui mudah atau sukar, badan kita memerlukan suatu tempoh masa untuk kembali sembuh. 
9. Tidur dalam kedudukan yang selesa. Seboleh-bolehnya gunakan tilam yang tebal sebagai alas atau lapik tempat tidur dan bantal untuk sokongan tambahan. 

10. Kehilangan kilogram tambahan melalui diet pemakanan sihat dan senaman akan membantu mengelakkan masalah ini, kerana penurunan berat badan dapat mengurangkan tekanan ke kawasan otot yang terlibat. 
11. Pastikan tubuh mendapat sumber kalsium, magnesium dan vitamin D yang cukup supaya simptom kekurangan kalsium dapat dikurangkan sekaligus mengelak sakit belakang yang lebih kronik.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Salam Sayang,
Farihah / Kak Eha 
http://wasap.my/+60192282147

Like Page kami untuk Info kesihatan & Business
We L.O.V.E Breastfeeding
Surijunior

No comments :

Back to Top