Berat badan memainkan peranan penting dalam kehamilan. Obesiti atau kegemukan akan mengundang pelbagai risiko yang tidak baik kepada diri dan kandungan.
Berat optimum yang perlu dicapai adalah BMI yang normal (BMI 18-24.9) BMI adalah berat dibahagi dengan ketinggian kuasa dua . BMI yang lebih daripada 25 adalah dalam kategori berat badan berlebihan dan BMI lebih daripada 30 ke atas adalah ‘obes’. Terdapat tiga kategori obesiti iaitu Kelas 1 (BMI 30-34.9), Kelas 2 (BMI 35-39.9) dan Kelas 3 atau morbid obese (BMI lebih 40).
Selain mencapai berat badan optimum dan mengikuti saranan pakar, wanita obes yang ingin hamil juga perlu melakukan beberapa perkara sebelum kehamilan agar kesihatan ibu dan kandungan berada di tahap yang optimum.
- Mengambil asid folik 5mg atau lebih setiap hari sekurang-kurangnya sebulan sebelum kehamilan dan diteruskan sehingga trimester pertama.
- Mengambil Vitamin D sekurang-kurangnya 10microgram sehari sepanjang kehamilan dan diteruskan sehingga selepas kelahiran bayi dan sepanjang tempoh penyusuan susu ibu.
- Menurunkan berat badan. Wanita disarankan menurunkan sekurang-kurangnya 5-7% dari berat asal untuk memastikan proses kehamilan yang sihat dan kurang berisiko.
Bahaya Obesiti Ketika Hamil
Obesiti berbahaya kerana boleh mengundang pelbagai risiko buruk kepada kedua-dua ibu dan bayi. Justeru ia perlu dicegah bagi mengelakkan berlakunya komplikasi.
Risiko Kepada Ibu
- Keguguran secara berulang ( recurrent miscarriages)
- Diabetes semasa mengandung (gestational diabetes)
- Praeklampsia iaitu tekanan darah tinggi semasa mengandung yang merbahaya dan boleh mengakibatkan sawan, strok dan kegagalan organ-organ lain.
- Venous thromboembolism iaitu darah beku pada salur darah yang boleh mengakibatkan kegagalan fungsi pernafasan dan membawa maut.
- Kelahiran secara indius.
- Kelahiran secara pembedahan caesarean.
- Komplikasi bius.
- Jangkitan pada luka pembedahan caesarean atau episiotomi.
- Kesukaran memulakan penyusuan susu ibu.
Risiko Kepada Bayi
- Stillbirth atau bayi mati dalam kandungan.
- Kecacatan kongenital seperti spina bifida dan jantung berlubang
- Kelahiran secara pramatang.
- Macrosomia iaitu bayi bersaiz besar.
- Kematian neonatal.
- Risiko bayi menjadi kanak-kanak obes dan mendapat penyakit metabolik.
Salam Sayang,
Farihah / Kak Eha
http://wasap.my/+60192282147
Like Page kami untuk Info kesihatan & Business
We L.O.V.E Breastfeeding
Surijunior
Farihah / Kak Eha
http://wasap.my/+60192282147
Like Page kami untuk Info kesihatan & Business
We L.O.V.E Breastfeeding
Surijunior
No comments :
Post a Comment