Slider

Friday, June 23, 2017

Risiko Kehamilan Ibu Bertubuh Gempal

Berat badan ketika hamil perlu dipantau terutamanya anda yang bertubuh gempal. Namun,ibu perlu menjaga pemakanan dan bukannya mengehadkan pemakanan sehingga melampaui batasan kerana ia mungkin membahayakan bayi.

Antara risiko ibu hamil bertubuh gempal ialah:

1. Diabetes
Masalah ini disebabkan peningkatan gula dalam darah sepanjang kehamilan dan badan tidak dapat mengawal kandungan glukos dalam darah. Ibu perlu menjalani ujian darah (MGTT) untuk menentukannya.
Diabetes boleh menyebabkan keguguran, jangkitan kuman di bahagian sulit yang kerap, air ketuban berlebihan, pre eklampsia, kegagalan buah pinggang, berat badan bayi melebihi 4kg, kecacatan saraf tunjang dan jantung bayi, hypoglycaemia (kurang glukos dalam darah) dan lemas semasa lahir.
Walaupun ibu menghidap diabetes, ibu masih boleh menjalani kehamilan yang sihat asalkan mengikuti saranan doktor dan mematuhi temujanji pemeriksaan antenatal dan rawatan yang ditetapkan. Ibu juga perlu menjaga pemakanan seharian.
2. Tekanan Darah Tinggi
Jika ibu mengalami tekanan darah tinggi selepas minggu ke-20 tetapi di dalam ujian air kencing tiada protein, ibu didiagnos sebagai gestational hypertension ataupun hipertensi. Tekanan darah tinggi jika tidak dikawal boleh menyebabkan sawan kepada ibu, pra eklampsia, uri terpisah dari rahim ataupun placenta abruption, strok, sesak nafas, fungsi buah pinggang dan hati terjejas, serta darah gagal membeku.
Kesan kepada bayi pula antaranya tumbesaran terbantut di dalam kandungan, kelahiran pramatang, kelahiran kurang berat badan dan juga boleh menyebabkan kematian di dalam kandungan.
3. Pra Eklamsia
Masalah ini adalah masalah kompleks yang didiagnosis jika anda menghidap tekanan darah tinggi dan juga terdapat kandungan protein di dalam urin selepas minggu ke-20. Pra Eklampsia boleh menyebabkan saluran darah menyempit, lalu meningkatkan tekanan darah dan mengurangkan pengaliran darah ke seluruh tubuh ibu.
Dalam kes-kes tertentu, ia boleh menyebabkan ibu mengalami kerosakan organ, perkembangan bayi terbantut kerana kesukaran menerima zat pemakanan, air ketuban kurang dan juga uri terpisah dari rahim yang boleh menyebabkan bayi meninggal di dalam kandungan.
4. Neural Tube Defect (NTD)
NTD merupakan masalah berkaitan dengan perkembangan otak dan saraf tunjang bayi. Walaupun risikonya cuma 0.1% namun jika berbadan besar, risiko ke atas bayi tetap ada.
Bagi mengelakkan masalah ini terjadi, ibu perlu mengamalkan suplemen asid folik sebaiknya 3 bulan sebelum dan sepanjang kehamilan. Ibu boleh meminta doktor menjalankan ujian darah triple-screen pada minggu ke-15, ujian imbasan dan amniosentesis untuk mengenalpasti NTD.
5. Bayi Besar
Bayi berisiko besar jika ibu menghidap diabetes atau melepasi tarikh jangkaan bersalin. Ibu boleh membuat ujian imbasan untuk memantau berat bayi dan mengetahui jangkaan berat bayi.
Apa yang ibu boleh lakukan adalah pastikan ibu melakukan ujian tahap gula dalam darah mengikut apa yang diarahkan oleh doktor dan juga berbincang dengan doktor tentang pilihan bersalin yang ada.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Salam Sayang,
Farihah / Kak Eha 
http://wasap.my/+60192282147

Like Page kami untuk Info kesihatan & Business
We L.O.V.E Breastfeeding

No comments :

Back to Top