Semua sedia maklum tentang fasa awal kehamilan yang sangat genting. Ketika ini bakal ibu berhadapan dengan situasi yang masih tidak kuat lagi. Oleh itu selain daripada penjagaan diri, bakal ibu juga perlu menjaga pemakanan dalam memastikan kesihatan diri dan janin yang dikandung. Pemakanan juga memainkan peranan penting membantu tumbesaran bayi yang sihat dan cerdas.
Ibu mengandung memerlukan khasiat makanan yang tinggi berbanding normal bagi membantu perkembangan janin dalam rahim. Selain itu perubahan hormon yang dialami oleh ibu hamil selama tiga bulan pertama kehamilan turut mempengaruhi sensitiviti dan tahap stamina ibu. Jadi, pemilihan makanan di peringkat awal sangat penting. Pilihlah makanan yang kaya dengan asid folat, protein, vitamin dan mineral. Berikut adalah lima jenis makanan yang tidak boleh ditinggalkan oleh bakal ibu.
Sayur-Sayuran
Di peringkat awal, kebanyakan ibu hamil akan mengalami morning sickness. Untuk mengatasi rasa mual, banyakkan pengambilan sayuran berdaun hijau. Selain mengurangkan rasa mual, ia kaya dengan zat besi yang diperlukan untuk pembentukan hemoglobin dalam badan. Sayuran hijau juga mengandungi mineral yang diperlukan oleh bakal ibu dan bayinya.
Produk Tenusu
Ibu hamil memerlukan bekalan protein dan kalsium yang tinggi. Protein penting untuk pertumbuhan jaringan sel bayi dan memperbaiki jaringan yang rosak serta pembentukan otot. Sementara kalsium pula penting membantu pertumbuhan tulang bayi dalam kandungan. Sumber protein dan kalsium yang mesti diambil oleh ibu hamil adalah produk tenusu seperti keju, yogurt, susu.
Buah-buahan
Ada ibu hamil yang hilang selera makan pada peringkat awal kehamilan. Buah-buahan antara yang boleh diterima oleh tekak mereka. Oleh itu teruskan makan buah-buahan kerana ia membantu meningkatkat stamina dan membekalkan tenaga. Selain boleh dimakan begitu sahaja, buah juga boleh diolah menjadi jus, sald dan smoothies. Buah banyak kandungan serat yang membantu menigkatkan metabolisme dan kekebalan badan.
Bijirin
Makan bijirin setiap hari amalan yang baik untuk ibu hamil. Ini kerana bijirin mengandungi pelbagai mineral, vitamin B, karbohidrat dan kalsium yang diperlukan bagi menyokong aktiviti ibu hamil dan keperluan khasiat janin dalam kandungan.
Kekacang
Seperti diketahui, khasiat kekacang memang baik kepada ibu hamil terutama di awal kehamilan. Kekacang kaya dengan kandungan protein yang membekalkan tenaga untuk ibu. Selain dari itu kandungan asid folik dan vitamin B juga memang diperlukan untuk perkembangan sistem saraf bayi.
Makanan Laut
Pembentukan otak janin bermula sejak awal kehamilan. Oleh itu ibu disarankan makan banyak makanan yang kaya dengan asid lemak omega 3 dan tinggi proetin bagi membantu pembentukan otak janin seperti ikan, udang, sotong.
sumber: majalah pa&ma
sumber: majalah pa&ma
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Salam Sayang,
Farihah / Kak Eha
http://wasap.my/+60192282147
Like Page kami untuk Info kesihatan & Business
We L.O.V.E Breastfeeding
Surijunior
Farihah / Kak Eha
http://wasap.my/+60192282147
Like Page kami untuk Info kesihatan & Business
We L.O.V.E Breastfeeding
Surijunior
No comments :
Post a Comment