Hari ni saya nak share kisah Nina Ilani Mohd Salleh, level ke 4 saya. Orangnya manis tapi pahit maung bisnes semua dia boleh harung. Jom kita baca apa kata Nina :
PERJUANGAN SAYA BELUM SELESAI
"Nama saya NINA ILANI BINTI MOHD SALLEH, umur 29 tahun. Anak 2 orang dah, Amanda Imani(4)dan Maryam Tihani (2), sekarang nak masuk ke3😂
THE POWER OF BRANDING
Nina mula bisnes ni masa bulan Jun 2016, masa tu nampak iklan Master Syaheera Young Rockie (Jura), Jura ni junior Nina masa sekolah tingkatan 1 sampai 5, tingkatan 3 je tak sebab kami berpecah sekolah tutup jumpa balik tingkatan 4.
Nampak iklan Master Jura, best sangat ni bisnes dia. Ayat pun sedap baca, memang saya sebenarnya dah berminat lama dengan bisnes Shaklee.
Saya nampak masa depan dengan bisnes Shaklee, tapi saya tak tahu mana nak mula.
Lepas nampak dia tulis, boleh dapat 4 angka dengan buat iklan je.Terbeliak mata saya. Haha! Mata duitan kan. Jura pun banyak branding masa tu, duk sebut RYG, RYG. Saya hari2 scroll mesti nampak iklan dia. Betapa gigih dia pulun cukupkan iklan😛
Saya memang nak sangat buat bisnes ni, dah biasa dengar Car bonus, duk tengok orang pergi free trip. Memang terliuqqq!
Nak sangat sebab desperate!
Tak suka politik tempat kerja.
Tak suka ikut masa berkerja.
Saya jenis suka buat apa yang saya suka
Suka masa sendiri.
NEKAD KELUAR DARI COMFORT ZONE
Atas faktor2 saya ni suka ikut kepala saya, saya terpaksa jugak usaha nak keluar dari tempat kerja saya. Walaupun suami saya suruh sabar.
Walaupun ma abah saya suka anak kerja makan gaji, tapi saya rasa tu semua saya kena ketepikan secara baik, sebab apa yang saya nak buat pun nak senangkan hati ma abah saya jugak.
Nak tolong suami jugak.
Kalau setakat sebab nak gaji, memang tak laaaa sebab tak cukup pun dengan komitmen saya😂
Saya nak kena jaga hati orang sekeliling dulu. Tapi lepas dah stable, bulan ke2 saya dah rank up.
Saya dah mula sibuk. Nak coaching anak-anak bisnes.
Saya dah bagtau suami saya nak resign😁
Suami saya jenis ikut la, sebab kadang2 dia cakap saya tak dengar, saya ketegaq jugak. Sebab saya tau saya boleh😝
Bulan 11 saya apply cuti tanpa gaji sampai sekarang, tu yang heaven. Walaupun bab duit dah tak selesa, sebab gaji tak masuk dah, masa saya kerja dulu, kalau banyak minum pun cukup bulan gaji masuk.
Lepak lama tak buat kerja pun, cukup bulan gaji masuk.
Saya tak suka rasanya dalam zon selesa, dan saya nak lebih, dan saya rasa saya boleh dapat lebih dengan bisnes ni😁
Nina yang hujung kiri. Masuk majalah Shaklee Today
masa rank up ke Senior Coordinator
BUKAN SENANG TAPI TAK MUSTAHIL
Bulan 7 saya rank up SV, bulan 8 saya effective dengan 2500guv, bulan 9 mak bisnes saya message,
'Nina awak nak effective je ke?'
Sampai tua la saya effective kan. Sambil menggeletar type, saya cakap,
'Ye kot Ee'
Masa tu saya tak ramai anak pun. Ada anak sulung saya Wan Nadia, dah coordinator sekarang dengan beberapa orang sikit je masa tu.
Nak dapat 5000guv memang jauh gila, dalam 2000 lebih je masa tu, masa Ee tanya saya tu. Saya takkan nak jawab nak 5000 macam tak realistik😂
Lagi 4 hari nak habis Sept, ada anak baru nak join, terus dia bank in, memang senang sangat la dia ni haha. Anak saya Dr Farahain, dah coordinator sekarang.
Dalam masa 4 hari tu, saya pun tak tahu, memang ALLAH works wonder!
Saya dapat complete 1st car fleet 5000guv✅
Rank up Sen Sv, Deng dah SV✅
Lepas tu, saya dah nampak jelas dah. Saya betul-betul desperate nak kena dapat Car Bonus. Hari-hari mesti mak bisnestanya,
Dhuha buat?
Alwaqiah baca?
Sedekah?
Bagi mak ayah?
Saya rasa berkat semua tu yang ALLAH swt bagi kat saya.
Alhamdulillah.
CAR STAGE YANG SENANG BAGI SAYA
Rezeki ALLAH swt macam-macam kan. Kalau saya, dalam bisnes ni, saya rasa senang nak kejar car bonus.
Semua datang kat saya on time.
Anak-anak ramai masa saya nak kejar 10,000,tapi saya tak dapat fast track jugak, kecundang hehe. Takpa saya guna jalan 4 bulan, still I consider easy for me daripada NAK RANK UP😭
Bulan 9 saya start, bulan 12 saya complete car. Syiokk, sampai RM2000 bonus kereta saja. Memang tak sia-sia saya cuti tanpa gaji. Hahah.
Orang kata berhenti kerja nanti rugi, saya kata tak rugi sebab saya boleh 'retire young retire rich'😉
Tak , bukan nak cakap besar. Tapi tu semua saya tengah kerja keras. Nak buat macam mana, dah tak suka kerja dengan orang.
Saya prefer jadi boss sendiri hihi.
ZAMAN TAK MASUK CARTA
Saya kalau saya down, saya akan cari balik semangat.
Saya ada masa down jugak. Orang bisnes memang akan ada naik turun, bukan bergaji tetap macam makan gaji hehe.
Kalau saya down, saya akan scroll balik whatsapp RYG dulu-dulu, back then saya akan jumpa Uv update, masa tu nama saya belum tersenarai pun.
Kak Ita Athirah Ahmad ada Sen Sv masa tu hehe.
Saya pun rasa mustahil, saya tengok je Ee punya bonus dekat 5 angka(dulu), sekarang, siapa sangka, saya buat buat dan buat, saya pun dah hampir dapat. Doakan ya!
Semua tu tak mustahil. Saya pun pernah rasa macam anda yang baru nak mula.
Rasa macam,'boleh ke aku buat?'
Tapi apa saya buat mungkin membezakan.
Saya akan tetap berdisiplin, tak ada alasan saya nak tak cukup iklan.
Hari-hari saya akan cek guv, fikir macam mana nak naikkan guv saya.
Saya rank up sv masa tu promo Vivix, dan masa tu anak saya dalam wad. Saya tak beralasan because I was desperate!
Saya kena kuat, saya kena move on, masa depan anak-anak saya, adalah pada apa yang saya buat sekarang.
Saving anak?
Pendidikan anak?
Insurans anak?
Kalau boleh saya nak anak saya tak susah cari kerja macam saya, saya nak create job opportunity untuk anak-anak saya, which is to continue my legacy. BIAR SAMPAI 7 KETURUNAN PUN!
TARGET, HARAPAN DAN IMPIAN
Setiap bulan kita kena ada target baru. Baru kita boleh tengok performance kita. So bulan ni target saya, untuk rank up Key Coordinator. InsyaALLAH. Mohon doa semua.
Nak besarkan empire saya, The Brightstars🌟
Saya nak bantu anak-anak, cucu cicit semua, lead them to where they should be.
Saya nak lahirkan lagi ramai 4-5 figures earner.
Bulan January lepas, masa Kakcip tanya, sale group, saya bagitahu target RM100,000 walaupun saya tahu macam tak masuk akal, tapi kami berjaya capai RM95,000 bulan Januari lepas😍
The power of mindset.
Sale keseluruhan.
Doakan saya untuk terus memberi, dan nak berbakti kepada anak bisnes saya.
Kalau saya boleh, anda semua boleh💪🏼"
===============
Tahniah Nina! Maktok kagum dengan semangat nina.
Dah lama minat bisnes Shaklee, tapi belum jumpa SID yang best.Rugilah SID yang sekian lama frend dgn nina tapi tak buat branding betul-betul. Akhirnya terlepas ke tangan Jura
Bila kita berimpian, biarlah sampai ke langit. Kalaupun jatuh, mungkin nasib mencecah di awan. Kalau impian hanya setinggi pokok, tak tercapai, jatuh, tentunya menyembam ke bumi.
No comments :
Post a Comment