Hari ni saya nak kongsikan cerita Shaklee cucu Surijunior, Imma Mansor. Imma orang lama dalam Surijunior. Tekad Imma untuk fokus kali ini saya yakin akan berhasil dan akan gemilang.
Jom baca :
>>>>>>
Nama diberi Nurul Imma Mansor. Biasa orang panggil Imma. Seorang surirumah dan ibu kepada 2 anak soleh solehah, Pernah bekerja sebagai pegawai kerajaan (N41) dan berhenti kerja bila nampak peluang cerah dalam Shaklee.
Cerita bertemu Shaklee.
-----------------------------
Masa kerja 5 tahun dulu, Imma mengandung anak sulong dan mengalami anemia. Anemia ni bukan masa Imma mengandung je, masa zaman belajar lagi dah ada. Nak kata tak jaga makan, terlebih jaga dan terlebih makan dah. Tapi HB tetap rendah.
Disebabkan Imma stress dengan kerja di pejabat, stress dengan result HB Imma dan risau pada anak dalam perut, Imma mula cari sesuatu yang boleh buat HB naik dan Imma boleh mengandung dengan sihat tanpa sebarang masalah.
Imma try Set Hamil Shaklee. Amazing sangat! Bukan takat HB naik, badan bertenaga dan rasa cergas je. Sampai ofismate pun tegur, Imma nampak cergas macam tak mengandung. Nampak perbezaannya. Setiap kali check up, doktor bagitau semua normal dan tak de masalah. Syukur sangat.
Lepas bersalin, Imma cuba pulak Set Menyusu.. Imma rasa best sangat sebab susu banyak, dan Imma belajar banyak tentang penyusuan bila kenal Shaklee. Belajar tentang kesihatan. Kat sini titik bermulanya nak kenal lagi Shaklee.
Imma pun join ahli, tapi tak terdetik nak buat bisnes pun. Join sebab nak murah. Hehe..
1 hari, nampak upline (Master Nini Muhammad) up gambar dia dan suami pegang replika kunci car bonus. Tiba tiba rasa terinspirasi. Cakap dalam hati, boleh tahan bisnes ni.. surirumah pun boleh berjaya. Tak buang masa, terus bagitau Master Nini yang Imma nak buat bisnes.
Best sangat buat bisnes Shaklee ni, seronok dia tu bila Imma just share apa yang Imma consume. Lagipun Imma buat online dan offline. Kat FB buat, kat ofis buat, kat rumah pengasuh anak buat, buka booth pun buat. Ringankan mulut bercakap, yang penting ilmu kene ada.
Imma ingat lagi, Imma buat sendiri macam-macam, buat page la, blog, buat poster sendiri.. semua buat. Apa yang upline cakap Imma buat. Malam-malam join kelas, Pagi-pagi sebelum subuh packing barang-barang nak dipos dan cod. Padahal kerja kat ofis tu dah bertimbun, buat lagi bisnes, penat? Memang la penat.. tapi suka punya pasal.. buat je. Lagi 1, Imma nampak peluang cerah dalam Shaklee. Tak boleh harap upline suap semua, kene berdikari dan cari jalan sendiri. Tak tau atau keliru baru tanya.
Kalau buat online, Imma akan pastikan post Imma 10-15 post (waktu tu lah, sekarang dah zaman storytelling pulak), ada masa je Imma post.. Subuh, sebelum masuk kerja, waktu rehat jam 10 pagi, waktu rehat 1.00 tengahari, waktu balik kerja, waktu malam, sebelum tidur.. Imma gunakan masa betul-betul dan pastikan ada post setiap waktu tu. Wajib!
Kalau offline pulak, Imma akan siapkan diri dengan ilmu, sebab dorang ni suka tanya face to face kan, kadang-kadang tu terjah je datang bilik, kadang tu kita lalu kat meja dorang, panggil tanya pasal Shaklee. Lagi best, boss sendiri beli vivix dan collagen! Apa lagi, Imma heboh hebohkan laa nama boss yang beli Shaklee dari Imma. Hehe.. terus sale melonjak naik!
4 bulan Imma aktif bisnes Shaklee, Imma berjaya rank up Supervisor. Masa rank up tu, Imma tengah bertugas. Ye, kerja Imma bukan ofishour je, malam kerja, weekend pun kerja. Waktu tu, handphone sahaja yang ada di tangan. Imma communicate dengan upline setiap masa sampai la closing, gementarnya tuhan je tahu.. akhirnya berjaya rank up SUPERVISOR.
Sekarang, Imma dah berhenti kerja. Nikmati bonus 4 angka di rumah. Jaga anak-anak sendiri, tak perlu lagi risau anak dengan orang. Imma dah ada plan sendiri untuk anak anak Imma, keluarga. Imma tak rasa plan Imma ni berjaya kalau Imma masih lagi sibuk kerja.
Kerja Imma tak sama macam orang lain, walaupun nampak kerja kerajaan. Tapi masa dengan keluarga beberapa jam je. Rasa hidup tak de arah tujuan, sebab kene control.
Cabaran dalam bisnes ni, banyak.. macam macam yang Imma dapat. Imma pernah dapat surat amaran pasal bisnes di tempat kerja, kononnya Imma pegawai tak boleh bisnes. Imma pernah cod barang dengan keadaan kereta remuk sebab excident. Redah je, asal kereta boleh jalan. Pernah tunggu kat hq (masa tu di Empire Subang) selama 3jam semata-mata nak beli herbalax, akhirnya pulang tangan kosong. Pernah dimarah dan diugut customer sebab barang lambat sampai, pernah masa kerja dulu, setiap kali waktu lunch hour pergi hq untuk beli stok barang customer.. pernah dipelawa beberapa agent bisnes lain untuk join mereka, pernah kene perli dengan kawan-kawan.. rejection? Berpuluh puluh dah. Ini semua yang menjadikan Imma kuat pada hari ini. Orang kata, kejayaan takkan datang, tanpa pengorbanan dan usaha yang berterusan.
Imma tekad untuk buat bisnes Shaklee betul-betul, positif dan fokus. Alhamdulillah, akhirnya Imma dapat bina semula empayar bisnes Imma dan membuka mata orang yang tak yakin dengan Imma. Nak 1000 daya, tak nak 1000 dalih. Yang dah lepas tu lepas, Imma nak move on dan fokus yang ada sekarang dan akan datang.
Apa yang Imma dapat sepanjang dalam Shaklee?
Sejak Imma join Shaklee, Imma belajar banyak sangat tentang ilmu nutrisi yang tak pernah Imma belajar di mana mana pun, belajar bisnes secara praktikal dan ilmu yang awesome dari mentor yang hebat, bonus? Sudah semestinya dapat. Yang paling best, Imma dapat tengok kesihatan anak, suami dan mak Imma semakin baik lepas consume Shaklee. Yang nyata, kami jarang sangat demam, dan kalau demam, 1-2 hari sahaja. Pendek kata, dengan Shaklee ni seluruh kehidupan Imma berubah. Kewangan, masa, kesihatan, hubungan dengan Allah.. semuanya. Kalau ada orang datang offer bisnes lain, tak boleh nak pergi, sebab hati dan jiwa pada Shaklee.
Alhamdulillah, nikmat sangat dapat jumpa Shaklee. Bersyukurlah anda semua jumpa Shaklee. SHAKLEE BUKAN SEKADAR BISNES.
Jom Shaklee : Enjoy a healthier and better life with Shaklee"
Bina impian anda dengan Shaklee? Cipta time & financial freedom dengan Shaklee, hubungi imma > www.wasap.my/6013-2898399
No comments :
Post a Comment