Slider

Friday, March 31, 2023

Kurus Dengan Shaklee



8 orang anak, cycle kurus-gemuk-kurus-gemuk ni saya lalui tanpa Shaklee dan dengan Shaklee. Cerita Shaklee saya ni, kalau nak cerita Shaklee Effect, 4 hari 4 malam pun tak habis. Pada diri sendiri, family, kawan-kawan. Banyak sangat. Sebab itu, siapa yang menjiwai perkongsian kebaikan Shaklee, memang dia ketagih nak tolong orang 😄

Terkini, kawan-kawan dan downlines mula merasa senang rupanya kurus dengan Shaklee bila saya share. Senang sangat.

Ramai dan semakin ramai mula ikut dan message nak kurus dan sihat setelah saya buktikan dapat turun 12kg ke berat ideal dalam masa 5 bulan. Bukan saja itu,  2 bulan kemudian, saya dapat jisim otot dan peratus lemak normal juga. Alhamdulillah.

Seronok bila badan ringan, sampai beli baju raya pun tersilap saiz, macam baju pinjam 😆
Kurus ni, konsepnya bukan sapu-sapu confirm kurus, minum-minum confirm slim, telan-telan confirm langsing. Bukan. Konsepnya, jika nak selamat, tanpa kesan negatif sampingan dan tak naik berat semula, kena ikut fitrahnya. 


Tanpa Shaklee, pun boleh capai berat ideal. Boleh aihh
Cuma, dengan Shaklee, saya lakukannya dengan lebih mudah dan cepat 
Anak sikit ka anak ramai ka, Mak mesti kembali dan kekal sihat. 
Health is the greatest Wealth.

Siapa lagi nak sihat, boleh, saya boleh bantu😊







______________________________________________

💜, 
Farihah
Shaklee Effective Master Coordinator 
Hubungi saya
FB : Farihah Abu Kasim
Wasap : 0192622200

 

Hidup ini pilihan



Tu semua tak mandi lagi tu 🤦‍♀️ Pagi tadi ni, lepas hantar Kakak Anisah & Abang Asyraf ke sekolah. Umi dah selesai 2km. Bagi depa pulak. Turunkan ke speed 1. 
Ada orang, ada treadmill, Tapi tak guna, buat hiasan, depa kata sangkut tuala 🤭

Ada orang, tak perlu treadmill, dia memang disiplin bersenam, macam Natrah Mohamed, dia boleh jalan setempat depan TV, dengan anak-anak 20-30 minit. Hebat kan? Payah jugak tu nak berkawad setempat lama macam tu.

Exercise ni, bergantung kepada kehendak kita. Kalau kita nak, ada ka takdak ka, memang jadi. Kalau kita tak nak, turunlah mesin dari langit pun, memang tak jadi.

Perkara paling asas adalah kesedaran dan niat kita bersenam untuk apa. Kena betul-betul pasak niat dalam hati, baru jadi.

Ada orang, dia suka teh tarik, dalam usaha mengurangkan bilangan gelas teh tarik harian, dia selalu tengok gambar orang diabetes, potong kaki, luka tak sembuh dan lain-lain.

Akhirnya, dia berjaya, atas ketakutan dia kot-kot nanti dapat diabetes, jadi dia pilih untuk mencegah. Hidup ini pilihan.

















__________________________________________________

💜, 
Farihah
Shaklee Effective Master Coordinator 
Hubungi saya


 

Kenapa kita kena capai BMI ideal ?



Dah siap sesi berpeluh pagi ni. 2 hero kecik, penjaga garisan. Pengadil seluar merah tetap jalankan tugas walau sambil pegang karipap 💁‍♀️ Gambar umi tak ada. Outfit tak patuh syariah 😝

Sebenarnya, kenapa kita kena capai BMI ideal ?

Berat badan mempunyai pengaruh yang besar ke atas kesihatan sepanjang hayat. Mengekalkan berat badan yang normal boleh MENGURANGKAN RISIKO PELBAGAI KOMPLIKASI KESIHATAN.

Individu yang mempunyai berat badan berlebihan dan obes berisiko tinggi mendapat penyakit seperti, darah tinggi, sakit jantung, penyakit pundi hempedu dan osteoarthritis.

Obesiti juga meningkatkan risiko bagi sesetengah jenis kanser seperti kanser kolon, rektum, prostat, pundi hempedu, serviks, endometrium dan ovari.

Obesiti turut memberi kesan kepada pergerakan , ketahanan fizikal dan fungsi fizikal yang lain. Mereka yang obes juga mungkin mempunyai kurang yakin terhadap diri sendiri. Tak susah mengusahakan ke berat badan ideal. Asal ada kesungguhan untuk

Makan secara sederhana, Bersenam secara tetap. Mengambil supplement secukupnya
👇

Eat moderately
Exercise regularly
Supplement wisely














_______________________________________________

💜, 
Farihah
Shaklee Effective Master Coordinator 
Hubungi saya
FB : Farihah Abu Kasim
Wasap : 0192622200

 

Vitamin Untuk Kulit Anak Meningkat Remaja



Ambil kakak Amirah dari sekolah, terus COD Shaklee pada ahli baru di Kangar. Mak tapaw sekali, selagi boleh 😃Ada orang tanya supplement Shaklee yang saya bagi pada anak-anak remaja. Ok, mai nak cerita.

Bila anak-anak kita kecik lagi, kulit depa memang cantik. Tanpa cela. Tapi bila masuk alam remaja, macam-macam faktor boleh mempengaruhi kulit depa. Mulalah jerawat naik, tangan pula gatal nak korek. Berparut pulak lagi

Amirah & Anisah Tingkatan 4 & 3, sejak awal saya bagi supplement. Untuk kecergasan tubuh, dan tentunya untuk kulit juga. Kebersihan kulit ni boleh mempengaruhi keyakinan diri anak-anak kita.

Untuk anak-anak saya, saya bagi depa ambil Pencuci Muka Youth, Vitalea, Omega Guard, Carotamax, Bcomplex , Vitamin C dan ESP. Sesiapa pun tak dibenarkan beli pencuci muka yang lain. Kalau salah beli, naik macam-macam di muka, akan dengar ceramah umum mak 2 hari 2 malam 📣 Toner & Sunscreen Youth pun saya bagi tapi depa jarang pakai.

Untuk anda yang nak ambil supplement yang minimum untuk anak remaja, boleh cuba

Youth Cleanser
ESP
Vitalea
Omega Guard

Cukup ini dulu. Tak mahal, sebab tahan lama. Dan semuanya ni bukan untuk kulit semata-mata, tapi juga membantu dalam banyak aspek lain seperti kecerdasan otak, kesihatan mata, imun tubuh dan perkembangan tumbesaran depa.

Ini ikhtiar kita, selain doa. Moga anak-anak kita mendapat kesihatan yang baik. Baik kesihatan kulit, kecerdasan minda dan lain-lain

Ada yang berminat untuk mulakan supplementation untuk anak-anak? Boleh wasap saya 👇



_________________________________________________

💜, 
Farihah
Shaklee Effective Master Coordinator 
Hubungi saya
FB : Farihah Abu Kasim
Wasap : 0192622200



 

Boss Ajak Beli Treadmill Baru




Petang ni bos ajak pi beli Treadmill. Tragis sangat treadmill yang kami warisi dari ayah tu. Kong terus. Pentingnya exercise sebab hidup kita sangat relax sekarang. Sedentary lifestyle orang kata. Kurang guna kalori , tapi makan pula macam-macam.

Banyak kajian menyatakan briskwalk 30 minit setiap hari boleh mengurangkan risiko sakit jantung dan penyakit berkaitan kardiovaskular.  Bagusnya Treadmill ni, kita boleh exercise bila-bila masa, apa-apa cuaca sekali pun, dan meminimumkan risiko kecederaan jatuh lubang ka, tergelincir ka. Tambah anak ramai macam kami, payah nak keluar cycling atau jogging kadang-kadang.


Dan Treadmill boleh paparkan data-data seperti kalori burned, jarak dan yang lebih penting, new technology, depa invent yang ada cushion boleh protect sendi. Kalau gunalah, kalau buat sangkut tuala, cerita lain pulak













_____________________________________

💜, 
Farihah
Shaklee Effective Master Coordinator 
Hubungi saya




 

AMALKAN SHAKLEE BERAT BADAN MAINTAIN SEPANJANG HAMIL, JERAWAT TIDAK TINGGAL KESAN DAN JERAGAT SEMAKIN PUDAR

 



Salam, saya Nina Ilani, Jenuh duk fikir, Nina tak tahu mana nak mula😅
Adakah Nina selama ni bisnes tanpa Shaklee effect? Bila fikir balik, my #shakleeeffect might not significant to others. But to the significant people of my life, it counts.


Nak cakap kurus, ‘Nina memang dah kurus dari dulu’. Nak cakap kulit jadi flawless, ‘Nina memang dulu lagi dah flawless la’. Walaupun memang dengan Shaklee, Nina dapat kekalkan berat sebelum bersalin. Maintain pre pregnancy weight itu satu kejayaan untuk diri sendiri, berat naik masa mengandung hampir 20KG kot.


Dengan Shaklee, jerawat yang naik tak meninggalkan kesan. Jeragat semakin pudar. So Nina putuskan untuk tak cakap benda tu, it might be biasa untuk yang membaca. So what is my #shakleeeffect?

I manage to help my husband, reduce his stress level😂 Dulu, masa kerja, memang Nina sangat sangat teruk perangai, perangai malas kerja hahaha.
Sampaikan baju uniform pun I taknak ambil tau, pagi pergi kerja macam budak darjah satu merengek, mengamuk you name it, semua tu husband Nina kena hadap.


Dalam kereta duk cakap ‘nak resign, nak resign’ ,sampai tempat kerja, tak nak turun kereta.  Sampai rasa kenapa kena kerja?  Perlu ke kerja? Tak nak kerja!! Astaghfirullah, teruk sangat. Sekarang walaupun ada perangai tapi lain la perangai dia, sebab dah dapat kerjaya yang kita passionate about😁


Alhamdulillah, my #shakleeeffect is to be able to work at the comfort of my family, with Shaklee family, business, and building #teamTBS ❤️









_______________________________________

💜, 
Farihah
Shaklee Effective Master Coordinator 
Hubungi saya


Kenyang lebih lama dengan Life Shake Shaklee

 Perkongsian dari anak downline saya, Natrah Mohamed.




Assalamualaikum. Saya nak share Shaklee Effect yang terkini. Beberapa hari lepas cuba berpuasa sunat. Bangun pagi, niat puasa, namun tiada makanan untuk sahur. Jadi, paling mudah dan ada masa tu, Life Shake Elderberry.


Saya bancuh dan minum LSE ni saja. Goncang2 dan jadilah ia sebagai menu sahur. Minum lagi air masak 2,3 teguk. Alhamdulillah..Efek kenyang memang terbaik. Hingga menjelang petang masih bertahan. Masa tu saya tertunggu2 bila perut nak berkeroncong nih😂🤭


Saya masih menyusukan anak yang ke 4, berumur 2 tahun. Biasanya ibu menyusu ni cepat lapar. Dahaga pun kurang walau sempat minum air masak sikit saja.
Dan efek yang paling best, sangat lawas. 2,3 kali membuang air besar hari tersebut. Memang kaya dengan serat betul!


Patut la ramai suka sahur dengan LSE ni. Atau jadikan sebagai sarapan. 
Memang recommended untuk yang nak kurus, sebab ia pengganti menu lain yang tinggi kalori.

















______________________________________________

💜, 
Farihah
Shaklee Effective Master Coordinator 
Hubungi saya



Omega Untuk Tumbesaran Kanak-kanak




Ibu-Ibu berikan omega-3 untuk anak-anak? Omega 3 boleh didapati daripada ikan, telur, minyak zaitun, kekacang, sayuran hijau atau supplement. Omega 3 penting untuk;

Kesihatan keseluruhan anak
Perkembangan minda
Kualiti tidur
Mengurangkan simptom ADHD
Mengurangkan simptom asthma

=====

Omega-3 fatty acids are important for maintaining your child's overall health. Omega-3s are especially beneficial for kids' brain health. They may also aid sleep quality and reduce symptoms of ADHD and asthma. Providing plenty of foods high in omega-3s can help ensure that your child is meeting their daily needs.












_____________________________________________________

💜, 
Farihah
Shaklee Effective Master Coordinator 
Hubungi saya



 

Thursday, March 30, 2023

Serangga?



Pagi sampai tengahari ni dah minum 1 liter. Letak bekas air sat, nak main badminton 30 minit. Ambik nak minum, nasib baik nampak sebelum teguk.

Budak-budak ni laaa, suka buli serangga 😑

Bersenam 150 minit seminggu dengan 5-6 kali seminggu boleh mengekalkan kecergasan dan meningkatkan kesihatan kardiovaskular. Kita semua mesti bersenam tau.






_________________________

💜, 
Farihah
Shaklee Effective Master Coordinator 
Hubungi saya



 

Bagaimana melazimi gaya hidup sihat di dalam keluarga ?

 


Ketika Malaysia menjadi negara kedua tertinggi obesiti di kalangan kanak-kanak di Asean, kita masih lagi melihat fast food menjadi pilihan popular ibu bapa, menonton tv atau bermain video games berjam-jam digalakkan supaya anak tidak mengganggu


Kalau masa kecik gemuk, kegemukan tu cenderung untuk kekal sehingga dewasa. Bagaimana melazimi gaya hidup sihat di dalam keluarga ?

Ini apa yang kami buat, mungkin bermanfaat untuk kawan-kawan

🏓Beraktiviti bersama anak-anak. Jangan suruh saja, kita main sekali. Baling bola, bola sepak, kejar-kejar, boleh makpak join sekali 😃

🏓Beli alat permainan yang mudah. Raket badminton, bola sepak atau table tennis. Dulu masa kami di rumah intermediate yang tak ada banyak ruang, kami main table tennis guna meja makan saja. Net? Depa sebat koleksi tupperware mak 🙄

🏓Hadkan waktu menonton TV. Jangan sesekali sampai anak-anak jadi bos, boleh buka tutup TV sepanjang masa. Mak dan ayah mesti tegas dan ada kuasa 💪

🏓Mulakan segera. Jangan tunggu anak ada masalah berat badan baru kita nak mula. Sebab, bila badan memberat, memang malas nak bersenam.

🏓Bawa basikal atau tali skipping atau bola atau raket badminton ke taman rekreasi untuk ubah angin sekali sekala. Walaupun taman jauh dan terpaksa memandu, tak apa. Usaha dan pelaburan ni sangat berbaloi.

🏓Budayakan makan secara tetap dan kuantiti suku suku separuh. Galakkan dan puji anak-anak bila ambil sayur dan buah. Anak yang tidak sukakan sayur, mula untuk berikan buah-buahan manis dan sedap seperti tembikai dan jadikan ianya perkara biasa dan rutin keluarga

🏓Galakkan anak-anak bina rekod peribadi untuk pemakanan sihat & senaman. Bagi reward untuk anak-anak yang capai target. Bunyi macam over, tapi jika terdesak kurang kerjasama & sambutan, rewards sangat membantu

🏓Menjadi gemuk bukan saja tak berapa cantik, tapi mendatangkan banyak risiko kesihatan lain. Untuk apa kita spend masa, tenaga dan duit untuk anak-anak kita jika akhirnya mereka membesar tak sihat dan merisaukan kita

Usahakan membina momen-momen sihat dan bermakna hari ini, demi keluarga tersayang.

Today's little moments become tomorrow's precious memories

Selamat berjaya sahabat-sahabatku




Foto di Taman Tasik Titiwangsa





_____________________________________________________

💜, 
Farihah
Shaklee Effective Master Coordinator 
Hubungi saya






Lemau & Jet lag susah nak atasi?

Lemau & Jet lag susah nak atasi?

Beberapa tips utk jetlag / tidur berkualiti,

1. Masa nak pejam mata kena cakap dalam hati "Ya Allah, terima kasih untuk 3 jam tidur nyenyak aku yang berkualiti ini" Contohnya, kalau 3 jam saja masa yang ada.

Sebab, semua yang berlaku adalah dari mindset yang tepat.

2. Ambik bcomplex extra sikit. Vitamin B 12 sangat membantu tubuh utk alert & energized. Malaysia Bcomplex sajalah, kalau US depa ada supplement MindWorks, sangat power

3. Ambik Vitamin D untuk level hormon melatonin untuk tidur yang lebih baik

4. Minum banyak air kosong

5. Elakkan kafein

6. Buat exercise atau sekurang-kurangnya stretching 10-15 minit

Tips ni berkesan untuk atasi jetlag atau pun untuk anda yang memang ada masalah tidur.

Tidur tu penting, dan kualiti tidur itu tak semestinya bergantung kepada kuantiti tidur

Sleep well, Live well





Shaklee Incentive Trip : Umrah Februari 2019

 


____________________________________________

💜, 
Farihah
Shaklee Effective Master Coordinator 
Hubungi saya


Kurma dari Dr. Al Enzzahti




Terima kasih untuk doa yang sentiasa ada untuk kami
Terima untuk ingatan yang sentiasa segar untuk kami

Moga diberkati semua kebaikan Bakal Masters Surijunior Dr. Al Enzzahti Ibrahim & Nik Abdul Aziz 

Boleh makan kurma baru berbuka hari ni. Alhamdulillah

 










__________________________________

💜, 
Farihah
Shaklee Effective Master Coordinator 
Hubungi saya

2 kanak-kanak puasa



Kekenyangan yang berterusan dalam kehidupan seseorang akan memenuhi dan menyuburkan jiwanya dengan sifat keras hati dan keterlaluan.

Kedua-duanya bertentangan dengan sifat seorang Islam. Justeru, pensyariatan puasa dapat mendidik jiwanya dan mengurangkan sifat negatif tersebut

2 kanak-kanak berpuasa balik sekolah 😄 Sorang okay. Sorang lagi, tak tukar baju sebab tak sempat cikgu suruh mandi waktu transit, dia dah tertidur start dari solat zohor 

















______________________________________________

💜, 
Farihah
Shaklee Effective Master Coordinator 
Hubungi saya


 

Waqaf Al-Quran




Kerja depan Al Quran ni, disiplin lebih sikit . Ada 5 buah lagi Al Quran wakaf nak diagihkan, besar pahala yang berwakaf. InsyaAllah 

Lepas tolong ayah mandi & solat Asar. Kena siapkan sorting agen yang extract dari sistem pagi tadi ni cepat-cepat.  Satgi pakcik & makcik kecik tu panggil Umi ajak main. Pakcik besar pulak selalu ajak join dia kait kelapa.

Bajet ramai peminat la katakan😁









_____________________________________________

💜, 
Farihah
Shaklee Effective Master Coordinator 
Hubungi saya
FB : Farihah Abu Kasim
Wasap : 0192622200

Surprise

 Depa mai habaq "Abah nak buat surprise ambik buah nyoq kat Umi"

Umi terharu , walaupun nak tergelak surprise yang dikantoikan. Masa pi, angkut adik-adik, Masa balik, angkut buah nyoq. Rahsia kakak kekal langsing

_______________________________________- 💜, Farihah Shaklee Effective Master Coordinator Hubungi saya FB : Farihah Abu Kasim Wasap : 0192622200

Hidupkan Ruang Kaki Lima Rumah Ayah

Ruang kaki lima rumah ayah ni, sedikit suram lepas Mak pergi meninggalkan kami. Kali terakhir kami sekeluarga bergelak ketawa disini adalah pada hari lahir mak yang terakhir. Bila Masters nak mai, kami cadang nak hidupkan ruang ini. Panggil tukang letrik, pasang lampu cantik, tukarkan kipas siling yang baru.


Tetamu ni, memang Nabi ajar untuk kita raikan. Semoga bila kita gembirakan tetamu, Allah akan hadirkan kegembiraan juga di hati kita sekeluarga, dan jika ada kedukaan, moga diganti dengan kebahagiaan.

Insyaallah 










__________________________________________________________-

Back to Top