Slider

Sunday, March 19, 2023

Semoga Allah Ampunkan Dosa Kita



Tadi saya ziarah kematian. Seorang isteri kehilangan suami yang baik
Anak-anak kehilangan ayah yang penyayang. Saya salam dan peluk isterinya. Air matanya kian laju tumpah ke pipi.

"Kak chik, Allah pilih arwah pergi hari jumaat, tengok tu dia senyum, muka dia bersih"...."Betul, kak pun lega tengok muka dia".. Tiba-tiba dengar suara
"OK, kita angkat masuk mandi"

Isterinya seolah terkejut, "Allah ! Nak angkat dah kaaaa"

Dia menerpa ke jenazah suaminya, mencium dahi dan kedua pipi. Air matanya kekal bergenang di wajahnya yang tenang. Kematian sangat menginsafkan. Bayangkan kita yang terbaring dan melihat keluarga dan jiran tetangga mengelilingi kita. 

Sewaktu itu suara kita tidak lagi didengari, jasad kita hanya untuk diperhati.
Moga Allah ampunkan kita, Moga Allah lorongkan kita melakukan kebaikan dijalanNya. Moga Allah pilih kita untuk menjadi pemenang kepada tawaran yang hebat-hebat di alam sana.
Ameen



__________________________________________________________
💜, 
Farihah
Shaklee Effective Master Coordinator 
Hubungi saya
FB : Farihah Abu Kasim
Wasap : 0192622200

 

No comments :

Back to Top