Intermittent fasting adalah sejenis kaedah diet yang menyusun pemakanan yang mengikut jadual yang digilirkan antara waktu makan dan waktu untuk anda berpuasa. Sebagai contohnya, 6 jam waktu makan anda dan 6 jam waktu berpuasa anda. Intermittent fasting ini juga dikenali sebagai diet IF.
5 Keburukan Intermittent Fasting Yang Ramai Tak Tahu
1. Pengambilan makanan kalori yang tinggi sewaktu IF
Apabila waktu makan dihadkan secara tak langsung anda telah mengawal jumlah kalori untuk seharian. Tak jauh beza semasa puasa ramadhan yang mana dengan kurang pengambilan kalori, ramai akan kurang berat dalam 2-3kg tanpa bersenam. Anda tidak boleh mengambil makanan yang berkalori tinggi semasa puasa. Makanan yang dibenarkan sepanjang tempoh berpuasa hanyalah makanan tiada kalori atau tiada gula.
Jadi semasa eating window atau waktu berpuasa ramadhan pilihlah makanan yang betul. Elakkan yang tinggi karbohidrat atau tinggi gula. Takda la sia-sia anda menahan lapar tetapi waktu boleh makan, terlebih makan macam lapar sangat.
Bagi menghasilkan pembakaran yang cepat dan sihat anda disarankan untuk mengamalkan diet rendah karbohidrat. Kebaikan diet rendah karbohidrat secara tak langsung meletakkan badan anda dalam ketone iaitu proses badan membakar lemak untuk tenaga.
2. Minuman tinggi kalori
Sepanjang tempoh IF anda masih boleh minum cuma dihadkan pemilihan air terutamanya yang zero kalori. ini kerana badan kita majoriti adalah air. Dengan kurangkan air yang manis bantu stabilkan paras glukos darah dan jatuhkan hormon insulin dari paras biasa. Apabila hormon insulin jatuh, badan akan paksa buang air berlebihan kerana kekurangan gula dalam diet.
Tetapi keadaan tersebut anda akan alami pada peringkat awal sahaja dan selepas
Jadi minuman yang dibenarkan minum semasa tempoh IF adalah :
- Air putih
- Teh kosong
3. Tiru Tempoh Waktu Orang Lain buat IF
Masa buat IF sangat penting untuk kenali badan anda sendiri. Sebab setiap fasa jam semasa IF ada interaksi bakal berlaku pada badan anda. Jadi elakkan meniru orang lain yang mampu bertahan lebih dari 20 jam tanpa makan.
4. Kesan Sampingan
Bagi yang baru pertama kali nak cuba IF, anda mungkin akan mengalami hipoglikemik atau keadaan di mana kadar gula dalam darah sangat rendah. Anda akan mula rasa sakit kepala, denyutan jantung meningkat, pening dan mual.
Tetapi keadaan tersebut anda akan alami pada peringkat awal sahaja dan selepas
itu tubuh akan mula sesuai dengan IF. Untuk elakkan keletihan dan cepat lapar, anda boleh mula bersarapan dengan ESP, Cinch Shake, serta mana-mana supplement yang terbaik dari Shaklee.
5. Tahap kolagen berkurangan sehingga 90%
Semasa buat IF atau puasa kering akan seronok bila berat berjaya turun tetapi ada kekurangan yang anda tak sedar waktu autophagy berlaku iaitu kulit nampak sedikit kendur.
Bila kolagen makin berkurangan dalam badan, kulit akan semakin kurang elastik. Ini kerana badan kita sebenarnya terdiri daripada 30% dari protein badan adalah kolagen dan 70% adalah air. Kolagen kesemuanya ada 28 jenis tetapi semasa intermittent fasting kolagen type 1 paling terjejas.
Kolagen Type 1 bantu :
Kurangkan garis halus dan kedutan
- Bantu elastikkan kulit dan hidrasi
- Bantu kuatkan rambut dan kuku
- Sokong pembaikan otot
- Sumber kolagen dari ikan
- Untuk kekal muda sihat dan cergas adalah penting gabungan autophagy dan kolagen.
Cara nak dapatkan sumber kolagen yang terbaik adalah :
- Pilihan kolagen dari jenis peptide yang mana lebih baik dari segi penyerapan
- Ada gabungan vitamin c untuk mudahkan penghasilan kolagen serta melawan radikal bebas
- Gabungan Vitamin B2 serta B6 untuk menyokong metabolisma tenaga serta penghasilan kolagen dalam sel
Anda boleh dapatkan kolagen terbaik dari Shaklee yang mana berasal dari sisik ikan merah yang berada di laut dalam dengan formula proprietari kolagen sebanyak 4,000 mg.
No comments :
Post a Comment