Slider

Monday, March 13, 2023

Rezeki Allah Tidak Pernah Akan Habis



Saya tak suka melancong. Saya lagi suka dok di rumah.comfort zone kot.haha. Tapi, setelah serius berShaklee, terpaksa jugak melancong sebab Shaklee taja pelancongan percuma.

Yang lebih menyentuh hati apabila saya melihat kegembiraan di wajah anak-anak semasa disana. Seronoknya mereka menikmati percutian. Bergurau bertiga di bilik eksklusif hotel. Bertukar pengalaman semasa berjalan-jalan.

Membahagiakan anak-anak adalah kepuasan untuk saya. Saat mereka mengucapkan "terima kasih, ummi", hati saya berkata "kerana kalianlah,  kita miliki semua ini dan ummi yang sebenarnya menumpang rezeki kalian"

Luasnya rezeki Allah. Yang tidak pernah kita duga, boleh berlaku. Dia yang maha kaya boleh memberikan apa sahaja di dalam mahupun di luar fikiran kita.
Saya dapat semua ini Dia berikan melalui Shaklee. Pasti ada peruntukan semua ini untuk anda juga. Usahakanlah bahagian anda semua, bahagiakan orang tersayang. Pasti ada rezeki dari Allah,kerana rezekiNya bersifat abundance.  Tak habis, TIDAK PERNAH AKAN HABIS.







 _____________________________________________________________
💜, 
Farihah
Shaklee Effective Master Coordinator 
Hubungi saya
FB : Farihah Abu Kasim
Wasap : 0192622200
 

No comments :

Back to Top