Slider

Monday, March 6, 2023

KETIKA ORANG LAIN PERLU MEMILIH KELUARGA ATAU KERJAYA, SAYA BOLEH MILIKI KEDUA-DUANYA

Kisah anak kesayangan saya, Noorhafiza Mohamad Akib. Anak Shaklee yang datang ketika saya baru bermula. Tak kisah pun dapat upline yang tak pangkat besar. Dia bermula dengan saya ketika kami tak ada apa-apa. Dan kami melangkah bersama-sama untuk capai apa yang kami ada kini. Jom baca apa kata fiza :



"Saya mula kenal Shaklee dengan orang lain, bukan Surijunior. Hati saya terpaut dengan produk Shaklee yang best. Anak sulung saya, kurus kering. Minum air teh o saja dia nak. Tak suka makan. Hati ibu mana yang tak gelisah.

Datang anak kedua. Hanya nak susu badan saja. Susu Formula tak mau! Budak cerdik memang macam tu kan? Mesti mau yang terbaik.

Dua situasi ni, buat saya pening kepala. Akhirnya Shaklee lah penyelesaiannya. Anak sulung saya bagi Mealshakes. Dia lebih sihat dan lebih baik. Takdaklah sampai macam malnutrisi ! Anak kedua yang choosy tu, saya ambil set menyusu Shaklee, dan sangat best bila saya dapat fully bf anak kedua saya. Susu melimpah ruah! Tak padan dengan saiz petite saya ni ha!



Seller Shaklee saya selalu follow up. Tanya nak repeat order? Nak cuba vitamin ni? Nak? Macam tu ja lah. Saya agak rimas, tapi saya simpan. Ngeee. Saya jumpa blog & page Surijunior. Saya banyak juga baca info-info di situ. Suatu hari saya mesej kak farihah dan ucap terima kasih sebab saya selalu baca Surijunior. Terus kena soal siasat.

Makan Shaklee lama dah?
Tak cerita kat kawan2?
Bantu depa?

Sembang pi sembang mai, kak farihah bagi jalan saya masuk ahli FREE ! Wahhhh ! Best ni !! Saya pun cari kawan2 dan adik beradik 7 orang untuk beli Mealshakes. Saya cerita kisah anak saya dan akhirnya saya register free dengan belian 7 tong Mealshakes ni.

lhamdulillahhh...Duit jimat, Bonus pun dapat. Kisah Shaklee saya tak terhenti setakat itu. Dengan Shaklee ini, bisnes yang saya mulakan dengan modal 0 ini. Dengan Shaklee, Saya tak perlu memilih untuk duit atau masa. Saya boleh miliki keduanya.Dengan Shaklee, Saya tak perlu memilih kerjaya atau keluarga. Saya boleh miliki keduanya.


__________________________________________________________________________________________
💜, 
Farihah
Shaklee Effective Master Coordinator 
Hubungi saya









 

No comments :

Back to Top